Pergi ke kandungan

Anugerah Juara Lagu ke-32

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anugerah Juara Lagu
32
Tarikh11 Februari 2018
TempatAxiata Arena, Bukit Jalil
PengacaraSherry Alhadad
Alif Satar
Ketua JuriAzmeer
PengarahAubrey Suwito
Tempoh Tayangan3 jam
Juara Lagu"Jampi
Nyanyian:
Hael Husaini
Muzik: Hael Husaini & Ezra Kong
Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong
Sorotan
Persembahan TerbaikAltimet ("Amboi")
Vokal TerbaikSyamel & Ernie Zakri ("Aku Cinta")

Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2017. Tema untuk acara tahun ini ialah "Fesyen dan Muzik" yang mana ia berkonsep apabila pemilihan pakaian penyanyi setiap kali AJL berlangsung memberi impak yang besar dan melengkapkan lagi jalan cerita lagu yang disampaikan[1]. Trofi AJL pada musim ini menampilkan kelainan apabila disuntik dengan elemen fesyen hasil kerjasama Rizman Ruzaini.

Persembahan Selingan

[sunting | sunting sumber]
Artis Persembahan
Edrie Hashim, AG Coco, Stacy & W.A.R.I.S "Aku Stacy, Bosan, Pakai Buang"
Dato' A. Rahman Hassan, Dato' Awie, Siti Sarah & Datuk Jeffrydin "Tak Mengapa, Suzana, Hidup Bersama, Syurga Bersama, Siapa Gerangan & Kenanganku"

Setelah selesai program mingguan carta Muzik Muzik 32, 30 buah lagu akan berentap di peringkat separuh akhir yang disiarkan selama tiga pusingan bagi menentukan 12 lagu yang akan ke AJL 32.

Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu ke-32, sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik 32.

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-32:

No Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label
1 "Lebih Sempurna" Syamel, Edry Abdul Halim & Boy Anaz Syamel [2] Rocketfuel Entertainment - Astro Entertainment
2 "Sejati" Faizal Tahir & Mike Chan Azmi Caliph Busker (Menggantikan Faizal Tahir) "Anatomi" [3] Warner Music - Faithful Music
3 "Aku Yang Sebenar" Dato' M. Nasir Ad Samad Hazama & The Penglipurlara [4] Rocketfuel Entertainment - Astro Entertainment
4 "Menahan Rindu" Ibnu & Ghoufran[5] Wany Hasrita [6];
kemudian dimuatkan dalam Menahan Rindu" (2018) [7]
Fantasia Music City
5 "Jampi" Ezra Kong & Hael Husaini Hael Husaini [8] Rocketfuel Entertainment - Astro Entertainment
6 "Akhirnya Cinta" Ajai Slen Fadzil Salma Asis [9] Warner Music - Wake The Baby
7 "Separuh Mati Ku Bercinta" Ajai Dayang Nurfaizah "Dayang Nurfaizah" [10] Indigital Music - DN&AD
8 "Aku Cinta" Syamel Ernie Zakri & Syamel [11] Fantasia Music City - Astro Entertainment
9 "Amboi" Navigator Altimet "Amboi" [12] Sony Music - Yebba Yebba Altimet Holdings/Kartel Records
10 "Warkah Untukku" Hang Nadim[13] Laq[14] Ara Johari "AF2016" [15] Warner Music - Astro Entertainment
11 "Bayang" Alam[16] Patrick Anahoda Khai Bahar [17];
kemudian dimuatkan dalam "Air Mata" (2019) [18]
NAR Records
12 "Tergantung Sepi" Ibnu & Ghoufran Haqiem Rusli [19];
kemudian dimuatkan dalam "Segalanya" (2018) [20]
Fantasia Music City

Keputusan

[sunting | sunting sumber]
dagger Menandakan Anugerah Sampingan
Anugerah Kedudukan Judul Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Ganjaran
Juara Lagu Juara "Jampi" Hael Husaini & Ezra Kong Hael Husaini RM 50,000 dan trofi
Naib Juara "Sejati" Faizal Tahir & Mike Chan Azmi Caliph Buskers RM 35,000 dan trofi
Tempat Ketiga "Tergantung Sepi" Ibnu & Gouffran Haqiem Rusli RM 20,000 dan trofi
Persembahan Terbaik "Amboi" Navigator Altimet RM 12,000 dan trofi
Vokal Terbaik "Aku Cinta" Syamel Syamel & Ernie Zakri
Penyanyi Pilihan Samsung "Bayang" Alam Patrick Anahoda Khai Bahar Trofi

Jemaah Juri

[sunting | sunting sumber]

Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.

