Bantuan:AFA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Wikipedia:IPA)
(audio) Rencana ini disertakan pautan ke fail audio. Jika anda menghadapi masalah memainkan fail-fail audio, rujuk Wikipedia:Bantuan audio.

Rencana ini merupakan kunci asas kepada simbol-simbol Abjad Fonetik Antarabangsa. Beberapa simbol AFA yang jarang dilafazkan mungkin tidak disertakan, kerana simbol-simbol tersebut boleh didapati pada laman AFA utama atau pada carta AFA yang lebih terperinci.

Setiap satu simbol AFA akan disertakan satu contoh daripada bahasa Melayu seboleh mungkin. Bahasa-bahasa asing yang menjadi rujukan utama bunyi tambahan adalah dari bahasa Inggeris, kemudian bahasa-bahasa yang lazim digunakan di seluruh dunia seperti bahasa Perancis, bahasa Jerman Baku dan bahasa Sepanyol. Untuk simbol-simbol yang tidak diliputi oleh bahasa-bahasa tersebut, bahasa-bahasa yang ramai penuturnya akan digunakan seperti bahasa Cina Baku, bahasa Hindustani, bahasa Arab dan bahasa Rusia. Jika terdapat bunyi-bunyi yang masih tidak diliputi oleh bahasa-bahasa tersebut, bahasa-bahasa lain yang mantap diselidik seperti bahasa Swahili, bahasa Zulu dan bahasa Turki akan digunakan.

Lajur kiri memaparkan simbol-simbol individu dalam kurungan siku ( [a] (Mengenai audio inidengar). ) Sila klik perkataan "dengar" untuk mendengar bunyi bagi setiap bunyi; dan klik pada simbol itu sendiri untuk rencana khusus dengan penerangan yang lebih lengkap yang berserta contoh-contoh daripada pelbagai bahasa. Bunyi-bunyi konsonan dilafazkan sekali diikuti bunyi vokal dan dilafazkan sekali lagi di antara dua vokal.

Jika aksara tidak dipaparkan, anda mungkin perlu memasang pasuan sokongan. Pasuan-pasuan percuma dengan sokongan AFA yang baik termasuk Gentium Plus (gaya serif) dan Andika (gaya sans-serif).

Simbol-simbol utama[sunting | sunting sumber]

Simbol-simbol disusun mengikut turutan huruf abjad Rumi. Simbol-simbol yang tidak menyerupai mana-mana huruf Latin akan diletakkan di hujung, atau di bahagian lain.

