Surah Al-Mu’minun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Surah Al Mu'minuun (سورة المؤمنون) adalah surah ke-23 dari al-Quran, surah ini terdiri atas 118 ayat dan termasuk golongan surah Makkiyyah. Dinamai Al Mu'minuun, kerana permulaan ayat ini manerangkan bagaimana seharusnya sifat-sifat orang mukmin yang menyebabkan keberuntungan mereka di akhirat dan ketenteraman jiwa mereka di dunia. Demikian tingginya sifat-sifat itu, hingga ia telah menjadi akhlak bagi Nabi Muhammad s.a.w.

Isi kandungan[sunting | sunting sumber]

  1. Keimanan: Kepastian hari kebangkitan dan hal-hal yang terjadi pada hari kiamat; Allah SWT tidak memerlukan anak .
  2. Hukum-hukum: Manusia dibebani sesuai dengan kesanggupannya; rasul-rasul semuanya menyuruh manusia memakan makanan yang halal lagi baik; pokok-pokok agama yang dibawa para nabi adalah sama, hanya syariatnya yang berbeza-beza.
  3. Kisah-kisah: Kisah Nabi Nuh a.s.; kisah Nabi Hud a.s. kisah Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s.; kisah Nabi Isa a.s.
  4. Dan lain-lain: Tujuh perkara yang harus dipenuhi, oleh seorang mukmin yang ingin mendapat keberuntungan hidup di dunia mahupun di akhirat; proses kejadian manusia; tanda-tanda orang yang bersegera kepada kebaikan; nikmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia wajib disyukuri.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Mukaddimah Al Qur'an versi terjemahan Jabatan Agama Republik Indonesia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah Al-Hajj
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah An-Nuur
Surah 23