TV9: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Master2841 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Cassiopeta7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 15: Baris 15:


Pada Januari 2005, ''Channel 9'' mengumumkan pemberhentian operasinya pada [[1 Februari]] [[2005]] untuk tujuan penyusunan semula kredit dan korporat. Setelah dibeli oleh Media Prima, syarikat media terbesar di Malaysia, ''Channel 9'' dinamakan TV9 dan Bukhari Che Muda dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasinya yang baru.
Pada Januari 2005, ''Channel 9'' mengumumkan pemberhentian operasinya pada [[1 Februari]] [[2005]] untuk tujuan penyusunan semula kredit dan korporat. Setelah dibeli oleh Media Prima, syarikat media terbesar di Malaysia, ''Channel 9'' dinamakan TV9 dan Bukhari Che Muda dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasinya yang baru.

Mulai [[28 Disember]] 2006, pelanggan [[Astro]] boleh mmenonton TV9 menerusi saluran 22.


==Program TV9==
==Program TV9==

Semakan pada 14:10, 26 Disember 2006

Fail:Logo tv9.jpg
Logo TV 9 yang baru.
Logo Saluran 9, iaitu Logo TV 9 yang lama sebelum menyertai Media Prima.

TV9 ialah sebuah stesen televisyen swasta di Malaysia yang memberi fokus kepada penonton Melayu, remaja dan kanak-kanak daripada semua golongan. Rancangannya terdiri daripada unsur-unsur maklumat, hiburan dan pendidikan. Saluran TV percuma ini dimiliki sepenuhnya oleh Media Prima Berhad.

Sejarah

TV9 yang bermula sebagai Channel 9 beroperasi pada September 2003. Ia memfokuskan program berbahasa Cina, Inggeris dan Indonesia dan juga program tempatan. Slot untuk program berbahasa Cina disiarkan dari jam 3:30 petang hingga 8:00 malam.

Program Melayu pula mengambil alih siaran dari 8:00 malam hingga 9:30 malam. Ini diikuti dengan program berbahasa Inggeris yang bersiaran dari 9:30 malam hingga 12:00 tengah malam. Kemudian, pada Mei 2004, Anaza Sdn Bhd, pemilik THR.fm, mengawal hak milik majoriti daripada Medanmas Sdn Bhd. Rentetan daripada itu, Channel 9 melancarkan cogan katanya, "Malaysia...lah!", pada Jun 2004.

Pada masa itu, slot "Hindi Power" untuk program Hindi dan "Raaga" untuk program Tamil diperkenalkan. Ia disiarkan setiap hari dari jam 4:00 petang hingga 6:00 untuk program Hindi, manakala program Tamil ke udara dari jam 6:00 petang hingga 8:00 malam. "Gegar", slot untuk program Melayu pula disiarkan pada waktu perdana setiap hari, iaitu selepas siaran berita pada jam 8:00 malam.

Program bahasa cina pula disiarkan pada jam 10:00 malam sehinnga 12:30 malam setiap Isnin hingga Khamis dibawah slot "Zhong Hua Shi Jie". Program berbahasa Inggeris hanya disiarkan pada hari Sabtu dan Ahad menerusi slot "Treats" dari jam 1:00 petang hingga 4:00 petang.

Pada Januari 2005, Channel 9 mengumumkan pemberhentian operasinya pada 1 Februari 2005 untuk tujuan penyusunan semula kredit dan korporat. Setelah dibeli oleh Media Prima, syarikat media terbesar di Malaysia, Channel 9 dinamakan TV9 dan Bukhari Che Muda dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasinya yang baru.

Mulai 28 Disember 2006, pelanggan Astro boleh mmenonton TV9 menerusi saluran 22.

Program TV9

Pesanan perpisahan TV9.

TV9 memulakan siaran percubaannya pada 1 April 2006 dan operasi sepenuhnya bermula pada 22 April 2006 meliputi seluruh Semenanjung Malaysia. Cogan katanya yang baru ialah "Dekat Di Hati". Kali ini, TV9 memfokuskan programnya kepada penonton berbahasa Melayu tradisional. Walaupun rancangannya menumpukan kepada kaum Melayu, bangsa-bangsa yang lain tidak diketepikan. Siaran TV9 juga menyiarkan program Cina, Korea, Jepun, dan juga India setiap minggu.

Program bahasa Inggeris seperti Crocodile Hunter, Mutant X, Band Of Brothers, dan Guiness World Records juga disiarkan. Kanak-kanak akan dihiburkan dari pukul 3:00 petang hingga 6:00 petang setiap hari dengan kartun Nickelodeon yang dialih suara dalam bahasa Melayu.Kartun-kartun tersebut adalah seperti Spongebob Squarepants, Hey Arnold, Chalkzone, Catdog, Blues's Clues, dan banyak lagi.

Selain itu anime dari Jepun juga ditayanglan seperti Beyblade, Cardcaptor Sakura, Dragonball danMirmo Zibang.

Kini, TV9 menyiarkan Edisi 7, berita bahasa Melayu pada pukul 8:00 petang, dengan ehsan NTV7, sementara menunggu kelulusan daripada Kerajaan Malaysia untuk menyiarkan berita sendiri. TV9 juga menonjolkan perkhidmatan TV Interaktif yang bermain video muzik dan pada waktu yang sama, penonton-penonton boleh bersembang melalui SMS dari pukul 11:00 pagi hingga 2:30 petang dan juga dari 12:00 tengah malam hingga 1:00 pagi.

Penyiaran harian bermula dari 11:00 pagi sehingga 1:00 pagi, sedangkan penyiaran rasmi bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 12:00 tengah malam.

Bermula Disember 28 2006, TV9 akan dipancarkan melalui saluran 22 Astro.

Rancangan

Lihat juga

Pautan luar