Nik Omar Nik Abdul Aziz
Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz | |
---|---|
![]() Nik Omar Nik Abdul Aziz Kredit foto dari Marlina Manaf | |
Yang di-Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia | |
Dalam jawatan 14 Disember 2018 – 16 Julai 2020 | |
Timbalan | Zolkarnain Abidin |
Didahului oleh | Dr. Yusri Mohamad |
Digantikan oleh | Nasrudin Hassan |
Butiran peribadi | |
Lahir | 30 April 1965 |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Kamaliah Yusof |
Anak-anak | 5 |
Ibu | Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak |
Bapa | Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Saudara | Nik Adli Nik Abdul Aziz (adik) Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (adik) |
Ustaz Nik Omar bin Nik Abdul Aziz merupakan seorang ilmuwan dan ahli politik Malaysia kelahiran Kelantan. Beliau merupakan anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan yang juga bekas Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Beliau merupakan bekas Yang di-Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ke-13[1]
Keluarga[sunting | sunting sumber]
Beliau merupakan anak kedua dari 10 orang adik-beradik. Ibunya bernama Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak. Selain mempunyai seorang kakak, Nik Aini, beliau juga mempunyai adik bernama Nik Adli, Nik Mohamad Abduh, Nik Abdul Rahim, Nik Adilah, Nik Mohamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma' Salsabila. Beliau mempunyai pertalian sepupu dengan beberapa pemimpin PAS iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani.
Politik[sunting | sunting sumber]
Nik Omar Nik Abdul Aziz merupakan ahli Parti Amanah Negara (Amanah). Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah mewakili Pakatan Harapan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka[2].
Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]
Tahun | Bahagian | Calon | Undi | Lawan | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|
2018 | DUN Chempaka, Kelantan | Nik Omar Nik Abdul Aziz (PH-Amanah) | 2,418 | Mohd Fareez Noor Amran (BN-UMNO) | 7,075 | 3,474 |
Ahmad Fathan Mahmood (PAS) | 10,549 |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ YADIM (20 Disember 2018). "Nik Omar mulakan tugas sebagai Yang Dipertua YADIM". Berita Harian. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Vivi Sumanti (2 Mei 2018). "Saya pilih Pakatan Harapan kerana ia gabungan parti, lebih berdaya saing - Nik Omar". Astro Awani. Dicapai pada 16 Julai 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)