Berita RTM: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Chew Yan Heng (bincang | sumb.)
Palsu! Siapa tulis edit dalam TV MALAYSIA, nak marah sekarang, terima kasih!
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 53: Baris 53:
| embed_header =
| embed_header =
| embedded =
| embedded =
}}
|online_serv_2=R@ven|online_chan_2=TV MALAYSIA}}

'''Berita RTM''' ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh [[Radio Televisyen Malaysia]] (RTM).<ref name="Berita RTM">{{cite web |url=https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/06/704231/saluran-berita-rtm-dilancar|title=Saluran Berita RTM dilancar |author=Zaidi Mohamad|publisher=[[Berita Harian]]|date=25 Jun 2020|accessdate=26 Jun 2020}}</ref> Menggunakan slogan 'Yang Sahih di Berita RTM' dan stesen ini majlis pelancaran rasmi sepenuhnya bermula umum secara nasional sebagai [[stesen televisyen|stesen televisyen terestrial kerajaan]] [[televisyen digital di Malaysia|digital bersiaran percuma nasional]] selama 24 jam pertama di Malaysia yang dipancarkan dalam [[definisi tinggi]] (HD) pada 25 Jun 2020 memulakan siaran rasmi dengan rancangan '''Siaran Langsung Majlis Rasmi Pelancaran Berita RTM''' mula tepat sejak sekitar jam 7:45 malam hingga 7:59:59 malam [[Waktu Piawai Malaysia]] dalam masa 15 minit sehingga pelancaran rasmi ini rancangan pertama yang disiarkan adalah '''Siaran Langsung Berita Perdana''' mula tepat sejak sekitar jam 8:00 malam hingga 9:00 malam [[Waktu Piawai Malaysia]] dalam masa 1 jam dan bersiaran menerusi [[MYTV Broadcasting|myFreeview]] saluran 123.<ref>{{cite web|url=http://kopipanas.rtm.gov.my/majlis-pelancaran-saluran-berita-rtm/|title=Majlis Pelancaran Saluran Berita RTM|agency=Radio Televisyen Malaysia|date=25 Jun 2020}}</ref><ref>{{cite web |url=https://www.hmetro.com.my/rap/2020/06/593588/saluran-berita-rtm-lebih-kompetitif|title=Saluran berita RTM lebih kompetitif|author=Syafil Syazwan Jefri|publisher=[[Harian Metro]]|date=25 Jun 2020|accessdate=26 Jun 2020}}</ref> Ia menyiarkan berita khusus merangkumi hal ehwal semasa dan bual bicara yang dipancarkan dalam [[definisi tinggi]] (HD). Majlis pelancaran Berita RTM dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, [[Saifuddin Abdullah]]<ref>{{cite web|url=https://www.theedgemarkets.com/article/saifuddin-launches-new-tv-channel-saluran-berita-rtm|title=Saifuddin launches new TV channel 'Saluran Berita RTM'|publisher=The Edge Markets|date=26 Jun 2020|accessdate=26 Jun 2020|archive-date=2020-06-26|archive-url=https://web.archive.org/web/20200626031549/https://www.theedgemarkets.com/article/saifuddin-launches-new-tv-channel-saluran-berita-rtm|url-status=dead}}</ref> sebagai sebahagian daripada inisiatif [[Putrajaya]] untuk menentang apa yang disebut "[[berita palsu]]".<ref>{{cite web |url=https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/06/25/saifuddin-launches-rtms-own-24-hour-news-channel-aimed-to-combatting-fake-n/1878887|title=Saifuddin launches RTM’s own 24-hour news channel, aimed at combatting ‘fake news’|author=Jerry Choong|publisher=[[The Malay Mail]]|date=25 Jun 2020|accessdate=26 Jun 2020}}</ref><ref>{{cite web |url=https://newmalaysiatimes.com/2020/06/26/saifuddin-launches-new-tv-channel-saluran-berita-rtm/|title=Saifuddin launches new TV channel Saluran Berita RTM|publisher=New Malaysia Times|date=26 Jun 2020|accessdate=26 Jun 2020}}</ref> Ini juga bagi melihatkan Malaysia juga mampu berdaya saing dalam produk berita seperti [[Perbadanan Penyiaran British|Berita Perbadanan Penyiaran British]] iaitu [[BBC News]]. Berita RTM utamanya ialah di Wisma Berita, [[Angkasapuri]], [[Kuala Lumpur]]. Berita RTM boleh ditonton di seluruh negara melalui terestrial percuma [[MYTV Broadcasting|myFreeview]] di saluran 123.

