Pergi ke kandungan

Mohamad Fatmi Che Salleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Haji
Mohamad Fatmi Che Salleh
PSM (Malaysia); DJMK (Kelantan); DMSM (Melaka)
Ahli Dewan Negara Malaysia
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
25 April 2022 – 24 April 2025
PenggalPertama
Pengerusi Lembaga Pengarah
Universiti Malaysia Kelantan
Dalam jawatan
2021–2023
Digantikan olehHassan Basri Awang Mat Dahan
Maklumat peribadi
Lahir
Mohamad Fatmi bin Che Salleh

(1957-04-12) 12 April 1957 (umur 68)
Kota Bharu, Kelantan, Malaya
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
PasanganPuan Sri Datin Hajah Norsiah Musa
Anak6 (termasuk Fikhran Hamshi)
KediamanKota Bharu, Kelantan, Malaysia
PekerjaanAhli politik

Tan Sri Dato' Mohamad Fatmi bin Che Salleh (lahir 12 April 1957). Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negara (Senator) selama sepenggal (2022-2025). Di peringkat parti beliau ialah Timbalan Pengerusi UMNO Kelantan dan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu.

Beliau juga merupakan salah seorang pegawai yang paling lama berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak[1][2]

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Mohamad Fatmi mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Ismail (1), Kota Bharu dan pendidikan menengah di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dan mendapat ijazah Sarjana Muda Sains Pemasaran dari Southern Illinois University, Carbondale, Illinois, dan kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dengan Master of Business Administration (MBA) Finance dari Tulane University, New Orleans, Louisiana pada tahun 1981.

Berketurunan peranakan Cina-Melayu

[sunting | sunting sumber]

Fatmi datang dari keturunan Cina Islam. Moyang beliau (Abdul Halim) datang dari China dan diterima oleh Sultan Kelantan .Kemudian Moyang beliau telah dihantar ke Mekah untuk belajar agama Islam dan kembali sebagai seorang ulama agama. Beliau diterima baik di kalangan masyarakat Cina dan Melayu di Kelantan kerana persona dan kesopanan beliau.[3].

UMNO Bahagian Kota Bharu

[sunting | sunting sumber]

Mohamad Fatmi telah dipilih sebagai Ketua UMNO yang baru bagi Bahagian Kota Bharu. Sebelum ini, jawatan tersebut dipegang oleh seorang Ahli Politik terkenal dan juga bekas ahli UMNO, Menteri Undang-Undang dan bekas ahli Pakatan Rakyat, Datuk Seri Zaid Ibrahim.[4].

Mengiringi Sultan Kelantan

[sunting | sunting sumber]

Mohammed Fatmi adalah salah seorang yang mengiringi rombongan Sultan Kelantan semasa ziarah Sultan ke Tanah Suci Mekah dari 10 November 2010 hingga 23 November 2010. Antara lain dalam rombongan itu Menteri Besar Kelantan Datuk Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan Menteri Perdagangan Antarabangsa Persekutuan dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed.

Anugerah dan pengiktirafan

[sunting | sunting sumber]

Mohamad Fatmi telah dianugerahkan gelaran Datuk selepas menerima Darjah Mulia Seri Melaka daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka pada tahun 1994. Beliau juga menerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang membawa gelaran Dato' daripada Sultan Kelantan pada tahun 2006 dan Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri daripada Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2016.[5]