Lu Pikir La, Nabil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Lu Pikir La, Nabil!)
Lu Pikir La, Nabil
GenreKomedi
Format1080i
PenciptaNabil Ahmad
Dibangunkan oleh
Ed-Online Technologies
dan ASTRO
Ditulis olehNabil Ahmad
Ila Maarof
PengarahNabil Ahmad
Amin Daud (Pengarah Seni)
Syukur Majid (Pengarah Animasi)
Pelakon suara
Nabil Ahmad,
Didi,
Azizi,
Khairul,
Hakeem,
Nora
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu Negeri Sembilan
(Dialek Negeri Sembilan)
Bilangan musim1
Bilangan episod4
Penerbitan
Penerbit eksekutifSyazly Sharkawi
Sim Yao Low
PenerbitTan Chiang Loong
PenyuntingElok
Tempoh siaran4 min/episod
Penyiaran
Saluran asalMusim 1
Astro Ceria
Astro Prima
Musim 2
Astro Warna
Julung kali ditayangkan di
Malaysia
Siaran asal14 Oktober 2021
Statusmasih berjalan
Pautan luar
Tapak sesawang penerbitan

Lu Pikir La, Nabil! ialah siri animasi pendek Malaysia yang dicipta oleh Nabil Ahmad, dan diterbitkan oleh Ed-Online Technologies Sdn Bhd dan ASTRO. Siri ini mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Nabil yang penuh dengan angan-angan, kisah persahabatan, serta kekalutan perangai orang kampung. Ia diterbitkan di saluran YouTube MeleTOP. Konsep animasi ini mengambil latar belakang kampung Nabil iaitu Kampung Kayu Ara, Mambau, Negeri Sembilan. Ia turut mengetengahkan dialek tempatan sebagai perantara dialog utama. Nama dan watak-watak di dalam siri animasi ini juga mengambil inspirasi dari kehidupan kanak-kanak Nabil.


Mulai Mac 2022, siri animasi ini boleh ditonton di saluran YouTube khas Lu Pikir La Nabil dengan kemunculan musim ke dua, dan watak-watak baharu. Ia juga boleh ditonton di kaca TV mulai 12 Mac ini pada setiap Sabtu 3 petang di Astro Ceria & Setiap Ahad jam 3 petang di Astro Prima.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Nabil, seorang kanak-kanak yang penuh dengan angan-angan menempuhi kehidupan sehariannya bersama keluarga, rakan-rakan dan kekalutan orang kampungnya.

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Nabil

Seorang kanak-kanak yang cergas dan bersemangat. Beliau ingin menjadi adiwira demi membantu orang kampungnya.

Fahmi

Sabahat karib Nabil, sentiasa bermain bersama Nabil

Mok

Sabahat karib Nabil, sentiasa bermain bersama Nabil

Mak

Ibu kepada Nabil. Seorang ibu yang penyayang, dan gemar bertutur Bahasa Inggeris di rumahnya. Beliau merupakan Guru Bahasa Inggeris di tadika

Abah

Ayah kepada Nabil. Adakalanya beliau geram dengan perangai dan kerenah Nabil

Pak Abu

Sahabat kepada ayah Nabil. Beliau dalam diam meminati Makcik Senah

Cik Ambros

Ketua Kampung yang sentiasa curi tulang


Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Siri animasi ini diterbitkan oleh Ed-Online Technologies Sdn Bhd dan ASTRO. Ia ditayangkan melalui platform media sosial saluran MeleTOP di YouTube. Penonton boleh menonton animasi ini di pautan https://www.youtube.com/c/astromeletop/.

Episod[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai episod yang telah diterbitkan.

Senarai Episod
Episod Tajuk Tarikh Tayangan Sinopsis
001 Superhero Kampung 14 Oktober 2021 Nabil amat meminati watak adiwira Spiderman. Beliau bertindak menjadi Spenda-man sehingga menimbulkan huru hara di rumahnya.
002 Misi Mencari Labah-labah 21 Oktober 2021 Nabil meneruskan impiannya untuk menjadi Spiderman demi menolong orang. Beliau bersama Fahmi dan Mok berusaha mencari labah-labah dengan harapan dapat menjadi Spiderman sebenar. Pelbagai rintangan dan dugaan dihadapi, dan akhirnya Fahmi mencadangkan cara lain untuk menolong orang.
003 Serahkan Jawatan 28 Oktober 2021 Cik Ambros Ketua Kampung terlalu banyak kerja sehingga mengabaikan urusan pembaikan masjid. Nabil, Fahmi dan Mok mengikuti Cik Ambros sepanjang hari untuk mengetahui aktiviti seharian beliau.
004 Dikejar Hantu 4 November 2021 Makcik Senah meminta Pak Abu dan ayah Nabil agar membantu mencarikan anaknya Leman, pemuda yang berperangan kebudak-budakan. Pak Abu yang menyimpan hati dengan Makcik Senah berusaha mencari Leman namun usaha mereka gagal setelah dikejar hantu. Nabil, Fahmi dan Mok berjaya membongkar siapakah hantu yang menakutkan orang kampung.
001 Piah Baliklah... 7 April 2022 Cik Ambros Sedih. Tapi Cari Dulu. Ini Cari Lagi, Tengok Kucing, Nabil Dapat Kucing, Tengok Lagi. Piah Lagi & Pergi Cik Ambros. Ini Baru Kawan

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Penonton animasi ini memberikan reaksi positif. Terhibur, best dan kelakar antara komen yang diberikan terhadap animasi ini. Malah ada yang menyatakan ianya mengingatkan memori penonton kartun 90an suatu ketika dahulu[1]. Reaksi ini memberikan gambaran bahawa animasi ini mempunya potensi yang tinggi untuk dibangunkan dengan skala yang lebih besar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

https://gempak.com/berita-terkini/macam-tengok-kartun-petangpetang-duludulu-netizen-puji-nabil-ahmad-lahirkan-animasi-lu-pikir-la-nabil-67522

https://bm.syok.my/lokal/terbaru-nabil-ahmad-tampil-dengan-siri-animasi-lu-

https://www.mediahiburan.my/menceritakan-kembali-zaman-kanak-kanak-dalam-siri-animasi-nabil-ahmad-tampilkan-lu-pikir-la-nabil/

https://www.astroawani.com/video-malaysia/lu-fikir-la-nabil-guna-nama-dan-watak-sebenar-1932441

https://era.je/interaktif/gosip-mossip-mak-jemah-gmmj/nabil-ahmad-hasil-karya-animasi-lu-pikir-la-nabil

https://www.keluarga.my/nabil-berkongsi-kisah-kanak-kanaknya-dalam-animasi-lu-pikir-la-nabil-rugi-tak-tengok-memang-best/