Pergi ke kandungan

Syed Ahmad Shahabuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Tun Syed Ahmad Shahabudin Al-Haj)
Allahyarham Tun Datuk Seri Utama Haji
Syed Ahmad Shahabuddin
SMN, SSM, PSM (Malaysia); DUNM (Melaka);
SPMS (Selangor); SPMK (Kelantan); SPMT (Terengganu); SSDK (Kedah); DP, PNBS (Sarawak); PGDK (Sabah);
JMN (Malaysia); JP (Melaka)
Yang di-Pertua Negeri Melaka
Dalam jawatan
4 Disember 1984 – 3 Jun 2004
Didahului olehTun Syed Zahiruddin Syed Hassan
Digantikan olehTun Mohd Khalil Yaakob
Timbalan Menteri
Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia
Dalam jawatan
1978–1980
MenteriGhazali Shafie
Didahului olehRais Yatim
Digantikan olehSanusi Junid
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Padang Terap, Kedah
Dalam jawatan
1978–1984
Didahului olehAhmad Shukri Abd. Shukor
Digantikan olehBaharom Bakar
Menteri Besar Kedah
Dalam jawatan
1967–1978
Didahului olehSyed Omar Syed Abdullah Shahabuddin
Digantikan olehSyed Nahar Tun Syed Sheh Shahabuddin
Ahli Dewan Negara Malaysia
Dalam jawatan
1967–1969
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah
bagi Kuala Nerang
Dalam jawatan
1974–1978
Didahului olehKonstituensi diwujudkan
Digantikan olehAzizah Taib
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah
bagi Padang Terap
Dalam jawatan
1959–1974
Didahului olehKonstituensi diwujudkan
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Ahli Majlis Perundangan
Persekutuan Tanah Melayu
Dalam jawatan
1955–1959
Kawasan pilihan rayaKedah Utara
Maklumat peribadi
Lahir
Syed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabuddin

4 Mei 1925
Kulim, Kedah
Mati7 Julai 2008(2008-07-07) (umur 83)
Melaka
Tempat semadiMakam Pahlawan Melaka
Masjid Al-Azim
Bukit Palah, Melaka
Parti politik UMNO
Pasangan
  • Toh Puan Sharifah Haniffah Syed Alwi
  • Toh Puan Datin Seri Utama Datuk Seri Marfuza Sheikh Mohd Osman
Anak10
Yang di-Pertua Negeri Melaka
Tuan Yang Terutama
PemerintahanYang di-Pertua Negeri Melaka ke-5
Pertabalan4 Disember 1984
PendahuluSyed Zahiruddin bin Syed Hassan
PenggantiMohd Khalil Yaakob

Allahyarham Tun Datuk Seri Utama Haji Syed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabuddin telah dilahirkan pada 4 Mei 1925 di Kulim, Kedah. Syed Ahmad merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kulim dari tahun 1932 hingga tahun 1935. Syed Ahmad kemudian melanjutkan pelajarannya di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star sehingga beliau lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1947.

Kerjaya awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Kerajaan di Pejabat Perbendaharaan Negeri, Alor Setar dari tahun 1947 hingga tahun 1955 dan pada masa yang sama membabitkan diri dalam kegiatan SABERKAS dan Kesatuan Melayu Negeri Kedah (KMNK) yang berpusat di Alor Setar.

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Apabila Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ditubuhkan pada tahun 1946, Tun Syed Ahmad menyertai parti politik dan menjadi ahli UMNO di Cawangan Alor Setar, Kedah. Mulai tahun 1951 hingga tahun 1954 beliau dilantik menjadi Penolong Setiausaha UMNO Negeri dan seterusnya dilantik sebagai Setiausaha UMNO hingga tahun 1967.


Semasa pembabitannya dalam politik, beberapa jawatan telah disandang beliau di antaranya ialah Ahli Dewan Undangan Persekutuan dari tahun 1955 hingga tahun 1959 dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dari tahun 1958 hingga tahun 1967. Pada tanggal 14 Disember 1967, beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang keempat menggantikan Dato' Syed Omar Shahabuddin yang telah kembali ke Rahmatullah pada 7 Disember 1967. Jawatan Menteri Besar Kedah telah disandang oleh beliau sehingga tahun 1978. Sebagai Menteri Besar, beliau juga menyandang jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Ketua Barisan Nasional Negeri dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Malaysia.

Pada tahun 1967, beliau turut dilantik menjadi Ahli Dewan Negara selama dua tahun sehingga tahun 1969. Seterusnya beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri Malaysia dari tahun 1978 hingga tahun 1980 dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura dari tahun 1981 hingga 1988. Beliau telah dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Melaka pada tahun 1989 hinggalah 2004 menggantikan Tun Syed Zahiruddin Syed Hassan.

Dalam masa pentadbiran beliau, perhatian ditumpukan bagi mengekalkan kestabilan politik dan kemajuan negeri bersama-sama penyokong dalam kerajaan, khususnya Ahli-ahli Exco sebagai pembuat dasar, sementara para pegawai kerajaan bertanggungjawab melaksanakan dasar. Tun Syed Ahmad seringkali mengetuai rombongan kerajaan dan ahli-ahli ekonomi melawat negara-negara luar bertujuan mempromosikan Kedah dan meyakinkan para pelabur tentang potensi pelaburan dan insentif-insentif yang disediakan di Negeri Kedah. Walaupun perhatian tertumpu pada sektor perindustrian, namun sektor pertanian tetap diberi perhatian. Projek raksasa yang menjadi kebanggaan kerajaan yang dikenali sebagai Rancangan Pengairan Muda dibina. Nyatalah projek itu memperlihatkan hasrat kerajaan di bawah pimpinan beliau untuk mengekalkan identiti tradisi Negeri Kedah Darul Aman sebagai Jelapang Padi Malaysia. Pandangan jauh beliau untuk membawa negeri ini bersaing antara sektor pertanian dan perindustrian telah berjaya mengangkat taraf hidup rakyat dengan perkapita yang meningkat dari tahun ke tahun. Beliau juga berjaya mengurangkan kadar pengangguran dan kadar kemiskinan di Negeri Kedah.

Demi menghargai sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan, beliau dianugerahi pingat dan darjah kebesaran antaranya S.M.N., S.S.M., P.S.M., D.U.N.M. , S.P.M.S., S.P.M.K., S.P.M.T., S.S.D.K., D.P., P.N.B.S., P.G.D.K., J.M.N. dan J.P

Syed Ahmad berkahwin dengan Toh Puan Sharifah Haniffah binti Syed Alwi pada tahun 1950 dan telah dikurniakan enam orang anak. Toh Puan meninggal dunia pada 5 Julai 1993 di Kuala Lumpur. Pada tahun 1960, Syed Ahmad berkahwin dengan Toh Puan Datuk Seri Datin Seri Utama Marfuza bte Sheikh Mohd Osman dan mereka dikurniakan dengan empat orang anak.

Beliau meninggal dunia akibat sakit tua pada usia beliau 83 tahun pada 7 Julai 2008 dan disemadikan di Makam Pahlawan Melaka di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka.


Penyandang Terdahulu Yang di-Pertua Negeri Melaka
19842004
Penyandang Kemudian
Tun (Dr.) Haji Abdul Aziz Abdul Majid Tun Mohd Khalil Yaakob
Penyandang Terdahulu Menteri Besar Kedah
19671978
Penyandang Kemudian
Tan Sri Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin Dato' Seri Syed Nahar Bin Tun Syed Sheh Shahabuddin