Surah Al-Ma'idah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Surah Al-Maa’idah)
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam

Surah Al-Maa’idah - (Hidangan) سورة المائدة - mempunyai 120 ayat; termasuk golongan dalam surah Madaniyyah. Sekalipun ada ayatnya yang turun di Mekah, namun ayat ini diturunkan selepas Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah, iaitu pada waktu haji wadaa'. Surah ini dinamakan Al Maa'idah (hidangan) kerana memuatkan kisah pengikut-pengikut setia Nabi Isa a.s. meminta kepada Nabi Isa a.s. agar Allah menurunkan untuk mereka Al Maa'idah (hidangan makanan) dari langit (ayat 112). Dan dinamakan Al Uqud (perjanjian) kerana kata itu terdapat pada ayat pertama surah ini dimana Allah menyuruh agar hamba-hamba-Nya memenuhi janji mereka terhadap Allah dan perjanjian-perjanjian yang mereka buat sesamanya. Dinamakan juga Al Munqidz (yang menyelamatkan), kerana akhir surat ini mengandungi kisah tentang Nabi Isa a.s. penyelamat pengikut-pengikut setianya daripada azab Allah.

Isi Kandungan

1. Keimanan: Bantahan terhadap orang-orang yang mempertuhankan Nabi Isa a.s.

2. Hukum-hukum: Keharusan menunaikan janji; hukum melanggar syiar Allah; makanan yang dihalalkan dan diharamkan; hukum mengahwini ahli kitab; wudhu'; tayammum; mandi; hukum membunuh orang; hukum mengacau dan mengganggu keamanan; hukum qisas; hukum melanggar sumpah dan kafaaratnya; hukum memburu binatang pada waktu ihram; hukum persaksian dalam berwasiat.

3. Kisah-kisah: Kisah-kisah Nabi Musa a.s. menyuruh kaumnya memasuki Palestin; kisah Habil dan Qabil, kisah-kisah tentang Nabi Isa a.s.

4. Dan lain-lain: Keharusan bersifat lemah lembut terhadap sesama mukmin bersikap keras terhadap orang-orang kafir; penyempurnaan Agama Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.; keharusan bersikap jujur dan berlaku adil; sikap dalam menghadapi berita-berita bohong; akibat berkawan rapat dengan orang yang bukan muslim; kutukan Allah terhadap orang-orang Yahudi, kewajipan rasul hanya menyampaikan agama; sikap Yahudi dan Nasrani terhadap orang Islam; Kaabah panduan hidup manusia; peringatan Allah supaya meninggalkan amalan Arab jahiliyah; larangan-larangan terhadap pertanyaan-pertanyaan yang mengakibatkan kesempitan dalam agama.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah An-Nisaa’
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-An’aam
Surah 5