Pergi ke kandungan

Laman Utama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
سلامت داتڠ کويکيڤيديا
Versi Bahasa Melayu telah dimulakan pada (2002-10-26) 26 Oktober 2002 (umur 21).
Kini, kami mempunyai 380,016 buah rencana.

Rencana pilihan

Menara Komtar pada 2023.

Kompleks Tun Abdul Razak (singkatan Komtar), juga dikenali sebagai Kompleks Angkasa Perdana, ialah sebuah kompleks sivik di George Town, Pulau Pinang. Selepas kesiapan pembangunan Menara Komtar pada tahun 1985, menara tersebut yang berketinggian 231.7 meter (760 ka) merupakan bangunan tertinggi di Asia dan di Asia Tenggara sehingga tahun 1986. Selain Menara Komtar, kompleks ini juga termasuk sebuah hotel, empat pusat membeli-belah, sebuah taman luar bandar dan pusat pengangkutan bas dan keretapi. Kompleks ini mengandungi pejabat yang berkeluasan 1,420,000 kaki persegi (132,000 m2) dan ruang komersial di atas blok bandar seluas 27-ekar (11 he). Komtar kini merupakan ibu pejabat pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dan ketua menteri Pulau Pinang.

Kompleks utama dibina selama 12 tahun, dari tahun 1974 hingga tahun 1986 dengan kos pembangunan sebanyak RM279.5 juta (bersamaan RM642.5 juta pada 2023). Sebelum itu, rancangan untuk membina sebuah kompleks sivik dan komersial di pusat bandar George Town sudah mula dicadangkan oleh kerajaan Pulau Pinang pada tahun 1962. Projek ini telah diluluskan pada tahun 1969 oleh ketua menteri Lim Chong Eu. Projek ini diluaskan pada tahun 1971 dan dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang pada tahun 1972. Kompleks bersifat brutalis ini direka oleh arkitek Lim Chong Keat, dan dipisah kepada lima fasa pembangunan, walaupun hanya dua fasa disiap dalam bentuk asalnya. Tiga fasa lain kemudiannya dibina dalam tempoh berasingan antara tahun 1996 hingga tahun 2019. Pengubahsuaian kompleks utama pada tahun 2015 bertambah ketinggian Menara Komtar kepada 249 meter (817 ka).

Sambutan pembinaan Komtar bercampur-campur. Kompleks itu dilihat mendahululi zamannya dan disifatkan sebagan sebuah "bandar dalam bandar", dan merupakan projek pembaharuan semula bandar yang terbesar dalam sejarah pembangunan Malaysia. Walau bagaimanapun, Komtar akhirnya gagal mencapai matlamatnya. Ia juga menjadi sebuah projek kontroversial kerana proses pembangunan Komtar telah melibatkan pemindahan besar-besaran penduduk bandar dan telah menyebabkan pecerobohan sebahagian besar pekan lama bandar George Town. Oleh itu, Komtar membawa kepada kebangkitan pembangkang yang secara tidak langsung mencipta gerakan pemeliharaan warisan di Pulau Pinang. Pada tahun-tahun kemudiannya, Komtar dicabar oleh masalah pemeliharaan dan infrastruktur yang usang akibat penyelenggaraan yang tidak mencukupi. Tetapi, Komtar masih melambangkan kemakmuran Pulau Pinang sebagai pusat perkilangan dan merupakan salah satu mercu tanda George Town yang paling diiktiraf. Ia juga dipuji sebagai "antara simbol negara hebat yang terakhir pada tahun 1970-an". (Rencana penuh...)

Berita terkini

Tahukah anda...

Istana kota Neuschwanstein
Istana kota Neuschwanstein
  • ... bahawa hampir kesemua 10 lagu oleh Siti Nurhaliza di dalam album Adiwarna telah dijadikan muzik video? 
  • ... bahawa Asiavision ialah pertukaran harian berita oleh satelit dan pemindahan fail antara stesen televisyen di 20 buah negara di Asia yang dilancarkan pada Januari 1984? 
  • ... bahawa buah Pokok Agutud digunakan sebagai minyak bahan bakar dan makanan kecemasan semasa kebuluran? 
  • ... bahawa jalan raya paling lurus dan terpanjang di Malaysia terletak di Keningau, Sabah. Jalan ini menjangkau sehingga 19 kilometer. 

Hari ini dalam sejarah

6 Julai: Afelion (19:40 UTC, 2015); Hari Kemerdekaan di Malawi (1964) dan Comoros (1975); Hari Taraf Negara di Lithuania (1253).

Dolar Amerika Syarikat

Hari-hari sebelum: 5 Julai4 Julai3 Julai

Gambar pilihan

Pembebasan Paris

Orang ramai berbaris di Champs-Élysées semasa Bahagian Perisai Ke-2 Perancis melancarkan perarakan dari Arc de Triomphe ke Place de la Concorde pada 26 Ogos 1944, berikutan pembebasan Paris. Diperintah oleh Jerman Nazi sejak menandatangani Gencatan Senjata Compiègne Ke-2 pada tahun 1940, Paris telah dibebaskan semasa perjuangan selama seminggu yang bertelagah dengan Pasukan Dalaman Perancis, Bahagian Perisai Ke-2 Perancis, dan Tentera Darat Tengah Amerika Syarikat menentang Jerman Bahagian Keselamatan Ke-325. Pertempuran berakhir dengan Jeneral Jerman Dietrich von Choltitz menyerah kalah kepada pasukan Perancis. Lebih daripada 1,700 tentera Perancis dan 3,200 tentera Jerman terbunuh dalam pertempuran itu.

Gambar: Jack Downey

Gotong-royong

sunting

Kerjasama rencana baharu

Cabaran gotong-royong
Hasil gotong-royong terbaru

Segera Cipta
Segera Selenggara

Perangkaan WBM
Kedalaman Rencana Laman Suntingan Pengguna Pentadbir Fail
20.0 380,016 1,092,904 6,229,679 338,391 (638 aktif) 12 18,418

Perbaiki kandungan

Wikipedia dalam bahasa lain (mengikut susunan jumlah rencana) Wikipedia dalam bahasa lain

Projek Wikimedia yang lain

Wikipedia ialah projek Yayasan Wikimedia, sebuah pertubuhan bukan untung yang turut mengendalikan beberapa projek pelbagai bahasa yang lain.


Wikikamus
Kamus bebas
Wikiberita
Sumber berita bebas
Wikipetikan
Koleksi petikan kata
Wikibuku
Buku teks dan manual bebas
Wikispesies
Panduan spesies
Wikisumber
Perpustakaan bebas
Wikiversity Beta
Bahan pelajaran bebas
Commons
Koleksi multimedia bebas
Meta-Wiki
Penyelarasan projek Wikimedia
Wikivoyage
Panduan perjalanan bebas
Wikidata
Pangkalan pengetahuan bebas
MediaWiki
Pembangunan perisian bebas