Pyeonyuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pyeonyuk
Hangul편육
Hanja
Perumian Semakanpyeonyuk
McCune–Reischauerp'yǒnyuk

Pyeonyuk ialah sejenis masakan Korea yang merujuk kepada daging hiris nipis yang direbus dan dihimpit.[1] Ia boleh menggunakan daging lembu atau babi, lazimnya bahagian yang liat. Pyeonyuk yang diperbuat daripada lembu dipanggil suyuk pyeonyuk manakala jeyuk pyeonyuk ialah nama bagi pyeonyuk babi. Bagi daging lembu, ia dicelup ke dalam choganjang (campuran sos soya dan cuka), atau gyeoja chojang (campuran sos soya, cuka dan mustard).[2] Ia dimakan sebagai anju iaitu makanan yang diiiring bersama arak atau digunakan sebagai janchi (잔치, jamuan atau kenduri). Dari Dinasti Joseon, Korean memakan Pyeonyuk sebagai hidangan sampingan semasa minum.[3]

Penyediaan dan sajian[sunting | sunting sumber]

Bagi penggunaan lembu, biasanya bahagian dada digunakan. Bagi babi pula, perut atau leher. Kaki, paru-paru, limpa, lidah, kepala, testikel dan kemaluan lembu juga boleh digunakan. Sup untuk memasak daging direncahkan dengan secubit garam dan perisa yang lain yang berbeza mengkut cita rasa yang termasuklah doenjang, soju, sake atau wain, lada atau kopi.[4]

Selepas daging tersebut lembut, ia dibalut dengan kain dan diperah oleh himpitan benda berat. Kemudian, ia dihiris nipis dan disaji dengan campuran sos soya-cuka atau saeujeot. Di restoran, adalah lazim untuk disajikan dengan geotjori (kimchi baru) dan sos ikan. Pyeonyuk adalah juadah lazim semasa gimjang, musim membuat kimchi. Ia juga boleh disaji dengan naengmyeon (sup mi sejuk) atau dimakan sebagagai ssam, dibalut dalam daun salad atau daun perila.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kinds of Korean Food". Korea Agro-Fisheries Trade Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-14. Dicapai pada 2008-05-17.
  2. ^ 편육 片肉 Diarkibkan 2011-06-10 di Wayback Machine (in Korean) Encyclopedia of Korean Culture
  3. ^ Joo, Young-ha. Kyounghyang http://news.khan.co.kr/kh_news/khan_art_view.html?artid=201107052113455&code=960100. Dicapai pada 5 July 2011. Missing or empty |title= (bantuan)
  4. ^ a b Lee Jong-im Director, Korea Food and Culture Research Center. "Pyeonyuk : Sliced Beef". Koreana. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-21. Dicapai pada 2013-04-05.