Simbol Contoh perkataan Penerangan
A
[a] (Mengenai audio inidengar) Mann (bahasa Jerman), gare (bahasa Perancis) Seperti bunyi untuk huruf ⟨a⟩ dalam bahasa Melayu tetapi bunyinya lebih terbuka dan ke hadapan.
[ä] (Mengenai audio inidengar) tā (bahasa Cina Mandarin), father (bahasa Inggeris Amerika), casa (bahasa Sepanyol), patte (bahasa Perancis) Bunyi ⟨a⟩ seperti yang dituturkan oleh jumhur penutur bahasa Melayu berdialek Johor-Selangor. Ini adalah bunyi piawai untuk bahasa Melayu.
[ɐ] (Mengenai audio inidengar) cut (Sebutan Diterima bahasa Inggeris United Kingdom), Kaiserslautern (bahasa Jerman) (dalam transkripsi bahasa Inggeris, [ɐ] biasanya ditulis dalam bentuk ⟨ʌ⟩.)
[ɑ] (Mengenai audio inidengar) father (Sebutan Diterima bahasa Inggeris United Kingdom), pâte (bahasa Perancis), bad (bahasa Belanda)
[ɑ̃] (Mengenai audio inidengar) Caen, sans, temps (bahasa Perancis) Bunyi [ɑ] yang disengaukan.
[ɒ] (Mengenai audio inidengar) cot (Sebutan Diterima bahasa Inggeris United Kingdom) Seperti [ɑ], tetapi dengan bibir yang lebih sedikit dibundarkan.
[ʌ] (Mengenai audio inidengar) cut (bahasa Inggeris Amerika) Seperti [ɔ], tetapi tanpa pembundaran bibir. (Apabila ⟨ʌ⟩ digunakan dalam bahasa Inggeris, sebutan sebenarnya mungkin [ɐ] atau [ɜ].)
[æ] (Mengenai audio inidengar) cat (Sebutan Diterima bahasa Inggeris United Kingdom)
B
[b] (Mengenai audio inidengar) babble (bahasa Inggeris)
[ɓ] (Mengenai audio inidengar) bwana (bahasa Swahili) Seperti [b] tetapi disebut seperti meneguk udara. Sila lihat konsonan implosif.
[β] (Mengenai audio inidengar) la Bamba (bahasa Sepanyol), abana "kanak-kanak" (bahasa Kinyarwanda), 무궁화 [muɡuŋβwa̠] mugunghwa (bahasa Korea) Seperti [b], tetapi bibir tidak ditutup serapat [b].
[ʙ] (Mengenai audio inidengar) simbi [siʙi] "rahang bawah" (bahasa Nias) Bunyi [b] tetapi bibir bergetar.
C
[c] (Mengenai audio inidengar) kebap "kebab" (bahasa Turki), stín "bayang-bayang" (bahasa Czech), και "dan" (bahasa Yunani) Di antara bunyi tune (Sebutan Diterima) dan cute dalam bahasa Inggeris. Kadangkala digunakan mengganti [tʃ] dalam bahasa-bahasa seperti bahasa Hindi.
[ç] (Mengenai audio inidengar) Ich (bahasa Jerman) Bunyi [x] tetapi lebih dilelangitkan (maksudnya ada bunyi "y" di dalamnya). Bunyinya seakan khianat dalam bahasa Melayu. Boleh cuba menyebut suku kata "khyi!" dengan laju-laju.
[ɕ] (Mengenai audio inidengar) 西安 Xi'an (bahasa Cina Mandarin), ściana (bahasa Poland) Bunyinya seakan desisan [ʃ], tetapi dimalar serta dilelangitkan. Maksudnya, berbanding [ʃ], aliran suara ini tidak terkumpul di kawasan berhampiran bibir tetapi di bahagian lidah yang menyentuh lelangit. Bentuk lidah pun lebih melengkung berbanding [ʃ], serta lidah tidak menyentuh gigi.
[ɔ] (Mengenai audio inidengar) sila lihat entri O
D
[d] (Mengenai audio inidengar) dad (bahasa Inggeris)
[ɗ] (Mengenai audio inidengar) Dodoma (bahasa Swahili) Bunyi [d] tetapi disebut seperti meneguk udara.
[ɖ] (Mengenai audio inidengar) harder (bahasa Inggeris Amerika) Bunyi [d] dengan lidah yang bergulung atau ditarik balik.
[ð] (Mengenai audio inidengar) the, bathe (bahasa Inggeris)
[dz] (Mengenai audio inidengar) adds (bahasa Inggeris) zero (bahasa Itali)
[] (Mengenai audio inidengar) judge (bahasa Inggeris)
[] (Mengenai audio inidengar) niewiedź "beruang" (bahasa Poland) Seperti [dʒ], tetapi tambah bunyi "y".
[] (Mengenai audio inidengar) em "jem" (Bahasa Poland) Seperti [dʒ] tetapi lidah lebih digulung atau ditarik ke belakang.
