Klon durian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Klon Durian
2 klon durian yang berbeza (kiri D24, kanan D101)
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malvales
Famili: Malvaceae (Bombacaceae)
Genus: Durio
Spesies: D. zibethinus Murr
Nama binomial
Durio zibethinus Murr
Klon

Terdapat 199 jenis klon durian (rujuk senarai klon).

Di Malaysia terdapat 199 klon durian telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian sejak tahun 1934 untuk dijadikan piawaian kepada durian.[1] Penggunaan istilah klon mewakili cara varieti pokok durian itu dibiakkan iaitu dengan teknik tampang. Setiap klon adalah unik dan mempunyai ciri-ciri tersendiri sama ada dari segi fizikal mahupun rasa. Terdapat beberapa usaha meningkatkan lagi klon durian di Malaysia yang telah dijalankan oleh MARDI Perak.[2]

Penentuan ciri klon durian[sunting | sunting sumber]

Pengenalan klon buah durian dibuat dengan meneliti ciri-ciri pokok, daun, bunga dan buah. Pengenalan fizikal buah adalah cara termudah untuk mengenali klon. Ciri-ciri buah untuk pengenalan klon adalah seperti:-

  • bentuk buah
  • bentuk bahu buah
  • saiz buah
  • berat buah
  • warna kulit
  • bentuk tangkai
  • susunan duri di pangkal dan di hujung buah
  • warna duri dan kejelasan garis pangsa
  • ketebalan kulit
  • ketebalan empulur
  • ketebalan isi
  • warna isi
  • rasa isi
  • bilangan dan bentuk biji
  • warna pangsa dan ulas

Klon komersial[sunting | sunting sumber]

Walaupun terdapat banyak klon yang telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian, hanya 8 jenis klon yang bernilai komersil sahaja disyorkan untuk ditanam oleh pengusaha dusun. Klon tersebut adalah:-

Klon Nama biasa Saiz buah Ciri isi Ciri khas
D24 0 Sederhana

(1-2 kg)

Warna kuning, isi tebal bertekstur halus, rasa lemak manis, sedikit pahit dan aroma kuat Duri tajam, biji besar, mudah merekah dan masak tak serata
D99 Kop Kecil Sederhana

(1-2 kg)

Warna krim kekuningan, isi sederhana tebal, bertekstur halus, basah, rasa lemak manis dan aroma kuat Buah berjambak, biji leper atau kesep
D123 Chanee Besar

(2-4 kg)

Warna kuning keemasan, isi tebal bertekstur sederhana halus, rasa lemak manis dan aroma kuat Buah besar dan biji kecil
D145 Tuan Mek Hijau/Beserah Sederhana

(1-2 kg)

Warna kuning keemasan, isi sederhana tebal bertekstur halus, rasa lemak manis dan aroma harum Buah dempak di tangkal dan di hujung
D158 Kan Yau/Tangkai Panjang Sederhana

(1-2 kg)

Warna kuning keemasan, isi tebal dan tekstur berserat, rasa manis dan kurang aroma Tangkai panjang 15-17 cm
D159 Mon Thong/Bantal Mas Besar

(4-6 kg)

Warna kuning, isi tebal bertekstur halus, rasa manis berkrim dan kurang aroma Bauh besar mencapai 4-6 kg/biji
D169 Tok Litok Sederhana

(1-2 kg)

Warna kuning, isi tebal dan berserat, rasa lemak manis, sedikit pahit Duri tajam, biji besar, mudah merekah dan masak tak serata
D197 Raja Kunyit/Musang King Besar

(2-2.5 kg)

Warna sangat kuning, isi tebal bertekstur halus, rasa lemak manis dan pahit Warna isi terlalu kuning dari biasa, harga mencecah RM30/kg


Selain itu, beberapa durian bukan klon juga disyorkan iaitu Durian Burung, Dalit, Alau, Royal Brunei, Durian Anjung Lima, Tenom Beauty, Kekura, Raden Mas Ayu dan Diamond King.

