Ahmad Nabil Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Nabil Raja Lawak" dan "Nabil Ahmad" dilencongkan di sini.
Nabil Ahmad
NabilAhmad.JPG
Nabil semasa sidang media rancangan HBO Sentral.
Nama samaran Nabil Raja Lawak, Nabil
Nama lahir Ahmad Nabil bin Ahmad
Kelahiran (1983-09-26) 26 September 1983 (umur 35)
Mambau, Negeri Sembilan, Malaysia
Media Televisyen, filem, radio
Pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Tahun aktif 2008–kini
Genre Komedi, sketsa, satira
Pasangan Nazirah Ayub (berkahwin 2011)
Anak 2
Hasil kerja dan peranan Raja Lawak Astro
Lu Pikirlah Sendiri de Movie
Sifu & Tongga
Berani Punya Budak
Maharaja Lawak
MeleTOP
Gegar Vaganza

Haji Ahmad Nabil bin Ahmad (lahir 26 September 1983) ialah seorang pelawak, pengacara, penyampai radio, penyanyi dan pelakon Malaysia yang berasal dari Mambau, Negeri Sembilan.[1] Beliau menjadi terkenal semenjak menjuarai musim kedua rancangan realiti pencarian bakat komedi Raja Lawak Astro, oleh itu beliau lebih dikenali sebagai Nabil Raja Lawak oleh orang ramai. Kini, beliau mengacarakan rancangan hiburan MeleTOP dan Gegar Vaganza serta menglibatkan diri dalam lakonan filem dan siri TV tempatan. Nabil juga boleh dikatakan Pelawak Berdiri berbahasa melayu yang paling popular di Malaysia. Beliau juga telah membuka produksi perfileman sendiri yang bernama Nabil Production.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Nabil dilahirkan pada 26 September 1983 di sebuah kawasan perkampungan di Mambau, Negeri Sembilan, di mana beliau sekeluarga hidup serba kekurangan. Anak ketiga daripada tujuh beradik kepada Ahmad bin Rais, seorang pemandu lori dan Fatimah binti Ismail, seorang guru tadika bahasa Inggeris.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nabil bekerja di Pos Malaysia cawangan Negeri Sembilan, sebagai penghantar surat, juga dikenali sebagai Mat Despatch.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Nabil memulakan kerjaya lakonannya dalam filem sulungnya Sifu & Tongga pada awal tahun 2009, diikuti Lu Pikirlah Sendiri de Movie setahun berikutnya, sebuah filem separa autobiografi mengenai perjalanan dirinya ke arah keternamaan sebagai seniman. Bagaimanapun, perihal ini dicemari oleh kenyataan Nabil sendiri yang mengeluarkan kenyataan negatif mengenai filem berkenaan sebaik sahaja menonton pratayangnya. Keluhnya, filem itu "tidak memenuhi piawaian yang saya kehendaki. Saya tak nampak graf ceritanya. Ke mana jalan ceritanya, saya langsung tak faham".[2] Tindakan beliau meluahkan kenyataan tersebut mengundang saman RM 2 juta dari syarikat penerbitannya, SDAF Pictures.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Nabil berkahwin dengan Nazirah Ayub pada 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Nayla Mikayla dan Layla Medina.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Nabil (tengah) di pentas Maharaja Lawak Mega.
Tahun Tajuk Peranan Catatan
2009 Sifu & Tongga Tongga
Jin Notti Pusher
Momok The Movie Jefri
Pisau Cukur Host/Enrique
2010 Lu Pikirlah Sendiri de Movie Nabil
Kecoh Betul Aiman
Magika Orang Minyak
2012 Bujang Terlajak Nabil
Berani Punya Budak Adik John
Uncle Usin Uncle Usin
Cinta Beruang Nabu
Pontianak vs Orang Minyak Ponti
2013 Lawak Ke Der 2 Pengacara Majlis
2015 Romeo Kota Detektif Fakhrul
2016 Bo-Peng Bo