Semakan pada 03:09, 20 Oktober 2021

Fail:Berita RTM.png
SloganYang Sahih di Berita RTM
Ketersediaan
Terestrial
Malaysia myFreeviewSaluran 123 (HD)
Media penstriman
RTMKlikTonton secara langsung

Berita RTM ialah saluran televisyen percuma Malaysia yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).[1] Menggunakan slogan 'Yang Sahih di Berita RTM' dan stesen ini majlis pelancaran rasmi sepenuhnya bermula umum secara nasional sebagai stesen televisyen terestrial kerajaan digital bersiaran percuma nasional selama 24 jam pertama di Malaysia yang dipancarkan dalam definisi tinggi (HD) pada 25 Jun 2020 memulakan siaran rasmi dengan rancangan Siaran Langsung Majlis Rasmi Pelancaran Berita RTM mula tepat sejak sekitar jam 7:45 malam hingga 7:59:59 malam Waktu Piawai Malaysia dalam masa 15 minit sehingga pelancaran rasmi ini rancangan pertama yang disiarkan adalah Siaran Langsung Berita Perdana mula tepat sejak sekitar jam 8:00 malam hingga 9:00 malam Waktu Piawai Malaysia dalam masa 1 jam dan bersiaran menerusi myFreeview saluran 123.[2][3] Ia menyiarkan berita khusus merangkumi hal ehwal semasa dan bual bicara yang dipancarkan dalam definisi tinggi (HD). Majlis pelancaran Berita RTM dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah[4] sebagai sebahagian daripada inisiatif Putrajaya untuk menentang apa yang disebut "berita palsu".[5][6] Ini juga bagi melihatkan Malaysia juga mampu berdaya saing dalam produk berita seperti Berita Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC News. Berita RTM utamanya ialah di Wisma Berita, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Berita RTM boleh ditonton di seluruh negara melalui terestrial percuma myFreeview di saluran 123.

Kandungan rancangan

Berita RTM memberi fokus kepada berita dan rancangan berkaitan berita yang bersiaran 24 jam sehari meliputi 8 bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Kadazan, Dusun, Bajau, (Sabah) dan Iban (Sarawak). Saluran itu menawarkan 25 slot berita setiap hari, 12 bicarawara seminggu, lima hari berita perniagaan dan dua program majalah seminggu yang menyumbang kepada pemerkayaan minda masyarakat dengan pelbagai maklumat. Berita RTM juga membolehkan penonton menyaksikan siaran berita radio pelbagai bahasa selain siaran langsung dari konti-konti radio RTM di seluruh negara yang turut membicarakan isu-isu khusus berkaitan di peringkat negeri.[7] Di samping itu, ia juga menampilkan rancangan Pastikan Sahih yang disiarkan pada jam 6.30 petang dari Isnin hingga Jumaat, sebuah rancangan yang didedikasikan untuk membanteras berita palsu tular.[8][9]

Rancangan Tambahan

Bual bicara

  • Bicara DR (Tayangan serentak di TV1).
  • Bicara Naratif (Tayangan serentak di TV1).
  • Bicara Pengguna
  • Pesona XY (Tayangan serentak di TV1).
  • Selamat Pagi Malaysia (Tayangan serentak di TV1).

Bual bicara niaga

  • Biz Malaysia (Tayangan serentak di TV1).

Rancangan khas

  • Bicara Khas (Tayangan serentak di TV1).
  • Hari Kebangsaan Malaysia (Secara langsung dan tayangan serentak bersama TV1).
  • Perutusan Khas bersama Y.A.B Perdana Menteri.

Sidang Media

  • Sidang Media bersama YBhg Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah & Menteri Kesihatan.
  • Sidang Media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
  • Sidang Media bersama Menteri Kanan Pendidikan.
  • Sidang Media bersama Menteri Kanan Pertahanan.
  • Sidang media bersama Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Parlimen

  • Langsung Dari Parlimen (Tayangan serentak di TV1).

Jenis berita Berbahasa Melayu/Inggeris

Pada hari-hari biasa berita-berita dalam stesen televisyen ini akan bersiaran satu jam secara maksimum atau setengah jam. Namun, berita berbahasa Inggeris bersiaran selama setengah jam. Kesemua berita ini disiarkan di Saluran Berita RTM dan juga di TV1, TV2 dan OKEY.