Kaedah pembiakan klon durian[sunting | sunting sumber]

Kaedah utama pembiakan klon pokok durian adalah dengan menggunakan kaedah cantuman mata tunas. Kaedah ini dapat menghasilkan pokok yang mewarisi ciri-ciri induk dengan lebih cepat. Pokok penanti yang digunakan akan menjadikan bahagian batang dan akar klon menjadi kuat, pokok rintang penyakit dan menghasilkan buah bermutu.

Senarai klon durian Malaysia[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai klon durian yang telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian.[3]

Bil. Klon Nama biasa Tarikh daftar Tuan asal pokok Alamat
1 D1 0 00.00.34 0 Hulu Langat, Selangor
2 D2 Dato' Nina 00.00.34 0 Melaka
3 D3 0 00.00.39 0 0
4 D4 Repok B2 27.07.34 0 Batu Kurau, Perak
5 D6 0 00.00.36 0 0
6 D7 0 00.00.34 0 Kajang, Selangor
7 D8 0 27.07.34 0 Kuala Lumpur
8 D10 Durian Hijau 0 0 Kajang, Selangor
9 D16 0 00.00.36 0 0
10 D24 0 30.11.37 0 Empangan Bukit Merah, Perak
11 D29 0 27.07.38 0 Kuala Kangsar, Perak
12 D30 Ho Kuen No. 1 05.01.39 0 Bentong, Pahang
13 D33 Sakai No. 1 10.01.39 0 Bentong, Pahang
14 D38 Hj. Abu 11.08.39 Sidak Ishak Kuala Pilah, Negeri Sembilan
15 D53 0 27.05.40 0 Balik Pulau, Pulau Pinang
16 D63 0 19.06.40 Kum Kuah Mukim Relau, Pulau Pinang
17 D66 Durian Raja 0 0 Sungkai, Perak
18 D84 0 07.12.48 Che Wahab Perak Selatan, Perak
19 D88 Bangkok 8 30.08.50 Jabatan Pertanian Serdang, Selangor
20 D90 0 10.12.51 Mat Arop Kumat Jasin, Melaka
21 D92 Branceng 21.07.52 Cheong Teik Kee Bengan Germal, Pulau Pinang
22 D96 Bangkok A 12.02.55 Jabatan Pertanian Serdang, Selangor
23 D97 Foo 17.06.70 0 Pulau Pinang
24 D98 Katoi 17.06.70 0 Thailand
25 D99 Kop Kecil 17.06.70 0 Thailand
26 D100 Khaw 17.06.70 0 0
27 D101 Bangkok T16 17.06.70 Jabatan Pertanian Serdang, Selangor
28 D102 Bangkok T17 17.06.70 Jabatan Pertanian Serdang, Selangor
29 D103 Bangkok T28 17.06.70 Jabatan Pertanian Serdang, Selangor
30 D104 Taiping 2 17.06.70 A. Hamid Awang Taiping, Perak
31 D105 Durian Gajah/Taiping 3 17.06.70 Awang Hj. Yaakob Taiping, Perak
32 D106 Taiping 5 17.06.70 Yunos Taiping, Perak
33 D107 Durian Ular Kekek 17.06.70 Hjh. Saadiah Batu Kurau, Perak
34 D108 Nasi Kunyit 17.06.70 Hjh. Saadiah Batu Kurau, Perak
35 D109 Seberang Manong 4 17.06.70 Yeop Abd Rahman Anjang Osman Kuala Kangsar, Perak
36 D110 Seberang Manong 5 17.06.70 Yeop Abd Rahman Anjang Osman Kuala Kangsar, Perak
37 D111 Emas Enggang 17.06.70 Ming Fong Kuala Kangsar, Perak
38 D112 Emas Perak 17.06.70 Ming Fong Kuala Kangsar, Peral
39 D113 Raja Patani 17.06.70 Ming Fong Kuala Kangsar, Perak
40 D114 Kampan 17.06.70 Ming Fong Kuala Kangsar, Perak
41 D115 Mas Pahang I 17.06.70 Ming Fong Kuala Kangsar, Perak
42 D116 Durian Batu 17.06.70 Lee Lam Siew Kuala Kangsar, Perak
