Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
Yang Berbahagia Datuk Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah DPSM (Melaka) | |
---|---|
![]() | |
Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan | |
Memegang jawatan 2018 | |
Presiden Kelantan FA | |
Dalam jawatan 2019–2020 | |
Didahului oleh | Bibi Ramjani Ilias Khan |
Digantikan oleh | Datuk Shaari Mat Hussin (memangku) |
Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara | |
Dalam jawatan 7 Ogos 2018 – 2020 | |
Didahului oleh | Datuk Mohd Adhan Kechik |
Digantikan oleh | Dr Azman Ibrahim |
Pengerusi Parti Amanah Negara Kelantan | |
Dalam jawatan 2016–2019 | |
Digantikan oleh | Muhammad Husin |
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
Dalam jawatan 1995–2008 | |
Didahului oleh | Dato' Omar Mohamed |
Digantikan oleh | Mohd Nassuruddin Daud |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P21 Kota Bharu, Kelantan | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 2013 | |
Didahului oleh | Datuk Zaid Ibrahim (BN) |
Digantikan oleh | Dato' Takiyuddin Hassan |
Majoriti | 11,288 |
Butiran peribadi | |
Lahir | 24 Februari 1952 |
Parti politik | ![]() ![]() ![]() |
Pasangan | • ![]() • ![]() |
Kediaman | Kampung Sungai Keladi, Kota Bharu, Kelantan |
Pekerjaan | Ahli politik |
Datuk Haji Wan Abdul Rahim bin Wan Abdullah (lahir 24 Februari 1952), juga dikenali sebagai Cikgu Wan Rahim merupakan mantan Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dan juga merupakan mantan Ahli Parlimen Kota Bharu, Kelantan (ketika bersama PR-PAS), kini PH-AMANAH. Beliau merupakan bekas Pengerusi AMANAH negeri Kelantan, beliau meletakkan jawatan pada 2019 dan digantikan oleh Muhammad Hussin bekas ahli parlimen Pasir Puteh.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Muhammad Fatmi Che Salleh dengan majoriti sebanyak 11,288 undi. Beliau memperolehi 32,129 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 20,841 undi.[1]
Sebelum ini, beliau merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan (1995-2008)[2]
Pada 6 Ogos 2018, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara oleh Menteri Industri Utama, Teresa Kok. Beliau berkhidmat sehingga tahun 2020.[3]
Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]
Pada 30 April 2002, Wan Abdul Rahim didapati bersalah kerana mengahwini seorang wanita berusia 22 tahun yang berasal dari Kemboja pada 10 Mac 2002. Beliau didapati bersalah mengahwini Hassena Osman atau Sowan Rodi di negara Kemboja tanpa mendapat kelulusan dari Majlis Agama Islam Negeri Kelantan. Beliau berhadapan dengan hukuman tiga hari penjara dan di denda sebanyak RM 1,800.00 oleh Mahkamah Syariah.[4]
Keputusan pilihan raya umum[sunting | sunting sumber]
Tahun | DUN | Kerajaan | Undi | Pct | Pembangkang | Undi | Pct | Jumlah undi | Majoriti | Peratus unjuran | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | N7 Tanjong Mas, P21 Kota Bharu | Wan Abdul Rahim (PAS) | 9,213 | 67.02% | Mohamad Fatmi Che Salleh (UMNO) | 4,228 | 30.76% | 13,746 | 4,985 | 71.77% | ||
Ramli Sulaiman (AKIM) | 57 | 0.41% | ||||||||||
1999 | Wan Abdul Rahim (PAS) | 10,843 | 74.42'% | Mohd Zamri Ramli (UMNO) | 3,530 | 24.23% | 14,570 | 7,313 | 72.18% |
Tahun | Parlimen | Pembangkang | Undi | Pct | Kerajaan | Undi | Pct | Jumlah undi | Majoriti | Peratus unjuran | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1986 | P29 Gua Musang, Kelantan | Wan Abdul Rahim (PAS) | 5,219 | 29.39% | Tengku Razaleigh Hamzah (UMNO) | 12,538 | 70.61% | 18,250 | 7,319 | 76.11% | ||
2004 | P28 Kuala Krai, Kelantan | Wan Abdul Rahim (PAS) | 16,732 | 45.63% | Mohamed Razali Che Mamat (UMNO) | 19,148 | 52.22% | 36,667 | 6,598 | 80.64% | ||
2008 | P21 Kota Bharu, Kelantan | Wan Abdul Rahim (PAS) | 32,129 | 59.82% | Mohamad Fatmi Che Salleh (UMNO) | 20,841 | 38.80% | 53,710 | 11,288 | 78.68% | ||
2013 | P32 Gua Musang, Kelantan | Wan Abdul Rahim (PAS) | 12,954 | 36.91% | Tengku Razaleigh Hamzah (UMNO) | 21,367 | 60.88% | 35,097 | 8,413 | 87.40% |
Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]
Kelantan :
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Keputusan. pilihan raya Parlimen Kota Bharu
- ^ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
- ^ Wan Rahim dilantik Pengerusi LKTN
- ^ "Kelantan Speaker's marriage 'inexcusable'". New Straits Times. 24 May 2002. Dicapai pada 22 December 2009.
- ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
- ^ https://www.malaysiakini.com/news/495560
- ^ "Pingat Husam, Wan Rahim ditarik istana Kelantan" (dalam bahasa Malay). Malaysiakini. 7 February 2018. Dicapai pada 11 October 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Joceline Tan (7 February 2018). "With 'datuk' revocation, Kelantan palace sends strong signal about Amanah". The Star. Dicapai pada 11 October 2018.