14 Januari
Penampilan
<< | Januari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
14 Januari merupakan hari ke-14 dalam takwim Gregorius. Tinggal 351 hari (atau 352 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan hari Tahun Baru dalam aturan takwim Julius dan Makar Sankranti di India.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1301 - Dinasti Árpád yang telah memerintah Hungary sejak akhir abad ke-9 berakhir dengan kematian Raja Andrew III.
- 1501 - Martin Luther, 17 tahun, memasuki Universiti Erfurt.
- 1514 - Paus Leo X mengeluarkan titah menentang perhambaan.
- 1539 - Sepanyol mengilhak Cuba.
- 1641 - Belanda berjaya menawan kerajaan Melaka dari penjajahan Portugis
- 1724 - Pemerintah Bourbon pertama di Sepanyol, Felipe V melepaskan takhta kepada putera sulungnya Luis.
- 1900 - Opera Giacomo Puccini Tosca, berdasarkan La Tosca oleh Victorien Sardou, mengadakan tayangan perdananya di Teatro Costanzi di Rom.
- 1939 - Norway menuntut Tanah Ratu Maud di Antartika sebagai wilayah tanggungan.
- 1942 - Pertempuran Jambatan Gemencheh: Pasukan Tentera Jepun diserang hendap oleh askar-askar Australia.
- 1943 - Perang Dunia Kedua: Franklin D. Roosevelt dan Winston Churchill memulakan Persidangan Casablanca untuk membincangkan strategi dan mengkaji langkah seterusnya dalam perang.
- 1943 - Franklin D. Roosevelt menjadi Presiden Amerika Syarikat pertama yang menaiki pesawat sewaktu memegang jawatan tersebut. Beliau terbang dari Miami, Florida ke Maghribi untuk bertemu dengan Winston Churchill untuk membincangkan Perang Dunia II.
- 1950 - Prototaip terawal MiG-17 menjayakan penerbangan sulungnya.
- 1954 - Joe DiMaggio mengahwini Marilyn Monroe.
- 1972 - Ratu Margrethe II (gambar) menaiki takhta Denmark di bawah akta pewarisan yang baharu.
- 1986 - Penerbangan pertama Boeing 767-300.
- 1998 - Para penyelidik di Dallas, Texas mengemukakan penemuan enzim yang membantut proses penuaan dan kematian sel (apoptosis).
- 2000 - Satu tribunal PBB menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun terhadap lima orang Croat Bosnia atas kesalahan membunuh lebih 100 umat Islam di sebuah perkampungan Bosnia pada tahun 1993.
- 2004 - Bendera kebangsaan Republik Georgia, Bendera Lima Salib (gambar) digunakan semula secara rasmi selepas lebih kurang 500 tahun tidak digunakan.
- 2005 - Kuar angkasa lepas Huygens mendarat di bulan Titan berhampiran planet Zuhal.
- 2010 - Dua bas berlanggar berhampiran Lae, Papua New Guinea, membunuh lebih 40 orang.
- 2011 - Presiden Zainal Abidin bin Ali meninggalkan Tunisia akibat bantahan di seluruh negara dan Fouad Mebazaa menjadi pemangku.
- 2012 - Di Republik China di Taiwan, Ma Ying-jeou terpilih semula sebagai presiden.
- 2012 - Kapal persiaran Costa Concordia terkandas dan terlingkup (gambar) di luar pantai Tuscany, Itali, menyebabkan 11 orang maut.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1861 - Mehmed VI, Sultan Empayar Uthmaniyyah.
- 1912 - Abdul Jamil Abdul Rais, seorang Menteri Besar Selangor ke-6.
- 1948 - Tuanku Muhriz, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1976 - Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-2