43 D117 Durian Gombak 05.0.71 0 Gombak, Selangor
44 D118 Durian Tembaga 17.06.70 Lee Lam Siew Kuala Kangsar, Perak
45 D119 Durian Ganjil 05.01.71 0 Perak
46 D120 KK5/Manong 17.07.71 Mohd Nasib, Kulob Talib Kuala Kangsar, Perak
47 D121 Emas Pahang II 17.07.71 Shamsudin Hj. Yob Kuala Kangsar, Perak
48 D122 RimD1 24.07.71 Pertab Singh Sungai Buloh, Selangor
49 D123 Chanee 14.07.71 Pertab Singh Sungai Buloh, Selangor
50 D124 RimD5 14.02.73 Pertab Singh Sik, Kedah
51 D125 Kop Jantung 14.02.73 Jabatan Pertanian Sik, Kedah
52 D126 Kop T24 14.02.73 Jabatan Pertanian Sik, Kedah
53 D127 Kop T25 14.02.73 Jabatan Pertanian Sik, Kedah
54 D128 Pakta T66 14.02.73 Jabatan Pertanian Sik, Kedah
55 D129 Chanee T41 14.02.73 Jabatan Pertanian Sik, Kedah
56 D130 Kan Yau T63 14.02.73 Jabatan Pertanian Sik, Kedah
57 D131 Kamtoi T9 14.02.73 Jabatan Pertanian Sik, Kedah
58 D132 Eddie Special 28.03.73 Pertab Singh Sungai Buloh, Selangor
59 D133 Durian Rambutan 05.04.73 Zainal Abidin Shaaban Taiping, Perak
60 D134 0 05.05.73 Cheah Eng Hin Slim Village, Perak
61 D135 Foo Fatt 05.05.73 Cheah Eng Hin Slim Village, Perak
62 D136 Senggarang 1 05.05.73 Lian Chin Peng Senggarang, Johor
63 D137 Senggarang 2 05.05.73 Lian Chin Peng Senggarang, Johor
64 D138 Senggarang 3 05.05.73 Lian Chin Peng Senggarang, Johor
65 D139 Senggarang 4 05.05.73 Lian Chin Peng Senggarang, Johor
66 D140 DX/Rogue 24 01.06.81 Jabatan Pertanian Serdang, Selangor
67 D141 Kacukan D101 x D2 01.06.81 Jabatan Pertanian Serdang, Selangor
68 D142 Kacukan D66 x D2 01.06.81 Jabatan Pertanian Serdang, Selangor
69 D143 Kacukan D2 x D7 01.06.81 Jabatan Pertanian Serdang, Selangor
70 D144 Kacukan D24 x D2 01.06.81 Jabatan Pertanian Serdang, Selangor
71 D145 Tuan Mek Hijau/Berserah 30.10.81 Khidzir Engku Ali Beserah, Pahang
72 D146 Lempur Emas 02.04.85 0 Kuala Kangsar, Perak
73 D147 Paya Lintah Kuning 02.04.85 0 Kuala Kangsar, Perak
74 D148 Paduka 02.04.85 0 Kampung Gajah, Perak
75 D150 Emping Emas 02.04.85 0 Batu Kurau, Perak
76 D151 Kancong Darat 14.07.86 0 Banting, Selangor
77 D152 Katak 14.07.86 0 Jitra, Kedah
78 D153 Kuala Kangsar 2 08.12.86 0 Kuala Kangsar, Perak
79 D155 Sri Kaya 30.09.87 0 Kuala Kangsar, Perak
80 D156 Kampung Perak 30.09.87 0 Batu Kurau, Perak
81 D157 Seberang 30.09.87 0 Gopeng, Perak
82 D158 Kan Yau/Tangkai Panjang 30.06.87 Hj. Omar Hj. Bin Guar Cempedak, Kedah
83 D159 Mon Thong/Bantal Mas 30.06.87 Hj. Ahmad Yaakob Kota Sarang Semut, Kedah
84 D160 Buluh Bawah 30.06.87 Lim Hai Chua Banting, Selangor
85 D161 Merah 30.06.87 Lim Hai Chua Banting, Selangor
86 D162 Tawa 30.06.87 Lim Hai Chua Banting, Selangor
87 D163 Hlor/Labu 30.06.87 Chan Fatt Hin Balik Pulau, Pulau Pinang
88 D164 Ang Bak/Isi Merah 30.06.87 Teoh Eng Eng Balik Pulau, Pulau Pinang