Berita Pagi (TV1, OKEY dan Berita RTM)

Berita Pagi merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 7:00 pagi. Siaran berita ini merupakan siaran berita yang pertama keudara bagi pada setiap hari. Kebanyakkan beritanya berkisar mengenai kejadian dan isu atau berita-berita yang telah berlaku pada hari sebelumnya. Mulai tahun 2020, ia dibahagikan kepada Siaran Langsung Berita Pagi Semenanjung (30 minit), Sabah dan Sarawak (masing-masing 15 minit). Ia dikenali sebagai Nasional 7 sebelum tahun 2020.

Berita Pagi Sabah (OKEY dan Berita RTM)

Berita Pagi Sabah merupakan sebuah rancangan berbentuk berita dari Sabah yang ke udara sekali sahaja yang disiarkan pada jam 7:30 pagi setiap hari.

Berita Pagi Sarawak (OKEY dan Berita RTM)

Berita Pagi Sarawak merupakan sebuah rancangan berbentuk berita dari Sarawak yang ke udara sekali sahaja yang disiarkan pada jam 7:45 pagi setiap hari.

Conty News (Berita RTM)

Conty News atau Nama dalam Bahasa Melayunya ialah Berita Radio Bervisual merupakan sebuah rancangan berbentuk berita radio yang bersiaran dari Angkasapuri RTM Kuala Lumpur yang disiarkan pada jam 10:00 pagi dan 11:00 pagi setiap hari selama 5 minit. Ia menyiarkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini, hiburan. Berita Radio Bervisual juga ialah satu-satunya rancangan berita di Malaysia yang yang asalnya boleh didengari di Radio RTM tetapi dengan teknologi terkini membolehkan ia divisualkan dan bersiaran di TV RTM. Berita Radio Bervisual ini mula bersiaran pada Mei 2019.

Updates@Noon (TV2 dan Berita RTM)

Updates@Noon merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 12:30 tengah hari. Siaran berita ini merupakan siaran berita berbahasa Inggeris yang pertama yang ke-udara. Kebanyakan beritanya berkisar mengenai kejadian dan isu atau berita-berita mengenai hal ehwal semasa, politik, ekonomi, sukan dan luar negara.

Berita Semasa 12 (TV1)

Berita Semasa 12 merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 12 tengah hari setiap Sabtu hingga Khamis dan cuma bersiaran di TV1 sahaja. Ia memaparkan berita-berita semasa yang dikemaskini dari semasa ke semasa dari dalam negara sahaja.

Berita Terkini (TV1 dan Berita RTM)

Berita Tengah Hari (TV1 dan Berita RTM)

Berita Tengah Hari merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan selama setengah jam bermula jam 1 tengah hari pada setiap hari melainkan hari jumaat yang bersiaran jam 12 tengah hari untuk memberi laluan kepada solat Jumaat dan cuma bersiaran di TV1 sahaja. Ia dikenali sebagai Nasional 1 dan Nasional 12 sebelum tahun 2020.

Berita Semasa 3 dan 4 (TV1 dan Berita RTM)

Berita Semasa 3 dan 4 merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 3 petang dan 4 petang setiap hari. Ia memaparkan berita-berita semasa yang dikemaskini dari semasa ke semasa dari dalam negara sahaja. Berita Semasa 3 dan 4 pernah dikenali sebagai "Semasa 3 (S3) dan Semasa 4 (S4)" pada tahun-tahun yang lalu.

Berita Wilayah (TV1 dan Berita RTM)

Berita Wilayah merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 5:00 petang setiap hari. Ia memaparkan berita-berita yang berkaitan dengan berita-berita tempatan dari negeri-negeri di Malaysia. Ia dikenali sebagai Warta Negeri dan Nasional 5 sebelum tahun 2020.

Berita Perdana (TV1 dan Berita RTM)

Berita Perdana merupakan sebuah rancangan berbentuk berita waktu perdana yang disiarkan pada jam 8:00 malam hingga 9:00 malam setiap hari dalam masa 1 jam. Ia memaparkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, meteorologi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini, hiburan (terdiri daripada segmen hashtag (#) dan B-Diva). Berita Perdana juga ialah satu-satunya rancangan berita di Malaysia dengan terjemahan melalui seorang penyampai Bahasa Isyarat Malaysia terletak di bawah kanan skrin televisyen. Berita Perdana pernah dikenali sebagai "Warta Perdana" dari tahun 2004 hingga tahun 2008, "Berita Nasional" dari tahun 2009 hingga 2014 dan "Nasional 8" dari tahun 2014 hingga 2019. ''Edisi Sukan'' baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2021 yang bermula pada 1 April 2021.

