Pusat Kandungan Kreatif Animasi Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pusat Kandungan Kreatif Animasi Malaysia (Bahasa Inggeris:Malaysia Animation Creative Content Center) (MAC3) ditubuhkan di bawah inisiatif Koridor Raya Multimedia (MSC). Agensi ini ditubuhkan bagi menggalakkan lagi pembangunan kandungan kreatif di Malaysia.

Bagi menyokong dan memangkinkan pertumbuhan industri kreatif Malaysia, MAC3 telah merancang pelbagai program khusus dalam bidang ini.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

MAC3 telah menyediakan kemudahan rendering yang terletak di Cyberjaya sejak April 2010.[1] Kemudahan ini disediakan bagi menyokong penerbitan kandungan definisi tinggi, berkualiti tinggi dan stereoskopik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rendering Facility, MAC3, Laman Web Rasmi MSC Malaysia.