Yang Berhormat Dr Azman Ibrahim adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Terengganu bertanding di atas tiket PAS pada penggal 2018-2021. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Di peringkat Kerajaan Negeri, beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu[1].
Azman mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut, dan Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, sebelum melanjutkan pengajian di Iraq dalam bidang pergigian. Beliau merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pergigian dari Universiti Baghdad, Iraq.
Sekembalinya ke Malaysia, beliau berkhidmat sebagai pegawai pergigian di sekitar negeri Terengganu termasuklah Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Kuala Terengganu (Jalan Air Jerneh), Pegawai Pergigian di Hospital Kuala Terengganu dan Pegawai Pergigian di Hospital Daerah Besut.
Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Pensyarah Pergigian (Pelatih) di Universiti Sains Malaysia sebelum membuka klinik pergigian sendiri di Kubang Kerian, Kelantan.
Kerajaan: (23)▌Parti Islam Se-Malaysia (23) Pembangkang: (10)▌Barisan Nasional (10) Keanggotaan Ahli Dewan Negeri dan Dewan Ahli Undangan Negeri di Malaysia mengikut bilangan Parlimen
Perlis Pesuruhjaya: Mohd Shukri Ramli Ketua Ulamak: Idris Yaacob
Ketua Pemuda: Asrul Aimran Abd Jalil
Ketua Muslimat: Nor Shahirah Mat Salleh
Pulau Pinang Pesuruhjaya: Muhammad Fauzi Yusoff Ketua Ulamak: Ahmad Tajudin Abu Bakar
Ketua Pemuda: Muhammad Fawwaz Mohamad Jan
Ketua Muslimat: Maziah Khamis