News@10 (Berita RTM)

News@10 merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang berbahasa Inggeris yang kedua dan cuma bersiaran di Berita RTM pada jam 10:00 malam. Ia menyiarkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini, hiburan. Berita ini pernah dikenali sebagai News@2 sebelum 25 Jun 2020.

Berita Parlimen (TV1 dan Berita RTM)

Berita Parlimen merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 10:30 malam setiap hari Isnin hingga Khamis. Ia memaparkan berita-berita dari sesi pembahasan usul dan Rang Undang-Undang (RUU) di Parlimen, sesi soal jawab lisan, sesi perbentangan belanjawan bagi setiap tahun dan sesi pembahasan. Berita Parlimen baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2020 yang bermula pada 13 Julai 2020.

Berita Dunia (TV1 dan Berita RTM)

Berita Dunia merupakan rancangan berbentuk siaran berita perkembangan luar negara yang disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 11 malam. Ia memaparkan berita-berita peperangan, pergolakan, bencana, isu semasa, ekonomi, hiburan dan juga sukan. Ia dikenali sebagai Dunia Hari Ini dan BES Dunia sebelum tahun 2020.

Berita Tengah Malam (TV1 dan Berita RTM)

Berita Tengah Malam merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan selama setengah jam bermula jam 12 tengah malam. Siaran berita ini merupakan siaran berita yang terakhir keudara pada setiap hari. Ia dikenali sebagai Nasional 12 sebelum tahun 2020.

Jenis berita Berbahasa lain

Berita Mandarin (TV2 dan Berita RTM)

Berita Mandarin merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Mandarin yang disiarkan dua kali iaitu pada jam 12:00 tengah hari dan jam 7:00 malam setiap hari. Seperti nama Berita Mandarin (华语新闻 Hua Yu Xin Wen), ia memaparkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini dan hiburan.

Berita Tamil (TV2 dan Berita RTM)

Berita Tamil merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa tamil yang ke udara sekali sahaja yang disiarkan pada jam 7:30 malam setiap hari. Seperti nama Berita Tamil (தமிழ்ச் செய்திகள் Tamil Seithigal), ia memaparkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini dan hiburan.

i-Kadazan (OKEY dan Berita RTM)

i-Kadazan merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Kadazan yang ke udara sekali sahaja yang disiarkan pada jam 10:30 pagi setiap hari.

i-Iban (OKEY dan Berita RTM)

i-Iban merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Iban yang disiarkan dua kali iaitu pada jam 10:45 pagi dan jam 6:30 petang setiap hari

i-Bajau (OKEY dan Berita RTM)

i-Bajau merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Bajau yang ke udara sekali sahaja yang disiarkan pada jam 2:00 petang setiap hari.

i-Dusun (OKEY dan Berita RTM)

i-Dusun merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Dusun yang ke udara sekali sahaja yang disiarkan pada jam 6:45 petang setiap hari.

Rujukan

  1. ^ Zaidi Mohamad (25 Jun 2020). "Saluran Berita RTM dilancar". Berita Harian. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  2. ^ "Majlis Pelancaran Saluran Berita RTM". Radio Televisyen Malaysia. 25 Jun 2020.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (25 Jun 2020). "Saluran berita RTM lebih kompetitif". Harian Metro. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  4. ^ "Saifuddin launches new TV channel 'Saluran Berita RTM'". The Edge Markets. 26 Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-26. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  5. ^ Jerry Choong (25 Jun 2020). "Saifuddin launches RTM's own 24-hour news channel, aimed at combatting 'fake news'". The Malay Mail. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  6. ^ "Saifuddin launches new TV channel Saluran Berita RTM". New Malaysia Times. 26 Jun 2020. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  7. ^ "Saluran berita RTM dilancar, tangani berita palsu". ProjekMM. 26 Jun 2020. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  8. ^ Tahir Alhamzah (26 Jun 2020). "#Showbiz: RTM's brand new news channel to quash fake news". New Straits Times. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  9. ^ "Saluran Berita RTM dilancar, medium tambahan perangi berita palsu". Astro Awani. 26 Jun 2020. Dicapai pada 26 Jun 2020.

Pautan luar