Pergi ke kandungan

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
RESCUE 991, JPA3, JPAM, APM
Kerajaan Malaysia
Intisari kerajaan
Dibentuk1939; 86 tahun yang lalu (1939)
Agensi-agensi terdahulu
  • British Passive Defence (Emergency Regulation Enactment Chapter 41 ) 1939
  • The Civil Defence Ordinance 1951
JenisKerajaan
Bidang kuasa
Keselamatan & Pertahanan Awam
Ibu pejabatKajang
Moto“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”
Eksekutif kerajaan
  • Ketua Pesuruhjaya, Datuk Kpj.(PA) Aminurrahim bin Mohamed
Agensi induk
Jabatan Perdana Menteri
Laman sesawang
https://www.civildefence.gov.my/

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ialah angkatan pertahanan awam di Malaysia yang terletak di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri. Dahulu dikenali sebagai JPA3 atau Rescue 991, kemudian dikenali sebagai JPAM, dan terkini sebagai APM.[1]

Pengenalan

[sunting | sunting sumber]

Di atas kesedaran itu maka dalam tahun 1951 Ordinan Pertahanan Awam telah diluluskan dan dalam tahun 1952 sebuah Jabatan telah ditubuhkan bagi melaksanakan maksud ordinan tersebut. Jabatan tersebut telah diberi nama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Apabila negara mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, tanggungjawab Pertahanan Awam terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Jadual ke sembilan (9) Perlembagaan Malaysia. Berikutan daripada itu maka dalam tahun 1958 Pertahanan Awam menjadi sebagai salah satu unsur tetap Sistem Pertahanan Negara. Dalam tahun 1979, Ordinan Pertahanan Awam (1951) telah dipinda dengan menambah tanggungjawab memberi Khidmat Bantuan Bencana semasa aman sehinggalah ke hari ini.

Fungsi APM adalah:

  • Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan pertahanan awam.
  • Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan Awam angkatan dan perkhidmatan pertahanan awam.
  • Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut.

Moto APM ialah "Sedia, Pantas, Berintegriti".

Mengikut Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) pertahanan awam mengikut keadaan yang terbahagi kepada dua keadaan iaitu samada keadaan aman atau keadaan peperangan.

  • Semasa peperangan

Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh.

  • Semasa aman

Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.

Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

Kenderaan MAN TG milik APM

Infrastruktur

[sunting | sunting sumber]

Setakat tahun 2015, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia mempunyai:

1 Ibu Pejabat, (IPPA)

14 Pejabat Negeri Pertahanan Awam(PNPA),

99 Pejabat Daerah Pertahanan Awam(PDPA),

55 Pejabat Unit Pertahanan Awam(PUPA),

1 Akademi Latihan Pertahanan Awam(ALPHA) dan

3 Pusat Latihan Pertahanan Awam(PULAPA).

di seluruh Malaysia.

Anggota & Pasukan

[sunting | sunting sumber]

926,434 Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam(ASPA),

141,953 Anggota Kadet Pertahanan Awam(KASPA),

43,371 Anggota Pasukan Institusi Pertahanan Awam(PISPA),

9,989 Anggota KOR Siswa-Siswa Pertahanan Awam(KOR SISPA),

2,560 Komuniti Civil Defence Emergency Response Team(CDERT-C),

3401 Anggota Civil Defence Emergency Response Team(CDERT-G,S,N) dan

1,519,321 Penglibatan Orang Awam Dalam Latihan Kesiapsiagaan Awam Menghadapi Kecemasan

Aset APM dalam perbarisan merdeka

Sejarah kewujudan APM terdiri daripada zaman sebelum dan selepas kemerdekaan:-

Pra Merdeka

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1939, Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British sebagai '"Passive Defence"' yang dibentuk di bawah Emergency Regulation Enactment Chapter 41 untuk mengadakan langkah–langkah bagi menghadapi Perang Dunia Kedua. Kemudian pada tahun 1951, Ordinan Pertahanan Awam 1951 (Civil Defence Ordinance 1951) digubal secara rasmi sebagai satu undang–undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu. Setahun kemudian, Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Mac secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan Ordinan.

Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia[2]

[sunting | sunting sumber]
Bil Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam Gambar Tempoh Memegang Jawatan
1 Kol. G. Somerville 23 Januari 1952 - 13 Ogos 1957
2 Kol. J. D. Steward 14 Ogos 1957 - 13 Oktober 1964
3 Kol. Duleep Singh Kauley 1 November 1964 - 31 Disember 1967
4 Kol. (PA) Abdul Rahman bin Ismail 1 Januari 1968 - 19 Januari 1980
5 Brig. Jen. (PA) Abidin bin Ismail 20 Januari 1980 - 21 November 1993
6 Mej. Jen. (PA) Abd. Wahid bin Selamat 1 Mac 1994 - 16 Ogos 1998
7 Mej. Jen. (PA) Abd. Wahab bin Hj Mohd Johar 16 Januari 1999 - 16 Januari 2000
8 Lt. Jen. (PA) Dato' Hj. Shafee bin Hj. Abu Bakar 17 Februari 2000 - 30 April 2003
9 Lt. Jen. (PA) Dato' Jamel bin Ariffin 1 Mei 2003 - 28 November 2005
10 Pj. (PA) Dato' Nasir bin Mat Dam 29 November 2005 - 24 Februari 2008
11 Pj. (PA) Dato' Abdul Halim bin Abdul Hamid 25 November 2008 - 27 September 2011
12 Pj. (PA) Dato' Sulaiman bin Hj. Keling 16 Oktober 2011 – 2 Mei 2014
13 Pj. (PA) Dato’ Zaiton binti Ab Samad 2 Mei 2014 – 4 November 2015
14 Pj. (PA) Datuk Ogu Salim bin Omar 19 November 2015 – 16 September 2016
TPj. (PA) Dato’ Haji Selamat bin Dahalan (Pemangku KPj) 17 September 2016 – 3 Januari 2017
15 KPj. (PA) Mej. Jen. (B) Dato’ Azmy bin Hj. Yahya 4 Januari 2017 – 31 Mei 2018
16 KPj. (PA) Datuk Roslan bin Wahab 1 Jun 2018 – 11 November 2021
17 KPj. (PA) Datuk Aminurrahim bin Mohamed 1 Disember 2021 – Sekarang
  1. ^ http://www.civildefence.gov.my/profil-apm/maklumat-korporat/pangkat-dan-gelaran/
  2. ^ "Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - #ASPIRASI LEMBARAN FAKTA APM BIL 25/2024 : KETUA PESURUHJAYA APM Info terkini berkaitan senarai nama Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bermula tahun 1952 hingga kini. Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat. Sumber daripada : Cawangan Perancangan Strategik, Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelarasan, Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jabatan Perdana Menteri #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMadani #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunBaratDaya2024 ** | Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2025-04-06.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]