Anugerah Juara Lagu ke-3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anugerah Juara Lagu 1988)
Lompat ke: pandu arah, cari

Juara Lagu 1988 adalah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu". Anugerah Juara Lagu 1988 atau dikenali sebagai Muzik-Muzik 1988 telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan diacarakan oleh N.D. Lala & Chairmaine Augustine. JL 88 menampilkan juara bulanan untuk dipertandingkan.

Finalis[sunting | sunting sumber]

Januari: "Bila Rindu Kusebut Namamu" - (Siti Fairuz/ Ahmad Nawab / Juwie)
Februari: "Ilusi Satu Penantian" - (Ben Nathan / Ikhtiman / Ikhtiman)
Mac: "Masih Aku Terasa" - (Kumpulan Gersang/ Rahim Othman / Juwie )
April: "Tugu Cinta" - (Zamree / Eddy Rezza / Eddy Rezza)
Mei: "Cukuplah Sekali" - (Jay Jay/ Jayarahman / Habsah Hassan)
Jun: "Rayuanku" - (Rohana Jalil/A. Ali/Lukhman S)
Julai: "Sekian Lama Aku Merinduimu" - (Kumpulan Steps/Ismail Ahmad Nawab/Juwie)
Ogos: "Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu" - (Ramlah Ram/Ahmad Nawab/Juwie & Wielid)
September: "Diriku Terbelenggu" - (Francesca Peter/A. Ali/Habsah Hassan)
Oktober: "Suratan Takdir" - (Kumpulan Gersang/Rahim Othman/Fauzan Uda Ahmad)

November:"Tika & Saat Ini"- (Kumpulan Medicine/Azida N.S/Azida N.S)

Pemenang[sunting | sunting sumber]

Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

  1. "Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu" - (Ramlah Ram)
  2. "Diriku Terbelenggu" - (Francesca Peter)
  3. "Tika dan Saat Ini" - (Kumpulan Medicine)

Lirik Terbaik[sunting | sunting sumber]

  • Habsah Hassan - "Cukuplah Sekali"

Persembahan Terbaik[sunting | sunting sumber]

  1. Ramlah Ram - "Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu"
  2. Rohana Jalil - "Rayuanku"
  3. Jay Jay - "Cukuplah Sekali"

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Keunikan pakaian berbentuk kunci dan hati yang dipakai Ramlah Ram telah menjadi sebutan dan ingatan ramai buat jangka masa yang agak lama. Baju tersebut tidak lagi diperagakan sehingga tahun 2007 (hampir 19 tahun kemudian) iaitu dalam Akademi Fantasia Musim 5 apabila baju itu dipakai oleh Mila selepas Heliza mendendangkan lagu "Diam-Diam Jatuh Cinta" nyanyian asal Ramlah Ram pada konsert minggu kelima mereka.
  • Siti Fairuz telah membuat kejutan dengan membawakan lagu beliau berpakaian gown putih serta bertudung