Senarai penganjuran anugerah hiburan di Malaysia mengikut tahun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang mempunyai industri hiburan yang tersendiri sejak zaman kolonial. Setiap tahun pelbagai majlis hiburan diadakan bagi menghargai karyawan seni yang terdiri daripada penyanyi, pemuzik, pelakon, pelawak, pengacara, penyampai radio, pelakon televisyen, pelakon teater, pelakon alih suara, pengarah filem, penulis lakonlayar dan animator. Di Malaysia, cabang seni dibahagikan kepada bidang filem, muzik, teater dan televisyen. Anugerah tertinggi yang diberikan kepada karyawan seni Malaysia adalah menerusi Anugerah Seni Negara yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong setiap 3 tahun. Penerima anugerah utama menerima gelaran "Seniman Negara".

Manakala setiap bidang mempunyai satu badan kerajaan atau bukan kerajaan yang diberi tauliah untuk memberikan anugerah bagi setiap bidang menerusi penghargaan bertaraf nasional.

Rangkuman[sunting | sunting sumber]

Anugerah-anugerah tersebut adalah : -

Bidang Penganugerahan Singkatan Anjuran Taraf Status Penganugerahan Sekunder
Keseluruhan Anugerah Seni Negara Seni Kerajaan Malaysia menerusi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Diraja Aktif
Filem Festival Filem Malaysia FFM Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Nasional Aktif Anugerah Oskar PPFM
Televisyen Anugerah Seri Angkasa ASA Jabatan Penyiaran Negara Dihentikan Anugerah Skrin
Seni Persembahan Festival Teater Malaysia FTM Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Aktif Anugerah Seni BOH Cameronian
Seni Muzik Anugerah Industri Muzik AIM Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) Aktif Anugerah MACP
Anugerah Juara Lagu
Seni Penulisan Anugerah Sastera Negara ASN Dewan Bahasa Pustaka Aktif

Terdapat beberapa bidang seni yang masih belum mempunyai penganugerahan bertaraf nasional.

  • Seni Lukis - tiada penganjuran keseluruhan oleh Balai Seni Lukis Negara
  • Seni Fotografi
  • Seni Animasi

Sehingga kini, belum ada karyawan yang pernah memenangi kelima-lima piala berasingan. Namun terdapat beberapa karyawan yang berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya tiga piala berasingan. Mereka adalah

Jika dikira penganugerahan sekunder (memandangkan beberapa anugerah nasional tidak dianjurkan), ada beberapa artis yang pernah meraih jumlah piala yang banyak mewakili kesemua bidang. Antaranya

Sejarah Awal[sunting | sunting sumber]

Industri hiburan ketika itu di monopoli oleh kumpulan wayang bangsawan yang berkembang pesat di rantau Nusantara yang mempunyai lingkungan penduduk berketurunan austronesia dan berbahasa Melayu atau dialek Malayo-Polynesian. Wilayah itu kini terdiri daripada negara-negara pasca-kolonial iaitu Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan wilayah Selatan Thai.

Industri hiburan moden di Nusantara bermula sejak wayang gambar diperkenalkan oleh penjajah. Negara Filipina yang dijajah Amerika Syarikat terlebih dahulu mendapat pendedahan apabila filem tempatan pertama dihasilkan pada tahun 1905 berjudul "Luzon Lingerie", sebuah filem bisu. Sementara itu pada tahun 1926 menerusi filem bisu dari Indonesia yang berjudul "Loetoeng Kesaroung" (ejaan standard, Lutung Kesesatan). Filem pertama yang dibikin di Singapura pula adalah "Laila Majnun" pada tahun 1933, sebuah filem beraudio lakonan seniman M. Suki. Memandangkan ketika itu Singapura berada di dalam kelompok koloni British, filem tersebut diandaikan juga sebagai filem pertama Malaysia. Bagaimanapun, sekiranya diambil kira lokasi, filem pertama yang diterbitkan oleh produksi di Kuala Lumpur adalah "Abu Nawas" pada tahun 1961 arahan AR Tompel. Seiring tumbuhnya industri filem di rantau ini, industri muzik juga berkembang dari era piring hitam ke kaset , cakera keras dan kini digital. Memandangkan industri hiburan di rantau ini saling berkaitan, karyawan dari negara-negara tetangga saling berkongsi kemahiran dan menjalinkan usahasama sejak berpuluh tahun lamanya. Atas dasar itu, terdapat beberapa majlis hiburan yang diadakan secara usahasama bersama negara-negara serantau.