  1. Datuk Mokhzani Ismail
  2. Dato' Wah Idris
  3. Helen Yap
  4. Datuk Ramli Sarip
  5. Pak Ngah
  6. Sharon Paul
  7. Lok-U
  8. Edrie Hashim
  9. Aizat Amdan
  • Rata-rata penyanyi yang mara ke AJL edisi kali ini memperlihatkan barisan penyanyi baharu dan buat pertama kali melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu, seperti Haqiem Rusli, Syamel, Ernie Zakri, Khai Bahar, Hael Husaini, Wany Hasrita, Ara Johari dan Salma Asis.
  • Dayang Nurfaizah menjadi artis paling senior ke pentas AJL tahun ini dengan lagu "Separuh Mati Ku Bercinta".
  • Edisi kali ini juga menampilkan penyandang juara edisi lalu dan juga pemenang Vokal Terbaik tiga tahun berturut-turut (2015, 2016 & 2017), Dayang Nurfaizah dengan lagu "Separuh Mati Ku Bercinta".
  • Wany Hasrita, Khai Bahar dan Ara Johari mempertaruhkan single sulung mereka masing-masing di AJL tahun ini.
  • Tiada band/kumpulan yang berjaya ke pentas akhir AJL kali ini.
  • Ini adalah kali kedua lagu nyanyian Faizal Tahir mara ke AJL sejak pengunduran beliau dari pentas besar ini di AJL30 pada tahun 2016. Di AJL31 tahun 2017, lagu duetnya bersama Elizabeth Tan, Setia, mara ke pentas akhir dengan dibantu oleh penyanyi gantian, Awi Rafael. Tahun ini, Azmi Caliph Busker akan menggantikan Faizal Tahir.
  • Beberapa hari sebelum AJL, Ara Johari mengalami masalah kesihatan yang menyukarkan beliau untuk menyanyi dengan baik. Sehari sebelum berlangsungnya anugerah ini, beliau membuat keputusan untuk mencari penyanyi lain untuk menggantikannya iaitu Masya Ceria Popstar yang hadir ketika sesi rehearsal pada petang sebelum AJL berlangsung. Tetapi demi peminatnya, beliau mengubah fikirannya itu dan terus menyanyi pada malam AJL.[21][22]
  • Pada malam AJL32 ini menyaksikan rata-rata penyanyi berjaya menunjukkan kehebatan vokal masing-masing seperti Salma Asis, Hael Husaini, Hazama, Azmi Caliph Busker mahupun Dayang Nurfaizah yang telah memenangi kategori Vokal Terbaik sebanyak 3 kali berturut-turut. Dengan mendapat standing ovation dari penonton, kategori ini dimenangi oleh Syamel & Ernie Zakri.
  • Persembahan Altimet pada malam itu juga mendapat standing ovation dari semua penonton kerana persembahannya yang selamba dan sempoi sehingga memenangi Persembahan Terbaik.[23]
  • Rata-rata props dan persembahan yang dilakukan oleh para penyanyi mempunyai unsur 'tirai' dan 'bayang'.
  • AJL32 merupakan penyertaan lagu ke-7 dalam 6 edisi bagi Dayang Nurfaizah dan ia juga merupakan edisi pertama beliau gagal memenangi sebarang anugerah.

Anugerah dan pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018 Reka bentuk Set Terbaik Menang
Montaj Terbaik Menang
Rancangan Anugerah Terbaik Tercalon
  1. "Fesyen dan muzik tema AJL 32". Berita Harian. Dicapai pada January 24, 2018.
  2. https://music.apple.com/jp/album/lebih-sempurna-single/1181002743?l=en
  3. https://music.apple.com/us/album/anatomi-remastered/1164169860
  4. https://music.apple.com/us/album/aku-yang-sebenar-single/1228295563
  5. Sirkhan
  6. https://music.apple.com/jp/album/menahan-rindu/1233018561?i=1233018599&l=en
  7. https://music.apple.com/jp/album/menahan-rindu-ep/1384845864?l=en
  8. https://music.apple.com/us/album/jampi/1210443125?i=1210443128
  9. https://www.youtube.com/watch?v=8QvY-qx-X0k
  10. https://www.discogs.com/Dayang-Nurfaizah-Dayang-Nurfaizah/release/10128176
  11. https://music.apple.com/us/album/aku-cinta/1201307615?i=1201307669
  12. https://music.apple.com/us/album/amboi/1175442168
  13. Akim Ahmad
  14. Zimi
  15. https://music.apple.com/us/album/af-2016/1165016078
  16. Harry Khalifah
  17. https://music.apple.com/us/album/bayang-single/1149752934
  18. https://www.discogs.com/Khai-Bahar-Air-Mata/release/14312441
  19. https://music.apple.com/us/album/tergantung-sepi-single/1233007158
  20. https://open.spotify.com/album/2bAn4nly7d2lXAmp4C5sR5
  21. "Lekas sembuh, Ara". Harian Metro. Dicapai pada February 12, 2018.
  22. "Semangat Ara tidak pernah patah". Kosmo. Dicapai pada February 14, 2018.
  23. "Netizen puji penganjuran AJL32". Sinar Harian. Dicapai pada February 12, 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]