Mi Korea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mi Korea
Korean cuisine japchae.jpg
Japchae, makanan Korean mi selofan yang digoreng kilas
Jenis Mi
Tempat asal Korea
di Wikibuku Buku Masakan: Mi Korea  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Mi Korea
Mi Korea
Hangul 국수 / 면
Hanja 국수 /
Perumian Semakan guksu / myeon
McCune–Reischauer kuksu / myŏn

Mi Korea adalah mi atau masakan mi dalam masakan Korea, dan secara keseluruhannya dirujuk sebagai "guksu" dalam bahasa Korea atau "myeon" (cf. mien) dalam kosa kata Cina-Korea. Penyediaan mi ini mudah dan boleh dijejak kembali sejarahnya sekitar 6000 hingga 5000 Sebelum Masihi di Asia. Di Korea, masakan mi tradisional ialah onmyeon, yang dipanggil guksu jangguk (mi dengan sup jernih panas), naengmyeon (mi gandum kuda sejuk), bibim guksu (masakan mi seju bercampur sayur), kalguksu (mi potongan pisau), kongguksu (mi dengan sup kacang soya sejuk) dan yang lain. Di istana diraja, baekmyeon (harfiahnya "mi putih") mengandungi mi gandum kuda dan sup burung kuang bayas, dan dianggap masakan mi yang berkualiti tinggi. Naengmyeon, dengan sup sejuk bercampur dongchimi (kimchi lobak berair) dan sup daging punggung lembu, dimakan di istana semasa musim panas.[1]

Mi mengikut ramuan[sunting | sunting sumber]

Memil guksu
  • Dangmyeon (당면; mi selofa) - dibuat daripada kanji keledek
  • Memil guksu (메밀국수) - mi gandum kuda yang sama dengan mi soba Jepun
  • Olchaengi guksu (올챙이국수) - mi daripada tepung jagung kering yang dmakan di kawasan pergunungan seperti Wilayah Gangwon[2]
  • Gamja guksu (감자국수) - mi yang diperbuat daripada campuran kanji kentang, tepung beras dan tepung pulut[3]
  • Gamjanongma guksu (감자농마국수) - mi diperbuat daripada kanji kentang yang mempunyai tekstur liat. Ia keistimewaan Hwanghae Province[4]
  • Milguksu (밀국수) - mi tepung gandum. Walaupun mi dimakan di Korea pada zaman dahulu kala, penghasilan gandum amatlah sukar berbanding tanaman lain, maka mi gandum bukanlah makanan harian sehinggalah tahun 1945.[1][5]
  • Dotori guksu - mi daripada tepung akorn[6]
  • Chilk guksu (칡국수) - mi daripada kudzu dan gandum kuda[7]
  • Ssuk kalguksu (쑥칼국수) - mi diperbuat daripada Artemisia princeps dan tepung gandum[8]
  • Hobak guksu (호박국수) - mi diperbuat daripada tepung labu dan gandum[9]
  • Kkolttu guksu (꼴뚜국수) - mi diperbuat daripada tepung gandum kuda dan gandum biasa[10]
  • Cheonsachae - mi separa lutsinarphoto yang diperbuat daripada sari baki ang berupa jeli selepas mengukus kombu, tanpa sebarang penambahan tepung bijirin atau kanji. Rasanya tawar, jadi, ia selalu dimakan sebagai salad ringan selepas diperisakan atau disajikan sebagai hiasan di bawah saengseon hoe (hirisan ikan mentah). Cheonsachae mempunyai tekstur liat dan rendah kalori.[11]

Masakan mi[sunting | sunting sumber]

Banchan[sunting | sunting sumber]

  • Japchae - Mi keledek (mi selofan) yang digoreng kilas dengan hirisan nipis daging lembu dan sayuran; ia boleh dihidang panas atau sejuk.[12]

Mi sup panas[sunting | sunting sumber]