E
[e] (Mengenai audio inidengar) fe (bahasa Sepanyol), clé (bahasa Perancis), Klee (bahasa Jerman) Bunyi piawai "e-taling" dalam bahasa Melayu untuk perkataan "enak". Dekat dengan bunyi "i" tetapi dibuka sedikit sahaja. Berbanding bahasa Inggeris, kedudukan lidah untuk bunyi ini lebih tinggi.
[ɘ] (Mengenai audio inidengar) bird (bahasa Inggeris Australia)
[ə] (Mengenai audio inidengar) above (bahasa Inggeris), ठग [ʈʰəɡ] "pencuri" (bahasa Hindi) Bunyi piawai "e-pepet" dalam bahasa Melayu untuk perkataan "emak". Cara menyebutnya ialah lidah dan rahang dalam keadaan rehat, seperti orang yang berbunyi ketika dia tengah termenung.
[ɚ] (Mengenai audio inidengar) runner (bahasa Inggeris Amerika)
[ɛ] (Mengenai audio inidengar) bet (bahasa Inggeris) Bunyi "e" dalam bahasa Inggeris seperti contoh perkataan "bet". Berbanding [e], kedudukan lidah lebih rendah. Boleh cuba ungkapan "Eh!" dalam bahasa Melayu
[ɛ̃] (Mengenai audio inidengar) Saint-Étienne, vin, main (bahasa Perancis) Bunyi [ɛ] yang disengaukan.
[ɜ] (Mengenai audio inidengar) bird (Sebutan Diterima bahasa Inggeris United Kingdom)
[ɝ] (Mengenai audio inidengar) bird (bahasa Inggeris Amerika)
F
[f] (Mengenai audio inidengar) fun (bahasa Inggeris)
[ɟ] (Mengenai audio inidengar) sila lihat entri J
[ʄ] (Mengenai audio inidengar) sila lihat entri J
G
[ɡ] (Mengenai audio inidengar) gag (bahasa Inggeris)
[ɠ] (Mengenai audio inidengar) Uganda (bahasa Swahili) Seakan bunyi [ɡ] tetapi disebut seperti meneguk udara.
[ɢ] (Mengenai audio inidengar) Seakan bunyi [ɡ], tetapi kedudukan lebih ke belakang sehingga ke kerongkong. Dijumpai pada bahasa Parsi dan dialek-dialek Arab untuk fonem /q/, seperti Muammar Gaddafi.
[ʒ] (Mengenai audio inidengar) sila lihat entri Z Bunyi [ʃ] tetapi pita suara bergetar.
H
[h] (Mengenai audio inidengar) house (bahasa Inggeris Amerika)
[ɦ] (Mengenai audio inidengar) ahead (bahasa Inggeris), terutamanya apabila disebut dengan laju.
[ʰ] Bunyi konsonan berhembus. Bunyi ini sering digunakan oleh penutur bukan asli bahasa Melayu sebagai kelainan bebas untuk sebutan bunyi-bunyi konsonan letupan seperti [p], [t] dan [k].
[ħ] (Mengenai audio inidengar) مُحَمَّدMuhammad (bahasa Arab) Ha pedas. Jauh ke dalam tekak seperti [h] tetapi lebih kuat bunyi hembusannya.
[ɥ] (Mengenai audio inidengar) sila lihat entri Y
[ɮ] (Mengenai audio inidengar) sila lihat entri L
I
[i] (Mengenai audio inidengar) sea (bahasa Inggeris), ville (bahasa Inggeris), Valladolid (bahasa Sepanyol)
[ɪ] (Mengenai audio inidengar) sit (bahasa Inggeris)
[ɨ] (Mengenai audio inidengar) ты "awak" (bahasa Rusia)
J
[j] (Mengenai audio inidengar) yes, hallelujah (bahasa Inggeris), Junge (bahasa Jerman)
[ʲ] Ленин [ˈlʲenʲɪn] (bahasa Rusia) Menandakan bunyi konsonan itu mempunyai lebih banyak unsur bunyi huruf "y".
[ʝ] (Mengenai audio inidengar) cayo (sesetengah dialek bahasa Sepanyol) Seperti [j], tetapi lebih kuat.
[ɟ] (Mengenai audio inidengar) gör "lihat" (bahasa Turki), díra "lubang" (bahasa Czech) Antara bunyi dius dan giur dalam bahasa Melayu. Kadangkala digunakan sebagai kelainan bebas kepada bunyi [dʒ] dalam bahasa-bahasa seperti bahasa Hindi.
[ʄ] (Mengenai audio inidengar) jambo (bahasa Swahili) Seperti [ɟ] tetapi disebut seperti meneguk udara.
K
[k] (Mengenai audio inidengar) kick, skip (bahasa Inggeris)
L
[l] (Mengenai audio inidengar) leaf (bahasa Inggeris)
[ɫ] (Mengenai audio inidengar) wool (bahasa Inggeris)

