Kampung Malima

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malima
Kampung Malima is located in Bumi
Kampung Malima
Kampung Malima (Bumi)
Koordinat: 5°12′01″N 116°20′37″E / 5.20030535°N 116.34352753°E / 5.20030535; 116.34352753Koordinat: 5°12′01″N 116°20′37″E / 5.20030535°N 116.34352753°E / 5.20030535; 116.34352753
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPedalaman
DaerahKeningau
Daerah KecilSook
MukimTulid
Pentadbiran
 • Ketua kampungSakim Lakiman
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tiada

Kampung Malima ialah sebuah kampung yang terletak dalam Bahagian Pedalaman yakni di Daerah Kecil Sook, negeri Sabah, Malaysia.[1] Ia merupakan salah sebuah kampung di bawah Mukim Tulid. Jumlah penduduk yang menetap di petempatan ini ialah seramai 450 orang serta jumlah rumah yang terdapat pula ialah sebanyak 48 buah.[2]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Dari segi pendidikan, Kampung Malima mempunyai sebuah sekolah rendah sahaja yang diberi nama berdasarkan nama kampung ini, Sekolah Kebangsaan Malima. Sekolah ini mempunyai jumlah pelajar seramai 135 orang pada tahun 2020.[3] Kampung Malima juga mempunyai sebuah masjid, Masjid Al-Muhajirin Kampung Malima yang digunakan sebagai pusat beribadah bagi masyarakat beragama Islam di kawasan sekitar.[4] Selain itu juga, ia juga mempunyai sebuah dewan serbaguna. Ia dibina pada tahun 2015 dan siap pada tahun tersebut. Segala acara/majlis akan diadakan di dewan tersebut. Tambahan pula, ia juga mempunyai bekalan elektrik yang diuruskan oleh Sabah Electricity manakala bekalan air diuruskan oleh Jabatan Air Sook. Di Kampung Malima juga terdapat Pusat Internet 1Malaysia dan sebuah padang untuk kegunaan setempat.[5]

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Ekonomi utama di Kampung Malima ialah pertanian. Kampung Malima kaya akan tanaman kelapa sawit, getah, keladi dan pisang. Kebanyakkannya penduduk berkerja sendiri seperti memotong getah dan menanam kelapa sawit.[6]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kampung Malima mempunyai seorang ketua kampung yang bertanggungjawab menjaga keselamatan serta ketenteraman penduduk setempat di setiap kawasan kampung. Pemegang jawatan bagi ketua kampung ialah Sakim Lakiman.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia (2015). "Gazetir Negeri Sabah Negeri Dibawah Bayu" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-23. Dicapai pada 29 Mei 2021.
  2. ^ Pejabat Daerah Kecil Sook. "Senarai Mukim serta Kampung di Daerah Kecil Sook, Sabah, Malaysia". www.sabah.gov.my/pdks. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-17. Dicapai pada 4 Jun 2021.
  3. ^ Kementerian Pendidikan Malaysia (10 Julai 2020). "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia". moe.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 10 Februari 2021.CS1 maint: date and year (link) (Data sekolah pada 30 Jun 2020)
  4. ^ "Sook village holds Maal Hijrah celebration" (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post. 2 Oktober 2017.
  5. ^ "Kemudahan Awam yang tersedia di Kampung Malima". celcom1cbc.com/malima. Pusat Internet 1Malaysia Kampung Malima. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-24. Dicapai pada 24 Jun 2021.
  6. ^ a b "Maklumat Setempat Kampung Malima". celcom1cbc.com/malima. Pusat Internet 1Malaysia Kampung Malima. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-24. Dicapai pada 24 Jun 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]