Jeotgal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jeotgal
Saeujeot di hadapan dan pelbagai jeotgal dijual di Pasar Gyeongdong, Seoul.
Nama Korea
Hangul 젓갈 atau
Hanja n/a
Perumian Semakan Jeotgal atau Jeot
McCune–Reischauer Chŏtkal atau Chŏt

Jeotgal atau jeot (Sebutan bahasa Korea: [tɕʌtkal]) adalah makanan ditapai asin dalam masakan Korea. Ia dibuat dengan pelbagai makanan laut, seperti udang, tiram, kerang, ikan, telur ikan, dan usus ikan.[1]

Jeotgal digunakan terutamanya sebagai perasa dalam penjerukan kimchi dan sebagai sos mencelup kaki babi (jokbal) dan sosej darah/mi (sundae). Kadang-kadang jeotgal, biasanya saeujeot, ditambah kepada stu Korea (jjigae) dan sup (guk dan tang), untuk memberi rasa dan tidak menggunakan garam atau kicap (ganjang).

Jenis-jenis jeotgal berbeza-beza bergantung kepada bahan-bahan utama, wilayah, keluarga dan lidah masing-masing. Pada masa lalu, disebabkan pengangkutan yang terhad, kawasan-kawasan berhampiran laut mempunyai lebih banyak jenis jeot berbanding kawasan-kawasan pedalaman.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Erya (爾雅), kamus Cina yang ditulis pada abad ke-3 hingga 5 SM, mengandungi rekod tentang ji (), asal-usul jeotgal. Ji menunjukkan jeotgal, makanan yang dibuat daripada ikan dan merupakan dokumen tertua menyebut makanan ini dalam catatan sejarah.

Jenis[sunting | sunting sumber]

  • Saeujeot - jeot dibuat dengan kecil udang (saeu, 새우)[1]
    • Ojeot (오젓) - saeujeot dibuat dengan udang yang ditangkap pada bulan Mei
    • Yukjeot (육젓) - saeujeot dibuat dengan udang yang ditangkap pada bulan Jun
    • Tohajeot (토하젓) - jeot dibuat dengan udang kecil air tawar ,[2] iaitu juadah khusus tempatan wilayah Jeolla
  • Hwangsaegijeot (황새기젓) - jeot dibuat dengan ikan[1]
  • Myeolchijeot - jeot dibuat dengan ikan bilis (myeolchi, 멸치)[1]
  • Jogijeot - jeot dibuat dengan ikan croaker (jogi, 조기)[3]
  • Jogaejeot (조개젓) - jeot dibuat dengan kerang[4]
  • Guljeot (굴젓) - jeot dibuat dengan tiram (gul, 굴)
    • Eoriguljeot (어리굴젓) - jeot dibuat dengan tiram asin (gul, 굴) dan cili[1]
  • Myeongran jeot (명란젓) - jeot dibuat dengan telur ikan (ran, 란) pollock (myeongtae, 명태)[1]
  • Changnanjeot (창란젓) - jeot dibuat dengan usus pollock[1]
  • Ojingeojeot (오징어젓) - jeot dibuat dengan sotong (ojingeo, 오징어)[1]
  • Ggolddugijeot (꼴뚜기젓) - jeot dibuat dengan sotong kecil [5]
  • Gejang - jeot dibuat dengan ketam[1]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i "Jeotgal". Korea Tourism Organisation. Diarkibkan daripada original pada 2004-04-23. 
  2. ^ "Gangjin Celadon Festival 2012; The Melting Pot of Past, Present and Future". Korea Tourism Organisation. Dicapai pada 2013-04-02. 
  3. ^ "The Ingredients for Kimchi and Their Characteristics". Salted and fermented fish (Jeotgal). The Korean Culture and Information Service Center (KOIS). Diarkibkan daripada original pada 2008-03-28. Dicapai pada 2008-05-06. 
  4. ^ "Jeot". Korean Cultural Center Los Angeles. Diarkibkan daripada original pada 2006-11-01. Dicapai pada 2013-04-02. 
  5. ^ "꼴뚜기젓". Naver Dictionary. Dicapai pada 2013-04-02. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]