Jeongol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jeongol
Korean cuisine-Haemul jeongol-02.jpg
Seperiuk haemul jeongol (jeongol dengan pelbagai makanan laut)
Jenis Stu atau kaserol
Tempat asal Korea
Bahan utama Daging lembu atau makanan laut, sayuran, cendawan, perasa, rebusan
Variasi Sinseollo
Cookbook: Jeongol di Wikibuku  Media berkenaan Media: Jeongol di Wikimedia Commons
Jeongol
Hangul 전골
Hanja n/a
Perumian Semakan jeongol
McCune–Reischauer chŏnkol

Jeongol adalah sejenis stu atau kaserol dalam masakan Korea. Ia sama dengan kategori stu Korea yang dikenali sebagai jjigae, dengan perbezaan utama ialah bahawa jjigae biasanya dibuat dengan hanya satu bahan utama, dan dinamakan sempena bahan tersebut (seperti kimchi jjigae atau sundubu jjigae), sementara jeongol biasanya mengandungi pelbagai bahan-bahan utama.[1] Perbezaan tambahan adalah bahawa jeongol (seperti gujeolpan) pada asalnya adalah suatu hidangan untuk masyarakat Korea kelas atasan dan keluarga diraja, manakala jjigae adalah hidangan yang lebih mudah untuk orang kebanyakan.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Menurut buku lewat era Joseon Manguksamulkiwon Yeoksa (hangul: 만국사물기원역사, hanja: 萬國事物紀原歷史, "Sejarah Pelbagai Objek dari Seluruh Dunia"), jeongol berasal dari zaman purba apabila tentera akan memasak makanan mereka dalam topi keledar besi ketika masa perang kerana kekurangan peralatan memasak.[3][1] Dalam dokumen lain era Joseon seperti Kyeongdo Jabji (hangul: 경도잡지, hanja: 京都雜志), ada dinyatakan bahawa jeongol dimasak dalam bekas yang dipanggil jeolliptu (전립투, topi askar) kerana ia menyerupai topi keledar askar. Dalam Siuijeonseo (hangul: 시의전서, hanja: 是議全書), ia menyatakan bahawa daging lembu yang diperisakan dihiris nipis dan dimasak di dalam periuk dan ditaburi dengan serbuk kacang pain, dan kadang-kadang dimasak dengan rebung, anak kurita dan tiram.[1]

Penyediaan[sunting | sunting sumber]

Jeongol biasanya mengandungi hirisan daging lembu atau makanan laut, sayuran, cendawan, dan perasa lain, yang direbus dengan sedikit air rebusan dalam jeongolteul (전골틀, periuk yang digunakan untuk memasak jeongol). Bahannya juga mungkin termasuk Mandu (ladu). Beberapa jenis jeongol adalah pedas, yang mengandungi gochujang atau serbuk cili, tetapi bahan-bahan ini boleh diabaikan. Kepelbagaian air rebusan yang digunakan adalah berbeza-beza mengikut jenis jeongol yang disediakan.[1]

Kepelbagaian[sunting | sunting sumber]

  • Sinseollo (신선로) - sejenis jeongol pernah disaji dalam masakan diraja Korea[4]
  • Haemul jeongol (해물전골) - dimasak dengan makanan laut[4]
  • Nakji jeongol (낙지전골) - dimasak dengan kurita kecil[4]
  • Sogogi jeongol (소고기전골) - dimasak dengan daging tanpa makanan laut[4]
  • Mandu jeongol (만두전골) - dimasak dengan mandu[5][6][7]
  • Dubu jeongol (두부전골) - dimasak dengan tauhu[4]
  • Beoseot jeongol (버섯전골) - dimasak dengan cendawan[4]
  • Gopchang jeongol (곱창전골) - dimasak dengan organ lembu[4]
  • Gaksaek jeongol, (각색전골) - dimasak dengan pelbagai bahan.[8]
  • Gaegogi jeongol (개고기 전골) - dimasak dengan daging anjing.[9][10]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d (Korea) Jeongol at Encyclopedia of Korean Culture
  2. ^ (Korea) Jeongol at Doosan Encyclopedia
  3. ^ (Korea) Manguksamulkiwon Yeoksa at Encyclopedia of Korean Culture
  4. ^ a b c d e f g (Korea) Jeongol t Britannica Korea
  5. ^ Kim Hyeong-woo (김형우) (2006-11-08). 만두집 '다락정' (dalam bahasa Korean). Chosun Ilbo. 
  6. ^ Park Je-seong (박제성) (2007-09-06). 샐러리맨의 만찬]삼선교·양재동 ‘하단’ (dalam bahasa Korean). Kyunghyang Sinmun. 
  7. ^ Gwon Se-jin (권세진) (2006-11-16). 겨울철 별미 만두 맛있는 집 (dalam bahasa Korean). Sekye Ilbo. 
  8. ^ (Korea) Gaksaek jeongol at Doosan Encyclopedia
  9. ^ "Cuisine of Dog Meat". Dicapai pada 7 January 2015. 
  10. ^ 더위 달구는 개고기 열전 (dalam bahasa Korean). 22 July 2004. Dicapai pada 7 January 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]