Stesen LRT CGC-Glenmarie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai stesen LRT. Untuk bandar, sila lihat Bandar Glenmarie.
CGC-Glenmarie Rapid KL
Glenmarie LRT Station.jpg
Stesen CGC-Glenmarie dari Jalan Lapangan Terbang.
Nama lainسي جي سي—ڬلنمري (Jawi)
格林玛丽 (Cina)
கிளென்மேரி (Tamil)
LokasiStesen Glenmarie, Jalan Lapangan Terbang Subang, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Koordinat3°5′46″N 101°35′25″E / 3.09611°N 101.59028°E / 3.09611; 101.59028
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Aliran/laluan 5  Laluan Kelana Jaya
 11  Laluan Bandar Utama–Klang (dibuka tahun 2024)
Platform1 platform tengah
Landasan2
SambunganBus transport Rapid Bus: T774
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
K. letak kenderaan569 petak parkir
Kemudahan basikal20 petak basikal
Capaian OKUYa Handicapped/disabled access
Maklumat lain
Kod stesen KJ27 
Sejarah
Dibuka 5  30 Jun 2016
Akan dibuka 11  2024
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
Other services
  Perkhidmatan masa depan  
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Bandar Utama
Laluan BUK
(Mula 2024)
menghala ke Johan Setia
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Stesen LRT Glenmarie (atau Stesen LRT CGC-Glenmarie atas sebab penajaan)[1] adalah stesen LRT di Kelana Jaya, Selangor. Bagunan stesen LRT Laluan Kelana Jaya dibuka dan mula berkhidmat 30 Jun 2016 sebahagian daripada penyambungan jajaran Laluan Kelana Jaya ke Putra Heights, Selangor.[2] Bagunan stesen LRT Laluan Bandar Utama-Klang dijangka dibuka pada Februari 2024 yang kini masih dalam pembinaan.[3]

Setiap laluan yang berkhidmat di stesen ini mempunyai bagunan stesen sendiri yang akan disambungkan melalui laluan pejalan kaki berbayar. Pada tahun 2024, stesen ini akan menjadi stesen pertukaran bagi Laluan Bandar Utama-Klang dan Laluan Kelana Jaya.[4]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Bagunan stesen LRT terletak di atas Jalan Lapangan Terbang Subang, Kelana Jaya, Selangor. Stesen ini juga terletak kira-kira 1km daripada Persimpangan Subang Mes-e1.png Lebuhraya NKVE. Terletak berhampiran stesen ini adalah Wisma Amfirst, Plaza Glomac, Kelana Business Center, Accentra Glenmarie, bagunan CGC Malaysia, Lincoln University College dan Stadium MBPJ.

Pelan stesen (Laluan Kelana Jaya)[sunting | sunting sumber]

L2
Platform KJ
KJ Arah Selatan  5  Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Subang Jaya)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Handicapped/disabled access
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Handicapped/disabled access
KJ Arah Utara  5  Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Ara Damansara)
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan laluan pejalan kaki merentasi Jalan Lapangan Terbang Subang Handicapped/disabled access
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, tempat letak kereta, Kelana Business Center, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirianHandicapped/disabled access

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 569 petak parkir kereta[5] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[6]

Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan T774 berkhidmat di stesen ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ACTIONLINE (1 Mei 2017). "Glenmarie LRT station is now CGC-Glenmarie". Diarkibkan daripada asal pada 18 Mei 2019. Dicapai 18 Mei 2019. 
  2. ^ "New LRT Kelana Jaya line extension to open June 30 as scheduled". Astro Awani. 15 Apr 2016. Diarkibkan daripada asal pada 8 Mei 2019. Dicapai 18 Mei 2019. 
  3. ^ Emmanuel Santa Maria Chin (22 Feb 2019). "LRT3 now set for 2024 completion". malaymail. Diarkibkan daripada asal pada 18 Mei 2019. Dicapai 18 Mei 2019. 
  4. ^ "Eyeing 2024 to wrap it up" (dalam bahasa Inggeris). 13 Feb 2019. Diarkibkan daripada asal pada 18 Mei 2019. Dicapai 18 Mei 2019. 
  5. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada asal pada 6 Nov 2018. Dicapai 29 Mei 2019. 
  6. ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada asal pada 6 Nov 2018. Dicapai 29 Mei 2019.