Ssam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ssam
Nama Korea
Hangul
Hanja tiada
Perumian Semakan ssam
McCune–Reischauer ssam

Ssam, kadang kala ditransliterasikan sebagai ssäm, harfiahnya bermasuk "balutan" atau "bungkus", yang merujuk kepada sejenis makanan dalam masakan Korea yang lazimnya menggunakan sayur daun untuk membalut daging dan lain-lain sebagai inti.[1] Ia sering diiringi dengan perasa seperti ssamjang dan boleh ditambah dengan bahan-bahan masak atau mentah yang lain seperti bawang putih, bawang besar, lada benggala, atau banchan (hidangan sampingan kecil) seperti kimchi.[2] Ssam lazimnya mempunyai saiz yang boleh dimakan dengan sekali suap tanpa menjatuhkan intinya.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Menurut buku adat, Dongguk Sesigi, ssam dimakan oleh wanita zaman Goryeo yang dijadikan gundik atau pelayan di istana Dinasti Yuan Mongol, dan pada hujung era Joseon, ssam menjadi makanan bermusim yang dikenali ramai. Pada hari Daeboreum, ssam yang dimakan pada hari tersebut diunamakan bokssam (복쌈, ssam tuah).[1]

Ssam juga mula mendapat sambutan menggalakkan di luar Korea dan disajikan di restoran-restoran di New York dan Tokyo.[4][5]

Kepelbagaian[sunting | sunting sumber]

Pelbagai sayur digunakan untuk pembalut seperti daun salad, kubis, daun kacang dan daun labu yang digunakan sama ada mentah ibarat ulaman atau dicelur. Rumpai laut seperti miyeok (rumpai mustard laut) dan gim (rumpair merah kering) juga digunakan. Ssam juga boleh merujuk kepada lidah lembu, daging babi, kima, atau gamat yang dibalut dan dimasak di dalam telur.[1]

Mengikut bahan[sunting | sunting sumber]

  • Bossam: dengan babi kukus dan popular di seluruh Korea.[6][7]
  • Ssambap: menggunakan nasi sebagai sebahagian inti.[8]

Mengikut jenis balutan[sunting | sunting sumber]

Jenis khusus:[9]

  • Gim ssam (김쌈), dibalut dengan gim, rumpai laut[10]
  • Sangchu ssam (상추쌈), dibalut dengan daun salad
  • Baechu ssam (배추쌈), dibalut dengan daun kobis napa
  • Kkaenip ssam (깻잎쌈), dibalut dengan daun perila[11]
  • Chwi ssam (취쌈), dibalut dengan chwinamul
  • Hobakip ssam (호박잎쌈), dibalut dengan daun labu[12]
  • Kimchi ssam (김치쌈), dibalut dengan kimchi
  • Jeonbok ssam (전복쌈), dibalut dengan abalon kering yang direndam dan dihiris
  • Muneo ssam (문어쌈), dibalut dengan hirisan kurita
  • Po'ssam (포쌈), dibalut dengan lembu mentah yang diawet
  • Gotgam ssam (곶감쌈), dibalut dengan pisang kaki kering
  • Milssam (밀쌈), dibalut dengan lempeng nipis dari tepung gandum
  • Eossam (어쌈), dibalut dengan filet ikan nipis

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c 쌈 (Ssam) Encyclopedia of Korean Culture (Korea)
  2. ^ "Customs". Korea Tourism Organization. Dicapai pada 2013-04-05. 
  3. ^ "How Make Ssam Bap (Korean Lettuce Wraps)". About.com. 
  4. ^ (Korea) Restaurant opens in Sapporo, Financial News, 2006-06-16. Retrieved 2010-06-23
  5. ^ Momofuku Ssam, Columbia Daily Tribune, 2010-06-23
  6. ^ "Bossam's continuous popularity" Money & Business. 12 May 2010. Retrieved 2010-06-23 (Korea)
  7. ^ Jung, Alex "5 Korean ways to eat a pig" CNN Go. 11 November 2011. Retrieved 2012-04-11
  8. ^ (Korea) "Korean dictionary:Ssambap" National Institute of the Korean Language (Korea)
  9. ^ "쌈 (Ssam)" (dalam bahasa Korean). Doosan Encyclopedia. 
  10. ^ 김쌈 (dalam bahasa Korean). Naver Dictionary. Dicapai pada 2013-04-05. 
  11. ^ 깻잎쌈 (dalam bahasa Korean). Naver Dictionary. Dicapai pada 2013-04-05. 
  12. ^ 호박잎쌈 (dalam bahasa Korean). Naver Dictionary. Dicapai pada 2013-04-05. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]