малый [ˈmɑɫɨj] "kecil" (bahasa Rusia)

Dalam bahasa Melayu digunakan dalam perkataan Allah.
[ɬ] (Mengenai audio inidengar) llwyd [ɬʊɪd] "kelabu" (bahasa Welsh)

hlala [ɬaːla] "duduk" (bahasa Zulu)

Disebut melalui menyentuk lelangit menggunakan lidah pada masa yang sama menghembus nafas keluar di dua sisi lidah tersebut.
[ɭ] (Mengenai audio inidengar) Seperti [l] tetapi lidah tergulung atau ditarikbalik.
[ɺ] Bunyi [l] yang berkibas, seperti [l] dan [ɾ] disebut serentak.
[ɮ] (Mengenai audio inidengar) dla "makan" (bahasa Zulu) Seperti pasangan [l] dan [ʒ], atau pasangan [l] dan [ð], yang disebut secara serentak.
[ʟ] (Mengenai audio inidengar)
M
[m] (Mengenai audio inidengar) mime (bahasa Inggeris)
[ɱ] (Mengenai audio inidengar) pemvaksinan (bahasa Melayu), symphony (bahasa Inggeris) Seperti [m], tetapi bibir menyentuh gigi yang seakan cara sebutan [f].
[ɯ] (Mengenai audio inidengar) sila lihat entri W
[ʍ] (Mengenai audio inidengar) sila lihat entri W
N
[n] (Mengenai audio inidengar) nasi (bahasa Melayu), nun (bahasa Inggeris)
[ŋ] (Mengenai audio inidengar) nganga (bahasa Melayu), sing (bahasa Inggeris), nga (bahasa Māori)
[ɲ] (Mengenai audio inidengar) nyanyi (bahasa Melayu), Peña (bahasa Sepanyol), champagne (bahasa Perancis)
[ɳ] (Mengenai audio inidengar) वरुण [ʋəruɳ] Varuna (bahasa Hindi) Seperti [n] tetapi lidah lebih digulung atau ditarik ke belakang.
[ɴ] (Mengenai audio inidengar) Don Juan [doɴˈχwan] (bahasa Sepanyol Castilla) Seperti [ŋ], tetapi lebih ke belakang ke kawasan tekak.
O
[o] (Mengenai audio inidengar) orang (bahasa Melayu), no (bahasa Sepanyol), eau (bahasa Perancis), Boden (bahasa Jerman) Bunyi piawai "o" dalam bahasa Melayu.
[ɔ] (Mengenai audio inidengar) Oldenburg (bahasa Jerman), Garonne (bahasa Perancis) Bunyi kelainan bebas untuk "o" dalam bahasa Melayu. Kedudukan lidah lebih rendah, boleh cuba menyebut "Oh!" dengan mulut dibuka besar.
[ɔ̃] (Mengenai audio inidengar) Lyon, son (bahasa Perancis) Bunyi [ɔ] yang disengaukan.
[ø] (Mengenai audio inidengar) feu, bœufs (bahasa Perancis), Goethe (bahasa Jerman) Bunyi seperti [e] tetapi bibir dibundarkan seperti [o].
[ɵ] (Mengenai audio inidengar) hut (bahasa Belanda), je (bahasa Perancis), dum (bahasa Sweden) Bunyi di tengah-tengah [o] dan [ø]. Seperti [ʊ] tetapi lidah berkedudukan sedikit di bawah dan ke hadapan. Bunyi vokal ini jika dalam bahasa Belanda selalu ditranskripsikan sebagai ⟨ʏ⟩ atau ⟨œ⟩, manakala jika dalam bahasa Perancis pula selalunya ditranskripsikan sebagai ⟨ə⟩.
[œ] (Mengenai audio inidengar) bœuf, seul (bahasa Perancis), Göttingen (bahasa Jerman) Seperti [ɛ] tetapi bibir lebih dibundarkan seperti [ɔ].
[œ̃] (Mengenai audio inidengar) brun, parfum (bahasa Perancis) Bunyi [œ] disengaukan.
[ɶ] (Mengenai audio inidengar)
[θ] (Mengenai audio inidengar) sila lihat entri Lain-lain
[ɸ] (Mengenai audio inidengar) sila lihat entri Lain-lain
P
[p] (Mengenai audio inidengar) pip (bahasa Inggeris)
Q
[q] (Mengenai audio inidengar) قُرْآنQur’ān (bahasa Arab) Seperti [k], tetapi jauh ke belakang sehingga ke dalam tekak.
R
[r] (Mengenai audio inidengar) rasa (bahasa Melayu Malaysia, sebutan baku), perro (bahasa Sepanyol), borrow (Bahasa Scot) Bunyi "R getar". Bunyi ini dianggap sebagai bunyi piawai dalam bahasa Melayu Baku, tetapi perlu diingatkan bunyi "R" bahasa Melayu Baku bergetar tetapi tidak sekuat bunyi /r/ dalam bahasa Jawa (yang mempengaruhi sebutan bahasa Indonesia Baku).
