Jokpyeon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jokpyeon
Hangul 족편
Hanja
Perumian Semakan jokpyeon
McCune–Reischauer chokp'yŏn

Jokpyeon ialah masakan Korea tradisional berupa jeli dan dimakan semasa Seollal (Tahun Baru Korea) di seluruh Korea.[1] Ia dibuat dengan merebus organ atau daging yang liat dengan kolagen, seperti telapuk, tengkorak, dan kulit lembu, untuk masa yang lama.[2] Keting dan tendon boleh ditambah ke dalam makanan sebagai bahan tambahan untuk menyerlahkan rasa.[3] Semasa merebus, kolagen menjadi cairan gelatin seperti bubur. Selepas ditapis, ia dicurah ke dalam bekas petak dan dibiarkan mengeras di tempat yang sejuk.[2] Jokpyeon dipotong dan disaji dengan sos pencicah seperti choganjang (diperbuat daripada sos soya dan cuka) atau saujeotguk (ekstrak daripada saujeot, udang jeruk masin).[3]

Masakan hidangan ini banyak bergantung kepada telapuk lembu, yang namanya muncul daripadanya iaitu jok (, 足 kaki) dalam bahasa Korea. Makanan ini kadang kala dikategorikan sebagai sejenis muk, jeli daripada kanji bijirin disebabkan rupa dan teksturnya yang hampir sama.

Kepelbagaian[sunting | sunting sumber]

  • Jokjanggwa (족장과), diperbuat dengan kaedah sama seperti jokpyeon, tetapi dikeraskan degan penambahan sos soya dan telur rebus.
  • Yongbong jokpyeon (용봉족편), diperbuat daripada telapuk lembuh dan kuang bayas dengan cara yang sama seperti jokpyeon[4][5]
  • Jokchae (족채)[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pyeonyuk, jokpyeon (편육, 족편)" (dalam bahasa Korean). ytrt.cn. 2008-04-09. Dicapai pada 2008-05-17. 
  2. ^ a b "Kinds of Korean Food". Korea Agro-Fisheries Trade Corporation. Diarkibkan daripada original pada 2009-04-14. Dicapai pada 2008-05-17. 
  3. ^ a b 족편 足─ (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia. Dicapai pada 2008-05-17. 
  4. ^ [1]
  5. ^ 용봉족편 (dalam bahasa Korean). RDA. Dicapai pada 2013-04-09. 
  6. ^ [2]
  • 족편 Korea Traditional Food Resource Portal
  • 족편 Nate Korean Dictionary

Pautan luar[sunting | sunting sumber]