Anugerah Juara Lagu ke-27

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anugerah Juara Lagu ke-27
TV3
Tarikh 6 Januari 2013
Tempat Stadium Putra Bukit Jalil
Pengacara Faizal Ismail dan Cheryl Samad
Penerbit Muhamad Sufian Che Isa
Juara Lagu "Terukir Di Bintang"
nyanyian Aizat Amdan (menggantikan Yuna
(gubahan: Yuna/
lirik: Yuna)
 < ke-26 Anugerah Juara Lagu ke-28 > 

Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) ialah konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2012.

AJL27 dijuarai oleh lagu "Terukir Di Bintang", lagu gubahan dan seni kata Yunalis Zarai , nyanyian Yunalis Zarai digantikan oleh Aizat Amdan . "Terukir Di Bintang" merupakan lagu pertama dan satu-satunya (setakat ini) memenangi Juara Lagu hasil daripada nyanyian oleh penyanyi gantian.

Am[sunting | sunting sumber]

Tema AJL27 ialah "Ekspresi Seni" yang mana penonton dapat menyaksikan 'gabungan seni dan muzik di atas pentas' anugerah yang sudah memasuki lebih dua dekad penganjurannya.[1] Juara AJL27 membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM35,000, naib juara (trofi dan RM15,000), tempat ketiga (trofi dan RM12,000) manakala persembahan dan vokal terbaik masing-masing akan membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000. Menariknya, juara kategori persembahan terbaik akan ditentukan 100% di tangan peminat muzik tanah air melalui undian SMS.[1]

Barisan juri AJL27 dianggotai oleh 10 orang, iaitu jauh kurang berbanding 22 orang pada edisi sebelumnya. Juri diketuai oleh Azmeer. Penerbit AJL27, Muhamad Sufian Che Isa berkata, kebanyakan juri yang ditawarkan untuk mengadili karya termasuk lagu dan lirik bagi acara berkenaan terlalu sibuk dengan kerja seni masing-masing.[2]

Muzik-Muzik Separuh Akhir[sunting | sunting sumber]

Konsert Muzik-Muzik Separuh Akhir disiarkan pada tiga malam Ahad berturut-turut pada 11, 18 dan 25 November 2012, jam 9 malam, bersiaran langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam.

Lihat di sini untuk senarai lengkap penyertaan Separuh Akhir Muzik Muzik 27,

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-27 diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 Januari 2013. Terdapat perubahan dalam barisan persembahan yang mana Yuna terpaksa menarik diri kerana terikat dengan komitmen penerbitan album terbarunya di Los Angeles, Amerika Syarikat dan diganti[3] oleh Aizat Amdan untuk persembahan lagu "Terukir di Bintang".[4]

Menurut Azmeer, 70% penilaian sesebuah lagu adalah berdasarkan melodi, lirik, susunan muzik, kreativiti dan penerimaan juri dan masyarakat terhadap lagu tersebut. Manakala 30% lagi adalah menerusi persembahan penyanyi itu sendiri.[5]

Majlis AJL 27 membuka tirai dengan persembahan lagu "Bunga-Bunga Cinta" oleh pemenang AJL18 Misha Omar "Fatalistik" oleh Ziana Zain dan "Anti Graviti" oleh Faizal Tahir.

12 buah lagu layak ke peringkat akhir kali ini. Urutan persembahan adalah seperti berikut:

  1. "Ombak Rindu" – Hafiz & Adira
  2. "Patah Seribu" – Shila Amzah
  3. "Simetri" – Hazama & Amy Search
  4. "Idola" – Azlan & The Typewriter
  5. "Pelangi Senja" – Stacy
  6. "Lagu" – Bedroom Sanctuary
  7. "Tanpamu" – Amir Jahari
  8. "Teman Pengganti" – Black & RJ
  9. "Terukir Di Bintang" – Aizat (mengganti Yuna)
  10. "Ku Akui" – Hafiz
  11. "Andaiku Bercinta Lagi" – Mojo
  12. "Anak Kampung" – One Nation Emcees & Jimmy Palikat

Keputusan[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Juara Mobile Celcom: "Ombak Rindu" (gubahan/lirik: Zaidi)
  • Persembahan Terbaik: "Teman Pengganti" (Black & RJ), membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000
  • Vokal Terbaik: "Ku Akui" (Hafiz), membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000
  • Tempat ketiga: "Ku Akui" (Hafiz; lagu/lirik: Ajai), membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000
  • Naib juara: "Idola" (Azlan & The Typewriter; lagu/lirik: Audi Mok/Azlan), membawa pulang trofi dan wang tunai RM15,000
  • Juara: "Terukir Di Bintang" (Aizat; lagu/lirik: Yuna), membawa pulang trofi dan wang tunai RM35,000


Rujukan[sunting | sunting sumber]