Namul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Namul
Nama Korea
Hangul 나물
Hanja n/a
Perumian Semakan namul
McCune–Reischauer namul

Namul adalah istilah umum bagi hidangan sayur-sayuran yang diperisakan di Korea. Nama hidangan mungkin berbeza sedikit bergantung kepada sayur-sayuran yang digunakan dan bagaimana ia disediakan, tetapi tetap sejenisnamul.[1]

Hampir apa-apa jenis sayur-sayuran, atau herba boleh digunakan, dan ini termasuk akar, daun, batang, biji, pucuk, kelopak, dan buah-buahan. Ia boleh disediakan sebagai satu jenis namul, atau boleh dicampur. Walaupun sebahagian besar sayur-sayuran adalah dicelur sebelum diperisakan, kaedah penyediaan juga boleh berubah-ubah; ia boleh disajikan segar (mentah), atau rebus, goreng, tumis, peram, kering, atau kukus. Perasa juga boleh berubah-ubah. Namul boleh diperisakan dengan garam, cuka, minyak bijan, dan juga gochujang (pes lada merah Korea). Namul biasanya disaji sebagai banchan (hidangan sampingan mengiringi hidangan utama). Adalah mungkin untuk mempunyai lebih daripada satu jenis namul disaji sebagai sepiring banchan.[2]

Beberapa contoh namul termasuk chwinamul (tumbuh-tumbuhan berdaun liar), hobak namul (dibuat daripada hobak, squasy Korea dengan kulit hijau dan isi oren), shigeumchi (bayam), dan kongnamul (tauge kacang soya).

Kepelbagaian[sunting | sunting sumber]

Name[3][4] Nama Korea Keterangan
Kongnamul 콩나물 Tauge kacang soya direbus dan sejuk dengan minyak bijan, daun bawang, bawang putih dan bijan
Sukjunamul 숙주나물 Tauge kacang hijau direbus dan sejuk dengan minyak bijan, daun bawang, bawang putih dan bijan
Sigeumchi namul'[5] 시금치나물 Bayam yang dicelur sedikit diperisa dengan daun bawang, bawang putih dan bijan
Miyeok muchim[6] 미역무침 Miyeok (wakame, rumpai laut) dengan cuka manis dan garam
Musaengchae/Muchae[7] 무생채/무채 Lobak putih potong julienne dalam sos cuka manis, kadang kala dengan kisaran cili kering
Gosari namul 고사리나물 Pucuk paku pakis yang digoreng kilas sehingga lembut dan diperisa
Chwinamul 취나물 Aster Scaber digoreng kilas dan diperisa
Bireum namul[8] 비름나물 Amaranthus dicelur dan diperisa, biasanya dengan gochujang
Naengi namul[9] 냉이나물 Capsella bursa-pastoris dicelur dan diperisa
Dolnamul 돌나물 Sedum mentah dengan sos lada
Gogumasun namul[10] 고구마순나물 Pucuk ubi keledek direbus dan diperisa
Gaji namul 가지나물 Terung kukus
Doraji namul 도라지나물 Akar bunga belon direbus
Sukgatmuchim 쑥갓무침 Kekwa hijau dicelur

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Korea) Namul at Doosan Encyclopedia
  2. ^ (Korea) Namul at Encyclopedia of Korean Culture
  3. ^ "Korean Food: Seasoned Vegetables". Life in Korea. Dicapai pada 2013-04-04. 
  4. ^ "Herbivore's delight – Spring namul". Korea.net. 2012-04-10. Dicapai pada 2013-04-04. 
  5. ^ "Spinach Side Dish Sigeumchi Namul (시금치나물)". Maangchi.com. Dicapai pada 2013-04-04. 
  6. ^ Sook Choe Ji, Yukiko Moriyama (2003). Quick and Easy Korean Cooking for Everyone. Japan Publications Trading. m/s. 42. ISBN 9784889961249. 
  7. ^ 무생채 (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia. Dicapai pada 2013-04-04. 
  8. ^ 비름나물 고추장무침 (dalam bahasa Korean). Allrecipes.kr. Dicapai pada 2013-04-04. 
  9. ^ "Naengi namul (shepherd's purse namul)". Sanchon. Dicapai pada 2013-04-04. 
  10. ^ "Gogumasun namul". Trifood. Dicapai pada 2013-04-04. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]