Janchiguksu
  • Janchi guksu - mi tepung gandum dalam sup cerah yang diperbuat daripada ikan bilis dan air stok dashima atau lembu. Ia dihidang dengan sos yang diperbuat daripada minjak bijan, sos soya, daun bawang dan sedikit serbuk cili. Jidan (지단), atau telur dadar yang dipotong nipis, gim, dan zukini diletakkan di atas makanan sebagai hiasan. Namanya terbit daripada perkataan janchi (잔치, jamuan atau kenduri) dalam Korea kerana masakan ini adalah khusus untuk hari jadi, perkahwinan dan keraian kerana bentuknya yang panjang berjela sering dikaitkan dengan panjang usia dan panjang jodoh.[1][13]
  • Kalguksu - mi tepung gandum yang disaji dalam mangkuk besar dengan sup berasaskan makanan laut dan ramuan lain
  • Gomguksu (곰국수) - mi tepung gandum dalam sup gomguk atau gomtang yang diperbuat daripada tulang lembu atau cartilage.

Masakan mi sejuk[sunting | sunting sumber]

Kongguksu
  • Bibim guksu - mi tepung gandum halus dengan sos pedas dierbuat daripada gochujang dan cuka. Telur rebus separuh masak, timun dihiris nipis, dan kadang kala kimchi cincang dijadikan sebagai hiasan.
Chuncheon Makguksu
  • Makguksu - sup mi gandum kuda, popular di wilayah Gangwon-do dan ibu kotanya, Chuncheon
  • Naengmyeon - mi gandum kuda nipis yang disajikan dalam sup sejuk atau dihidang dalam sos berasaskan gochujang; mi dan bahan sayur lain digaul bersama oleh pemakan. Ia asalnya makanan musim sejuk, dan keistimewaan tempatan bagi kawasan Ibuk (이북지방, kini kawasan di Korea Utara).
    • Mul naengmyeon - harfiahnya bermaksud "mi air sejuk." Ia dihidang dalam semangkuk sup sejuk masam daripada rebusan lembu atau dongchimi. Cuka dan/atau sos mustard boleh ditambah untuk rasa tambahan.
    • Bibim naengmyeon - harfiahnya "mi sejuk campur." Ia dihidang tanpa kuah atau sup tetapi digaul bersama sos pedas masam bernama chogochujang, diperbuat daripada gochujang, cuka dan gula.
  • Jjolmyeon (쫄면) serupa dengan bibim naengmyeon tetapi mi ini leih liat
  • Milmyeon (밀면) - makanan unik Busan, diolah daripada naengmyeon
  • Kongguksu - mi tepung gandum dalam semangkuk sup susu soya sejuk.
  • Jatguksu (잣국수) - mi gandum atau gandum kuda dalam semangkuk sup sejuk yang diperbuat daripada kacang pain dan air. Is adalah keistimewaan Gapyeong, Wilayah Gyeonggi. Resepinya menyerupai kongguksu, tetapi mempunyai rasa savori yang lebih.[14]
  • Dongchimi guksu (동치미국수) - mi gandum atau gandum kuda dalam semangkuk dongchimi sejuk.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c 국수 [Noodle (guksu)] (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia. 
  2. ^ 올챙이국수 (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia. 
  3. ^ 감자국수 (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia. 
  4. ^ 감자농마국수 (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia. 
  5. ^ 국수 [Noodle (guksu)] (dalam bahasa Korean). Nate / Encyclopedia of Korean Culture. 
  6. ^ 도토리국수 (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia. 
  7. ^ 칡국수 (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia. 
  8. ^ 쑥칼국수 (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia. 
  9. ^ 호박국수 (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia. 
  10. ^ 꼴두국수 (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia. 
  11. ^ 천사채 (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia. 
  12. ^ See a recipe at http://www.eatdangerously.com/newfood/recipe_jap_chae.htm
  13. ^ Lee Seong-hui (이성희). "Janchi guksu, blessing for longevity (장수를 기원하는 '잔치국수)" (dalam bahasa Korean). dtnews24. 
  14. ^ 잣국수 (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]