[ɾ] (Mengenai audio inidengar) khabar, rasa (bahasa Melayu Malaysia, sebutan umum), pero (bahasa Sepanyol), daliri (bahasa Tagalog), kitty/kiddie (bahasa Inggeris Amerika) Bunyi "R tampar". Bunyi ini adalah bunyi kelainan bebas untuk "R" dalam dialek Johor-Selangor.
[ʀ] (Mengenai audio inidengar) rood (bahasa Belanda), rot (sebahagian penutur asli bahasa Jerman) Bunyi getaran di belakang tekak. Dijumpai pada laras konservatif bahasa Perancis untuk sebutan /r/.
[ɽ] (Mengenai audio inidengar) ساڑی [sə.ɽək] "jalan" (bahasa Urdu) Seperti bunyi tamparan [ɾ], tetapi lidah digulung ke belakang.
[ɹ] (Mengenai audio inidengar) borrow (Sebutan Diterima bahasa Inggeris United Kingdom) Bunyi kelainan bebas yang amat luas digunakan dalam sebutan umum bahasa Melayu Malaysia (termasuk pembaca berita), sehingga ramai di kalangan penutur asli bahasa Melayu berpendapat bunyi ini ialah bunyi baku.
[ɻ] (Mengenai audio inidengar) புழு Puu "cacing" (bahasa Tamil), 人民日报 Rénmín Rìbào "Akhbar Harian Rakyat" (bahasa Cina Baku), borrow, butter (bahasa Inggeris Amerika) Seperti [ɹ], tetapi lidah digulung atau ditarik ke belakang. Bunyi ini seringkali digunakan oleh penutur bukan asli bahasa Melayu apabila menyebut bunyi /r/.
[ʁ] (Mengenai audio inidengar) Paris (bahasa Perancis), Riemann (sebahagian dialek bahasa Jerman) Kelainan bebas untuk bunyi <gh> dalam bahasa Melayu. Bunyi ini di belakang tekak tetapi tidak getar.
S
[s] (Mengenai audio inidengar) sass (bahasa Inggeris)
[ʃ] (Mengenai audio inidengar) shoe (bahasa Inggeris)
[ʂ] (Mengenai audio inidengar) 少林 (Shàolín), (bahasa Cina Mandarin), Пушкин Pushkin (bahasa Rusia) Bentuk akustiknya seakan [ʃ], tetapi lidah bergulung atau ditarik balik ke belakang.
T
[t] (Mengenai audio inidengar) tot, stop (bahasa Inggeris)
[ʈ] (Mengenai audio inidengar) ठग [ʈʰəɡ] (thug) "thief" (bahasa Hindi) Seperti [t], tetapi lidah bergulung atau ditarik balik ke belakang.
[ts] (Mengenai audio inidengar) cats (bahasa Inggeris), царь tsar (Bahasa Rusia)
[] (Mengenai audio inidengar) church (bahasa Inggeris)
[] (Mengenai audio inidengar) 北京 Běijīng (Mengenai audio inilisten) (bahasa Cina Mandarin), ciebie "you" (bahasa Poland) Seperti [tʃ], tetapi mempunyai lebih banyak bunyi "y".
[] (Mengenai audio inidengar) 真正 zhēnzhèng (bahasa Cina Mandarin), czas (bahasa Poland) Seperti [tʃ] tetapi lidah bergulung atau ditarik balik ke belakang.
U
[u] (Mengenai audio inidengar) food (bahasa Inggeris Amerika), vous "you" (bahasa Perancis), Schumacher (bahasa Jerman)
[ʊ] (Mengenai audio inidengar) foot (bahasa Inggeris), Bundesrepublik (bahasa Jerman)
[ʉ] (Mengenai audio inidengar) food (bahasa Inggeris Australia; tetapi bunyi panjang) Seperti [ɨ], tetapi bibir dibundarkan seperti [u].
[ɥ] (Mengenai audio inidengar) sila lihat entri Y
[ɯ] (Mengenai audio inidengar) sila lihat entri W
V
[v] (Mengenai audio inidengar) verve (bahasa Inggeris)
[ʋ] (Mengenai audio inidengar) वरुण [ʋəruɳə] "Varuna" (bahasa Hindi) Di antara [v] dan [w]. Digunakan oleh sebilangan penutur asli bahasa Jerman dan bahasa Rusia untuk menyebut v/w, dan sebilangan penutur asli bahasa Inggeris United Kingdom untuk menyebut r.
[ɤ] (Mengenai audio inidengar) sila lihat entri Y
[ɣ] (Mengenai audio inidengar) sila lihat entri Y
[ʌ] (Mengenai audio inidengar) sila lihat entri A
W
[w] (Mengenai audio inidengar) wow (bahasa Inggeris)
[ʷ] Menandakan bunyi konsonan itu ada dibundarkan
