Schnauzer piawai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Schnauzer piawai
Emppumenossa.jpg
Schnauzer piawai dengan bulu lada dan garam, telinga dan ekor semula jadi
Nama lain Schnauzer sederhana, schnauzer, pincer berbulu dawai (lapuk)
Negara asal Jerman
Trait
BeratJantan35–58 lb (16–26 kg)
Betina30–45 lb (14–20 kg)
TinggiJantan18–20 in (46–51 cm)
Betina17–19 in (43–48 cm)
BuluKasar dan berdawai apabila dilucutkan dengan tangan, halus apabila dipotong/digunting
WarnaLada dan garam, hitam
Saiz perinduk4 hingga 8 ekor anak anjing (2 atau 13 ekor adalah biasa)
Jangka hayatPurata 13 hingga 16 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Schnauzer piawai (bahasa Jerman: Standardschnauzer; bahasa Inggeris: standard schnauzer) atau schnauzer sederhana (bahasa Jerman: Mittelschnauzer) ialah satu baka anjing yang berasal dari Jerman pada abad ke-15 dan ke-16.[1] Terjemahan harfiahnya ialah "pemuncung" daripada perkataan bahasa Jerman untuk "muncung" dan secara basahan memaksudkan "misai",[2] oleh sebab muncung berjanggut tersendiri anjing ini.[3] Sungguhpun schnauzer dianggap sebagai anjing keterieran, ia tidak mempunyai perangan terier tipikal.

Pada amnya dikelaskan sebagai anjing pekerja atau utiliti, baka serba gunia ini merupakan anjing tegap, berbinaan tepat, bersaiz sederhana dengan pembawaan kebangsawanan. Ia telah didakwa sebagai subjek popular bagi pelukis Sir Joshua Reynolds, Albrecht Dürer dan Rembrandt, tetapi bukti sebenar kekal tidak terlihat.[4][5]

Schnauzer piawai sama ada berwarna garam dan lada atau hitam, dan diketahui menunjukkan banyak ciri "unggul" mana-mana baka. Ini termasuk kecerdasan, ketangkasan, kewaspadaan, kebolehpercayaan, kekuatan dan ketahanan tinggi. Baka anjing ini sangat popular di Eropah, secara tertentu di Jerman, tempat asal usulnya. Baka ini pertama kali ditunjukkan dalam pertunjukan di Hanover pada 1879, dan sejak itu telah mengambil kehormatan tertinggi dalam banyak pertunjukan termasuk "Best in Show berprestij dalam Westminster Kennel Club" di Amerika Syarikat pada 1997.[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Fogle, Bruce, DVM (2000). The New Encyclopedia of the Dog. Doring Kindersley (DK). ISBN 0-7894-6130-7.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]