Jjigae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jjigae
Korean.cuisine-Dubu.jjigae-01.jpg
Dubu jjigae (Stu tauhu Korea)
Jenis Stu
Tempat asal Korea
Suhu penghidangan Panas
Bahan utama Daging, makanan laut atau sayuran; sup rebusan
Cookbook: Jjigae di Wikibuku  Media berkenaan Media: Jjigae di Wikimedia Commons
Jjigae
Hangul 찌개
Perumian Semakan jjigae
McCune–Reischauer tchigae

Jjigae (Sebutan bahasa Korea: [tɕ͈iɡɛ]) adalah hidangan Korea serupa dengan stu Barat. Terdapat pelbagai jenis tetapi ia biasanya dibuat dengan daging, makanan laut atau sayuran dalam sup yang diperasakan dengan gochujang, doenjang, ganjang atau saeujeot.[1] Jjigae biasanya dihidangkan bersama hidangan lain pada suhu yang panas.

Makanan Korea selalunya termasuk sama ada jjigae atau guk. Ketika zaman Joseon, ia mempunyai nama yang lebih tua iaitu jochi dan dua jenis tersebut akan sentiasa hadir untuk surasang Raja.[2]

Pelbagai jenis jjigae biasanya dinamakan mengikut bahan-bahan utama seperti saengseon jjigae (생선찌개) yang dibuat daripada ikan atau dubu jjigae (두부찌개) diperbuat daripada tauhu, atau mengikut sup dan perisa mereka seperti gochujang jjigae (고추장찌개) atau doenjang jjigae (된장찌개).

Kepelbagaian[sunting | sunting sumber]

Mengikut bahan[sunting | sunting sumber]

  • Altang jjigae (알탕찌개), dimasak dengan telur pollock
  • Dubu jjigae (두부찌개), dimasak dengan tauhu pejal[3]
  • Ge jjigae (게찌개), dimasak dengan ketam
  • Kimchi jjigae (김치찌개), dimasak dengan kimchi dan bahan lain.[3]
  • Kongbiji jjigae (콩비지 찌게), dimasak dengan kacang soya
  • Budae jjigae (부대찌개), dimasak dengan sup pedas (haszing duu) dan pelbagai daging dan bahan-bahan lain.[4]
  • Myeongranjeot jjigae (명란젓찌개), dimasak dengan myeongran jeot (telur ikan yang diasinkan)
  • Saengseon jjigae (생선찌개), dimasak dengan fish. Dongtae jjigae (동태찌개) daripada ikan pollock beku
  • Sundubu jjigae (순두부찌개), dimasak dengan tauhu lembut[5]

Mengikut perasa[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Korea) Jjigae at Doosan Encyclopedia
  2. ^ (Korea) Jjigae at Nate Encyclopedia
  3. ^ a b c d "Korean Food: Stews". Life in Korea. Dicapai pada 2013-04-03. 
  4. ^ "From Trash to Delicious Treasure". Hankooki/Korea Times. 2004-12-30. Diarkibkan daripada original pada 2006-01-13. Dicapai pada 2013-03-16. 
  5. ^ "Donghae,Sokcho". Korea Tourism Organization. Dicapai pada 2013-04-03.