[ʍ] (Mengenai audio inidengar) what (bahasa Inggeris, sesetengah dialek) seperti [h] dan [w] disebut serentak
[ɯ] (Mengenai audio inidengar) kayık "caïque" (bahasa Turki), gaol (bahasa Gael Scotland) Seperti [u], tetapi bibir lebih hampas; seperti [ʊ].
[ɰ] (Mengenai audio inidengar) agua (bahasa Sepanyol) Seperti [w], tetapi bibir dihamparkan.
X
[x] (Mengenai audio inidengar) loch (bahasa Inggeris Scotland), Bach (bahasa Jerman), хлеб [xlʲep] "bread" (bahasa Rusia), joven (bahasa Sepanyol) Antara [k] dan [h]. Bunyi baku untuk <kh> dalam bahasa Melayu.
[χ] (Mengenai audio inidengar) Scheveningen (bahasa Belanda Baku Utara), Don Juan [doɴˈχwan] (bahasa Sepanyol Castilia) Seperti [x], tetapi jauh ke belakang dalam tekak. Sesetengah penutur asli bahasa Jerman dan bahasa Arab menggunakan [χ] untuk [x]. Bunyi kelainan bebas untuk <kh> dalam bahasa Melayu Baku.
Y
[y] (Mengenai audio inidengar) rue (bahasa Perancis), Bülow (bahasa Jerman) Seperti [i], tetapi bibir lebih dibundarkan seperti [u].
[ʏ] (Mengenai audio inidengar) Düsseldorf (bahasa Jerman) Seperti [ɪ], tetapi bibir lebih dibundarkan seperti [ʊ].
[ɣ] (Mengenai audio inidengar) غَالِيghālī (bahasa Arab), ghali "expensive" (bahasa Swahili), suegro (bahasa Sepanyol) Bunyi baku untuk <gh> dalam bahasa Melayu Baku. Bunyinya di antara [ɡ] dan [h].
[ɤ] (Mengenai audio inidengar) 河南 Hénán (bahasa Cina Mandarin), taigh (bahasa Gael Scotland) Seperti [o] tetapi bibir tidak dibundarkan, seperti gabungan bunyi [ʊ] dan [ʌ].
[ʎ] (Mengenai audio inidengar) tagliatelle, (bahasa Itali), mulher (bahasa Portugis) Seperti [l], tetapi mempunyai warna bunyi "y". Boleh cuba sebut "liu" dengan laju-laju.
[ɥ] (Mengenai audio inidengar) lui (bahasa Perancis) Seperti [j] dan [w] disebut serentak.
Z
[z] (Mengenai audio inidengar) zoo (bahasa Inggeris)
[ʒ] (Mengenai audio inidengar) vision (bahasa Inggeris), journal (bahasa Perancis) Bunyi [ʃ] tetapi pita suara bergetar.
[ʑ] (Mengenai audio inidengar) позже [ˈpoʑːe] "kemudian" (cara sebutan lama dalam bahasa Rusia), źle (bahasa Poland) Lebih mempunyai bunyi "y" berbanding [ʒ].
[ʐ] (Mengenai audio inidengar) жир "gemuk" (bahasa Rusia) Seperti [ʒ] tetapi lidah digulung atau ditarik ke belakang.
[ɮ] (Mengenai audio inidengar) sila lihat di bawah entri L
Lain-lain
[θ] (Mengenai audio inidengar) thigh, bath (bahasa Inggeris)
[ɸ] (Mengenai audio inidengar) 富士 [ɸɯdʑi] Fuji (bahasa Jepun), [ˌɸaːɾeːˈnuiː] wharenui (bahasa Māori) Seperti [p], tetapi bibirnya tidak berapa menyentuh
[ʔ] (Mengenai audio inidengar) tak, saat, (bahasa Melayu Baku), uh-oh, Hawaii, (bahasa Inggeris), die Angst (bahasa Jerman) Bunyi 'hentian glotis'.
[ʕ] (Mengenai audio inidengar) عَرَبِيّʻarabī "Arab" (bahasa Arab) Bunyi yang ringat tetapi disebut jauh ke dalam tekak, diartikulasi dengan akar lidah yang menyentuk farinks (di belakang tekak).
[ǀ] (Mengenai audio inidengar) tsk-tsk! atau tut-tut! (bahasa Inggeris), icici "earring" (bahasa Zulu) Bunyi berdecit yang digunakan dalam bahasa Melayu menandakan ketidakpuashatian.
[ǁ] (Mengenai audio inidengar) tchick! tchick! (bahasa Inggeris), ixoxo "frog" (bahasa Zulu)
[ǃ] (Mengenai audio inidengar) iqaqa "polecat" (bahasa Zulu) Bunyi seakan-akan menghantuk atau memetik lidah ke arah lelangit.
[ʘ] (Mengenai audio inidengar) ʘoa "two" (bahasa ǂʼAmkoe) Bunyi seolah-oleh bercumbu.
[ǂ] (Mengenai audio inidengar) ǂgā-amǃnâ [ǂàʔám̀ᵑǃã̀] "letak di dalam mulut" (bahasa Khoekhoe) Bunyi seolah-oleh mengunyah.