Di Malaysia, industri filem mencapai kegemilangan pada era 50an dan awal 60an, dan ketika itu hanya ada majlis pengiktirafan karyawan melalui Anugerah Pilihan Majalah Filem yang diadakan di Singapura dari 1955 hingga 1962. Pada tahun 1980, Festival Filem Malaysia diperkenalkan sebagai badan pengiktirafan yang diberi mandat oleh kerajaan untuk menghargai karyawan filem. Industri muzik pula hanya mempunyai majlis pengiktirafan tahunan sejak 1993 menerusi Anugerah Industri Muzik biarpun sebelum itu, beratus-ratus penyanyi dan pemuzik telah bekerja dalam industri muzik dan mencapai banyak kejayaan. Untuk bidang penyiaran pula, penganjuran Anugerah Sri Angkasa diadakan sejak tahun 1976 namun ia secara tidak konsisten diadakan sejak era 2000an. Festival Teater Malaysia pula diadakan untuk karyawan teater, tetapi pengiktirafan dari Anugerah Boh Cameronian lebih significant kepada karyawan teater.

Senarai Penganjuran[sunting | sunting sumber]

2015[sunting | sunting sumber]

Tarikh Majlis Tempoh Kelayakan Anjuran Pengacara Bidang Siaran
10 Januari 2015 Anugerah Nasyid IKIM 2014 2014 IKIM Amin Idris
Heliza Helmi
Muzik TV Al-Hijrah
18 Januari 2015 Anugerah Juara Lagu ke-29 2014 Media Prima Berhad AG Selamat
Scha Al-Yahya
Muzik TV3
22 Februari 2015 Anugerah MeleTOP Era 2015 2014 Astro AC Mizal
Johan Yazid Lim
Nabil Ahmad
Neelofa
Zizan Razak
Populariti Astro Ria
22 Mac 2015 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 2014 Media Prima Berhad AG Selamat
Yana Samsudin
Televisyen TV3
5 April 2015 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 2014 Media Prima Berhad
Berita Harian
AG Selamat
Amy Mastura
AG Selamat
Populariti TV3

2014[sunting | sunting sumber]

Tarikh Majlis Tempoh Kelayakan Anjuran Pengacara Bidang Siaran
26 Januari 2014 Anugerah Juara Lagu ke-28 2013 Media Prima Berhad AG Selamat
Scha Al-Yahya
Muzik TV3
8 Februari 2014 Anugerah MeleTOP Era 2014 2013 Astro AC Mizal
Nabil Ahmad
Neelofa
Populariti Astro Ria
12 Februari 2014 Anugerah Bakat Muda Sezaman 2013 2013 Balai Seni Lukis Negara Seni Lukis
22 Februari 2014 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014 2013 Media Prima Berhad Sherry Alhadad
Zulin Aziz
Televisyen TV3
24 Mei 2014 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 2013 Media Prima Berhad
Berita Harian
Amy Mastura
Farah Fauzana
Ajak Shiro
Shahrul Shiro
Populariti TV3
30 Mei 2014 Anugerah Stail Eh! 2014 2014 BlueInc Media Group Azura Zainal
Hani Madu
Fesyen<br<Populariti
14 Ogos 2014 Anugerah Melodi Galaksi RAP 2014 2014 Media Prima Awal Ashaari
Sherry Alhadad
Zulin Aziz
Kiah Propa
Aidid Marcello
Populariti TV3
19 September 2014 Anugerah Lawak Warna 2014 2014 Astro AC Mizal
Nabila Huda
Filem
Televisyen
Jenaka/Komedi/Lawak
Astro Warna
1 November 2014 Festival Filem Malaysia ke-26 2013 Finas Fahrin Ahmad
Nur Fazura Sharifuddin
Filem TV3
7 November 2014 Anugerah Skrin 2014 2013-2014 Media Prima Fahrin Ahmad
Hani Madu
Aidid Marcello
Televisyen
Filem
TV3
21 November 2014 Hadiah Sastera Perdana 2013 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka Penulisan
6 Disember 2014 Anugerah Industri Muzik ke-22 2013-2014 RIM Faizal Ismail
Zizan Razak
Muzik Astro RIA