89 D165 Cheh Chee 30.06.87 Lee Toh Sem Balik Pulau, Pulau Pinang
90 D166 Balik Pulau 604 30.06.87 Lee Toh Sem Balik Pulau, Pulau Pinang
91 D167 Buaya 30.06.87 Yap Kuala Langat, Selangor
92 D168 Durian Mas Hjh. Hasmah 24.05.89 Hjh. Hasmah, Hj. Hashim Muar, Johor
93 D169 Tok Li Tok 00.05.89 Wee Chong Beng Tanah Merah, Kelantan
94 D170 Kepala Babi 05.06.89 0 Biawak, Sarawak
95 D171 Durian Sungai Sut 05.06.89 0 Kapit, Sarawak
96 D172 Durian Botak 17.06.89 0 Tangkak, Johor
97 D173 Durian Siew 21.07.89 0 Mantin, Negeri Sembilan
98 D174 Durian Hj. Sani 08.01.90 Hj. Sani Mohd Jail Semenyih, Selangor
99 D175 Udang Merah 04.06.90 0 Pulau Pinang
100 D176 Durian Kuning 04.06.90 Abdullah Husin Rani Maran, Pahang
101 D177 Juara 90 Penang 04.06.90 Lee Tek Hin Balik Pulau, Pulau Pinang
102 D178 Penang 88 04.06.90 Teh Han Seng Balik Pulau, Pulau Pinang
103 D179 Penang 99 04.06.90 Teh Han Seng Balik Pulau, Pulau Pinang
104 D180 Penang Bintang 03.08.90 Lee Tek Hin Balik Pulau, Pulau Pinang
105 D181 Ghani 04.09.90 Semaian Jamaludin Guar Cempedak, Kedah
106 D182 0 04.10.90 Jabatan Pertanian Serdang, Selangor
107 D183 Kop Besar 09.07.91 Hj. Ahmad Kota Sarang Semut, Kedah
108 D184 Titi Kerawang 08.06.91 Chengg Fat Hin Balik Pulau, Pulau Pinang
109 D185 Pikat 05.08.91 Alias Salleh Kijal, Terengganu
110 D186 Nasi Kunyit Terengganu 05.08.91 Hj. Abd. Razak Abu Bakar Kijal, Terenggau
111 D187 Saddam 18.08.91 Hj. Hassan M. Noah Segamat, Johor
112 D188 M.DUR 78[4] 30.08.91 MARDI Jeranggau, Terengganu
113 D189 M.DUR 79[4] 30.08.91 MARDI Jeranggau, Terengganu
114 D190 M.DUR 88[4] 01.07.92 MARDI Jerenggau, Terengganu
115 D191 PK. 110 02.07.92 Jabatan Pertanian Serdang, Selangor
116 D192 PK. 285 03.08.92 Jabatan Pertanian Serdang, Selangor
117 D193 Jurong 3 07.09.92 Yaakob Baru Slim River, Perak
118 D194 Gabai 014.06.93 Lee Chong Kooh Sepang, Selangor
119 D195 Raja Hutan 26.06.93 Lee You Fong Semenyih, Selangor
120 D196 Simpang Permata 26.07.93 Md. Nor Ibrahim Alor Gajah, Melaka
121 D197 Raja Kunyit/Musang King 09.12.93 Wee Chong beng Tanah Merah, Kelantan
122 D198 Penang 600 00.00.94 0 Pulau Pinang
123 D199 0 00.00.94 0 0


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Zawawi, J. dan M.K. Zulkiflee. 2008. Klon durian terpilih Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. ISBN 978-9-8948-0828-9.
  2. Mardi Perak Pertingkat Promosi Klon Durian. mStar Online. 14 Disember 2011. Diambil 15 Januari 2012.
  3. __. 1995. Senarai Klon Buah-buahan yang didaftarkan oleh Jabatan Pertanian. Kuala Lumpur.
  4. 4.0 4.1 4.2 MDUR 78, MDUR 79 dan MDUR 88 klon durian terbaru, Sinar Harian, 14 Disember 2011. Diambil 2 Januari 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]