Penanda kepada simbol AFA[sunting | sunting sumber]

Beberapa simbol penanda boleh ditambah di atas, bawa, sebelum dan selepas huruf-huruf AFA. Berikut merupakan beberapa simbol penanda yang digunakan pada lambang AFA [a]. Senarai lebih lengkap boleh ditemui pada Abjad Fonetik Antarabangsa § Tatatanda prosodik dan diakritik.

Simbol Contoh Huraian
Penanda di atas huruf
[ã] vin blanc [vɛ̃ blɑ̃] "wain putih" (bahasa Perancis) Bunyi vokal disengau
[ä] vá [vä] "pergi" (bahasa Portugis) Bunyi vokal tengah yang disebut dengan cara kedudukan lidah terletak di kawasan tengah rongga, tidak depan atau belakang
[ă] police [pə̆ˈliˑs] (bahasa Inggeris) Bunyi sebutan yang terlebih pendek (selalunya bunyi vokal)
Penanda di bawah huruf
[a̯] cow [kʰaʊ̯], koi [kʰɔɪ̯] (bahasa Inggeris) Bunyi vokal pertama tidak membentuk suku kata secara sendirian, tetapi geluncur ke bunyi vokal seterusnya. (Dalam bahasa Inggeris, diakritik ini biasanya ditinggalkan menjadi [kaʊ].)
[n̥] boy [b̥ɔɪ̯], doe [d̥oʊ̯] (bahasa Inggeris) Bunyi seperti bisikan kuat; [n̥] adalah seperti hembusan berbisik yang keluar dari hidung. [l̥] dijumpai pada bahasa Tibet seperti perkataan Lhasa.
[n̩] button (bahasa Inggeris) Bunyi konsonan yang tidak diapiti oleh bunyi vokal sama ada di hadapan mahupun dibelakangnya (dalam bahas Inggeris [n̩] selalunya ditranskripsikan sebagai /ən/.)
[d̪] dos (bahasa Sepanyol), deux (bahasa Perancis) Lidah menyentuh gigi lebih daripada bunyi asalnya seperti dalam bahasa Inggeris.
Penanda di sebelah huruf
[kʰ] come (bahasa Inggeris) Penanda untuk konsonan beraspirat, disebut dengan adanya hembusan udara. Sama juga dengan bunyi konsonan [tʰ pʰ tsʰ tʃʰ tɕʰ].
[k’] ukuza "datang" (bahasa Zulu) Penanda ejektif. Seperti bunyi [k] yang diledak, atau ditolak secara paksaan dari kerongkong. Sama juga seperti [tʼ pʼ qʼ tʃʼ tsʼ tɬʼ].
[aː] shh! [ʃː] (bahasa Inggeris) Penanda bunyi vokal yang dipanjangkan. Selalu digunakan berserta bunyi-bunyi vokal bahasa Inggeris atau bunyi-bunyi diftong: Mayo /ˈmeːoː/ for [ˈmeɪ̯ɜʊ̯], etc.
[aˑ] caught [ˈkʰɔˑt] (Sebutan Diterima bahasa Inggeris United Kingdom) Penanda bunyi vokal separa panjang. (Walaupun berlainan bunyi vokal, namun sebutan ini lebih lama disebut berbanding cot [ˈkʰɒt].)
[ˈa] pronunciation [pɹ̥əʊ̯ˌnɐnsiˈeɪʃn̩] (bahasa Inggeris) Tekanan utama. Tanda ini menunjukkan tekanan pada suku kata selepasnya.
[ˌa] Tekanan yang lebih lemah dari tekanan utama. Tanda ini menunjukkan tekanan pada suku kata selepasnya.
[.] courtship [ˈkʰɔrt.ʃɪp] (bahasa Inggeris) Pemisah suku kata (kebiasaannya ia merupakan tanda yang lewah maka tidak ditanda)

Dua jenis kurungan biasanya digunakan untuk memagarkan transkripsi AFA:

