Pergi ke kandungan

Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear 2010 diadakan di Pusat Konvensyen Walter E. Washington, Washington, D.C., Amerika Syarikat pada 12 dan 13 April 2010. Tujuannya bagi memupuk kerjasama sejagat dalam memerangi keganasan nuklear dan mengawal senjata nuklear daripada jatuh ke tangan pengganas.

Mesyuarat ini di atas undangan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Sidang kemuncak ini merupakan perhimpunan ketua negara terbesar dihoskan Presiden A.S. sejak UNCIO 1945.[1] Perwakilan daripada 46 kerajaan hadir, 38 daripadanya diwakili oleh ketua negara atau ketua kerajaan.[2] Perwakilan daripada Kesatuan Eropah, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga hadir.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu membatalkan rancangannya untuk hadir ke sidang kemuncak kerana bimbang tuntutan agar Israel menandatangani Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear.

Negara Wakil Jawatan
Algeria Algeria Mourad Medelci Menteri Luar Algeria
Argentina Argentina Cristina Fernández de Kirchner Presiden Argentina
Armenia Armenia Serzh Sargsyan Presiden Armenia
Australia Australia John Faulkner Menteri Pertahanan
Belgium Belgium Yves Leterme Perdana Menteri Belgium
Brazil Brazil Luiz Inácio Lula da Silva Presiden Brazil
Kanada Kanada Stephen Harper Perdana Menteri Kanada
Chile Chile Sebastián Piñera Presiden Chile
Republik Rakyat China China Hu Jintao Presiden Republik Rakyat China
Republik Czech Republik Czech Jan Fischer Perdana Menteri Republik Czech
Mesir Mesir Ahmed Aboul Gheit Menteri Luar Mesir
Kesatuan Eropah Kesatuan Eropah Herman Van Rompuy Presiden Majlis Eropah
Finland Finland Tarja Halonen Presiden Finland
Perancis Perancis Nicolas Sarkozy Presiden Perancis
Georgia (negara) Georgia Mikheil Saakashvili Presiden Georgia
Jerman Jerman Angela Merkel Canselor Jerman
India India Manmohan Singh Perdana Menteri India
Indonesia Indonesia Boediono Naib Presiden Indonesia
Templat:Country data IAEA Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Yukiya Amano Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa
Israel Israel Dan Meridor Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perkhidmatan Risik Israel
Itali Itali Silvio Berlusconi Perdana Menteri Itali
Jepun Jepun Yukio Hatoyama Perdana Menteri Jepun
Jordan Jordan Abdullah II Raja Jordan
Kazakhstan Kazakhstan Nursultan Nazarbayev Presiden Kazakhstan
Malaysia Malaysia Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia
Mexico Mexico Felipe Calderón Presiden Mexico
Maghribi Maghribi Abbas El Fassi Perdana Menteri Maghribi
Belanda Belanda Jan Peter Balkenende Demissionary Perdana Menteri Belanda
New Zealand New Zealand John Key Perdana Menteri New Zealand
Nigeria Nigeria Goodluck Jonathan Pemangku Presiden Nigeria
Norway Norway Jens Stoltenberg Perdana Menteri Norway
Pakistan Pakistan Yousaf Raza Gillani Perdana Menteri Pakistan
Filipina Filipina Gloria Macapagal-Arroyo Presiden Filipina
Poland Poland Radosław Sikorski Menteri Hal Ehwal Luar
Rusia Rusia Dmitry Medvedev Presiden Rusia
Arab Saudi Arab Saudi Muqran bin Abdul Aziz Al Saud Presiden Risik Awam Arab Saudi
Singapura Singapura Lee Hsien Loong Perdana Menteri Singapura
Afrika Selatan Afrika Selatan Jacob Zuma Presiden Afrika Selatan
Korea Selatan Korea Selatan Lee Myung-bak Presiden Korea Selatan
Sepanyol Sepanyol José Luis Rodríguez Zapatero Perdana Menteri Sepanyol
Sweden Sweden Fredrik Reinfeldt Perdana Menteri Sweden
Switzerland Switzerland Doris Leuthard Presiden Kesatuan Swiss
Thailand Thailand Trairong Suwankiri Timbalan Perdana Menteri Thailand
Turki Turki Recep Tayyip Erdoğan Perdana Menteri Turki
Ukraine Ukraine Viktor Yanukovych Presiden Ukraine
Emiriah Arab Bersatu Emiriah Arab Bersatu Mohammed bin Zayed Al Nahyan Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Komandar Agung Tentera UAE
United Kingdom United Kingdom David Miliband Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon Setiausaha Agung PBB
Amerika Syarikat Amerika Syarikat (tuan rumah) Barack Obama Presiden Amerika Syarikat
Vietnam Vietnam Nguyễn Tấn Dũng Perdana Menteri Vietnam

Penglibatan Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Malaysia turut dijemput menghadiri sidang kemuncak ini dan diwakili oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden A.S. Barack Obama dan pemimpin perniagaan dan pengurus dana Amerika bagi memberikan taklimat mengenai Model Ekonomi Baru (MEB). Najib juga bertemu dengan Naib Presiden Joe Biden di Hotel Four Seasons bersama Datuk Seri Dr Rais Yatim. Kemudian bertemu dengan Timbalan Setiausaha Negara Amerika James Steinburg dan pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Howard Berman.[3]

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Sanger, David; William J. Broad (11 April 2010). "Leaders Gather for Nuclear Talks as New Threat Is Seen". New York Times. Dicapai pada 12 April 2010. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  2. ^ Josh Rogin (10 April 2010). "White House Announces Nuclear Summit Attendees". Foreign Policy. Dicapai pada 12 April 2010. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  3. ^ Najib Tiba Di Washington Untuk Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear Bernama