Surah Al-Kauthar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Surah Al-Kauthar (سورة الكوثر) ialah surah ke-108 dalam Al Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah dan terdiri dari 3 ayat. Surah Al-Kauthar ialah surah yang paling pendek dalam Al Quran. Kata Al Kautsar sendiri bererti nikmat yang banyak dan diambil dari ayat pertama dari surah ini.

Isi kandungan surah ini perintah melaksanakan solat dan berkorban kerana Allah memberikan banyak kenikmatan untuk untuk mereka yang beriman sedangkan para pembenci kaum beriman akan terputus.

Hubungan Surah Al-Kauthar[sunting | sunting sumber]

Dalam Surah Al-Kauthar, Allah memerintahkan agar memperhambakan diri kepada Allah, sedang dalam surah selepasnya Surah Al-Kafirun perintah tersebut diulang lagi.

Isi surah[sunting | sunting sumber]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


  1. إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
  2. فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
  3. إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الأبْتَرُ Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]


Surah Sebelumnya:
Surah Al-Ma’un
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Kafirun
Surah 108