  • /Tanda garis miring/ digunakan untuk bunyi-bunyi yang dibezakan sebagai unit-unit asas perkataan dalam sesuatu bahasa oleh penutur aslinya; dan unit-unit asas ini dikenali sebagai fonem. Penukaran simbol-simbol antara dua garis miring ini akan mengubah identiti perkataan sepenuhnya atau menghasilkan perkataan karut. Contohnya, dalam perkataan bahasa Inggeris lulls, huruf L pertama dan gabungan dua huruf L yang seterusnya dianggap sebagai fonem yang sama disebabkan tiada perbezaan bermakna menurut penutur asli, dan apabila tanda garis miring digunakan, ungkapan AFAnya akan jadi: /ˈlʌlz/. Sama juga dengan huruf-huruf B dalam frasa la bamba dalam bahasa Sepanyol ditranskripsikan secara fonemik menjadi /la ˈbamba/, walaupun kedua-dua huruf B kedengaran berbeza menurut penutur asli bahasa Inggeris. Oleh itu, pembaca yang tidak biasa dengan bahasa yang dimaksudkan mungkin tidak tahu bagaimana untuk mentafsir transkripsi ini dengan lebih sempit.
  • [Kurung siku] menunjukkan kualiti fonetik yang lebih sempit atau lebih terperinci bagi sesuatu sebutan, tidak mengambil kira norma bahasa yang digunakan; oleh itu, transkripsi tersebut tidak mengambil kira sama ada sebutan bunyi tersebut beza secara halus sehingga boleh didengar atau dibezakan oleh penutur asli bahasa itu. Transkripsi dalam kurungan siku mewakili bunyi didengar oleh orang asing yang langsung tidak tahu sesuatu bahasa tersebut sebagai unit-unit bunyi yang berasingan. Contohnya, perkataan Inggeris lulls boleh disebut dalam dialek tertentu dengan lebih khusus sebagai [ˈlɐɫz], dengan bunyi huruf L yang berbeza pada permulaan dan akhir. Bunyi ini mungkin kedengaran jelas berbeza bagi penutur bahasa yang membezakan antara bunyi [l] dan [ɫ]. Begitu juga, bahasa Sepanyol la bamba (disebut tanpa jeda) mempunyai dua bunyi b yang berbeza di telinga orang asing atau ahli bahasa— [la ˈβamba] —walaupun penutur asli Sepanyol mungkin tidak perasan akan perbezaannya. Meninggalkan atau menambah butiran sedemikian tidak membuat perbezaan kepada identiti perkataan, tetapi membantu untuk memberikan sebutan yang lebih tepat.

Jenis kurungan ketiga kadang-kadang dilihat:

  • Sama ada //garisan miring berganda// atau |garis menegak| menunjukkan bahawa bunyi tertutup adalah binaan teori yang sebenarnya tidak didengari. (Ini adalah sebahagian daripada morfofonologi.) Contohnya, kebanyakan ahli fonologi berpendapat bahawa -s di hujung kata kerja bahasa Inggeris, yang muncul dalam bentuk sama ada /s/ dalam talks /tɔːks/ atau sebagai /z/ dalam lulls /lʌlz/, mempunyai satu bentuk asas. Jika mereka memutuskan bahawa bentuk bunyi ini ialah s, mereka akan menulisnya //s// (atau |s|) untuk mendakwa bahawa fonemik /tɔːks/ dan /lʌlz/ pada asasnya adalah //tɔːks// dan //lʌls// di bawahnya. Jika mereka memutuskan bentuk bunyi ini pada dasarnya adalah yang kemudiannya, yakni //z//, mereka akan mentranskripsi perkataan ini menjadi //tɔːkz// dan //lʌlz// .

Akhir sekali,

  • Tanda kurung sudut digunakan untuk mewakili bentuk ortografi sesuatu bahasa, serta transliterasi untuk aksara-aksara bukan-Latin. Contohnya seperti lulls, la bamba, dan huruf a. Tanda kurung sudut tidak disokong oleh semua jenis pasuan, makanya templat {{angle bracket}} digunakan di Wikipedia untuk keserasian pasuan maksimum dapat dijaminkan.

Input komputer menggunakan papan kekunci pada skrin[sunting | sunting sumber]

Utiliti papan kekunci IPA dalam talian tersedia dan ia meliputi pelbagai simbol dan diakritik IPA:

Untuk sistem iOS terdapat susun atur papan kekunci IPA percuma, contohnya Papan Kekunci Fonetik AFA .

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]