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Nabil bersama Neelofa mengacarakan rancangan MeleTOP
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2008 Raja Lawak Peserta (Juara) Astro Prima
2009 Lu Pikirlah Sendiri Pengacara
Ewah-Ewah Pengacara bersama Raja Azura TV3
Hartamania Pengacara
Pondok-Pondok Pengacara TV9
Studio Nabil Pengacara
2011 Maharaja Lawak Peserta Solo (Tempat Ketiga) Astro Warna
2012 Pentas Dikir Pengacara
Maharaja Lawak Mega 2012 Kumpulan Boboi (Tempat Keempat) Astro Warna
2012 — kini MeleTOP Pengacara bersama Neelofa Astro Ria
2013 Siti Ooosom Pengacara Astro Maya HD
Super Spontan 2013 Peserta (Tempat Ketiga) Astro Warna
Maharaja Lawak Mega 2013 Peserta Solo (Tempat Kelima)
Anugerah Industri Muzik ke-20 Pengacara Astro Ria
Ceria Popstar 2 Pengacara Astro Ceria
2014 Anugerah MeleTOP Era Pengacara Astro Ria
Anugerah Planet Muzik Pengacara
Maharaja Lawak Mega 2014 Peserta Solo (Tempat Ketiga) Astro Warna
2014-15 Gegar Vaganza (musim 1) Pengacara bersama Jihan Muse Astro Ria
2015 Anugerah MeleTOP Era Pengacara
Ini Malam Kita Punya Pengacara Astro Mustika HD
Festival Filem Malaysia ke-27 Pengacara Astro Ria
Gegar Vaganza (musim 2) Pengacara bersama Jihan Muse
2016 Anugerah MeleTOP Era Pengacara
Festival Filem Malaysia Pengacara
Gegar Vaganza (musim 3) Pengacara bersama Jihan Muse
2017 Anugerah MeleTOP Era Pengacara
Gegar Vaganza (musim 4) Pengacara bersama Jihan Muse
2018 Anugerah MeleTOP Era Pengacara
Jom Berbuka Dirinya sendiri TV3
Arena Panggang Dirinya sendiri Astro Warna
Gegar Vaganza (musim 5) Pengacara bersama Jihan Muse Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Sonata Labu Labi Labu Astro Prima
Kuih Goyang Seha Shafiq TV3
2012 Asmara Pontianak K-POP Ejal
2013 Elly Dan Epit Astro Ceria
Kain, Jarum & Gunting Astro Warna
2014 Nangnok Ali
Uncle Grandpa Uncle Grandpa (Alih suara)
Strawberry Karipap Sesat Kat Paris Uncle Faris Astro First Eksklusif
2015 Bila Kau Datang Arman Astro Ria
2018 The Hantus Astro First Eksklusif Juga sebagai pengarah bersama dan penulis skrip

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2010 Kuih Goyang Shafiq Shafiq TV3
Sonata Labu Labi The Series Labu Astro Warna
2013 Geng Bas Sekolah Astro Ceria Episod 6
Mak Lang Datang Kompang Bergendang Fitri
Goyang Shafiq... Jom Pi Cuti Shafiq TV3
2014 Cakap Melayulah Daud Astro Warna

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Lagu Untuk Bos
  • Dulu Aku Jutawan
  • Papa Kedana
  • Ok Lah ! (Nabil ft Tegar)
  • Anugerah MeleTOP Era
  • Lagu-lagu yang dinyanyikan pada Gegar Vaganza

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2008 Raja Lawak Musim 2 Juara Nabil Ahmad Menang
2009 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Bintang Paling Popular Menang
Artis Komedi Lelaki Popular Menang
Artis Baru Lelaki Popular Menang
2010 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 Artis Komedi Lelaki Popular Menang
Pengacara TV Lelaki Popular Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-22 Pelakon Harapan Lelaki Nabil Ahmad (Sifu & Tongga) Dicalonkan
2011 Maharaja Lawak Tempat Ketiga Nabil Ahmad Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 Artis Komedi Lelaki Popular Dicalonkan
2012 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Dicalonkan
Maharaja Lawak Mega 2012 Tempat ke-4 Kumpulan Boboi (Nabil Ahmad, Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik) Menang
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 Artis Komedi Lelaki Popular Nabil Ahmad Dicalonkan
Penyampai Radio Lelaki Popular Nabil Ahmad (Era FM) Dicalonkan
Super Spontan 2013 Tempat ketiga Nabil Ahmad Menang
Maharaja Lawak Mega 2013 Tempat kelima Menang
2014 Anugerah MeleTOP Era 2014 Couple MeleTOP Nabil Ahmad & Zira Ayub Menang
Penyampai Radio Baru MeleTOP Nabil Ahmad (Era FM) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Pengacara TV Lelaki Popular Nabil Ahmad Dicalonkan
Anugerah Lawak Warna Artis Lawak Lelaki Paling Popular Dicalonkan
Maharaja Lawak Mega 2014 Tempat ke-3 Menang
2015 Anugerah MeleTOP Era 2015 Pengacara TV MeleTOP Nabil Ahmad (Anugerah MeleTOP Era) Dicalonkan
Fesyen MeleTOP Nabil Ahmad Dicalonkan
2016 Anugerah MeleTOP Era 2016 Hos MeleTOP Nabil Ahmad (Gegar Vaganza 2015) Dicalonkan
Couple MeleTOP Nabil Ahmad & Zira Ayub Dicalonkan
Fesyen MeleTOP Nabil Ahmad Dicalonkan
2017 Anugerah MeleTOP Era 2017 Hos MeleTOP Nabil Ahmad (Gegar Vaganza 2016) Dicalonkan
2018 Anugerah MeleTOP Era 2018 Hos MeleTOP Nabil Ahmad (Gegar Vaganza 2017) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pengacara TV Popular N/A Dicalonkan
Artis Versatil Popular N/A Dicalonkan
Asian Academy Creative Awards Pengacara Hiburan Terbaik Nabil Ahmad (Gegar Vaganza) Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Haji Nabil bukan ustaz Kosmo! (7 Oktober 2015). Diperoleh pada 7 Oktober 2015.
  2. ^ Haswari Ali (3 Feb 2010). "Nabil Kecewa Dengan Filem Pertamanya". Murai.com.my. Dicapai 31 Mac 2010. 
  3. ^ Thani Hasbullah (3 Mac 2010). "Nabil Hadapi Tuntutan Saman RM2 Juta". Murai.com.my. Dicapai 31 Mac 2010. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]