Mustang Mama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Mustang Mama ialah tajuk bagi sebuah siri animasi yang dihasilkan oleh Inspidea, sebuah studio animasi Malaysia, serta juga watak utama siri tersebut. Siri ini menceritakan watak utamanya yang merupakan seorang wanita tua yang berjiwa muda, dna tinggal bersama seorang cucu lelaki dan seekor lembu peliharaan. Mustang Mama pernah muncul dalam kaca TV Malaysia melalui siri episod pendek bertajuk Mustang Mama Football Fever sempena Piala Dunia FIFA 2006.

Watak[sunting | sunting sumber]

Mustang Mama
Wanita yang berusia sangat tua tetapi bersifat muda dalam hatinya. Penggemar corak polka ini sering ingin melakukan apa sahaja yang sepatutnya dilakukannya sewaktu mudanya. Mengikut profil yang diberi dalam laman web rasmi, Mustang Mama tidak ingat sama ada dia pernah bersuami atau tidak, tetapi sekurang-kurangnya dia mempunyai seorang cucu.
Toby
Satu-satunya cucu lelaki Mustang Mama yang dikenali, dan merupakan seorang kanak-kanak yang suka beriang. Umurnya juga tidak dikenal pasti; Mustang Mama tidak pernah memberitahu usianya kepada cucunya sendiri ini!
Silly Sally
Lembu peliharaan Mustang Mama dan Toby yang berkelakuan seperti anjing. Meskipun spesisnya dikenali sebagai penghasil susu, Sally alah terhadap laktosa (yang terdapat dalam susu lembu)!
Lila
Jiran dan musuh tradisi Mustang Mama yang bersikapbusuk hati dan kurang bersabar. Dia sentiasa mengehendaki segala permintaannya ditunaikan.
Tanaka
Lelaki berketurunan Jepun yang menjadi perhatian ramai wanita, termasuk Mustang Mama dan Lila. Dia dikatakan mempunyai berbagai-bagai bakatnya.

Mustang Mama Football Fever[sunting | sunting sumber]

Mustang Mama Football Fever ialah siri kartun yang setiap episodnya selama dua minit. Siri ini disiarkan pada slot kanak-kanak dan perantaraan siaran perlawanan bola di ntv7 sewaktu musim Piala Dunia FIFA 2006. Siri ini juga diulang tayang pada akhir tahun 2006/awal tahun 2007.

Mustang Mama Football Fever juga disiarkan di luar Malaysia, misalnya di saluran Cartoon Network di Jepun[1] dan MBC3 di Timur Tengah.[2] Selain itu, satu episod aniamsi ini juga ditayangkan di Pesta Animasi Antarabangsa Tehran 2007.

Senarai episod[sunting | sunting sumber]

# Tajuk Sinopsis
1 Kicking Sally Haiwan tidak dibenarkan memasuki stadium bola sepak, maka terpaksalah Sally mencari idea untuk menyelinap masuk ke dalam arena.
2 A Shot Of Glory Mustang Mama dan Sally melakukan cubaan mencuri Piala Dunia.
3 Toby's Foot, Ball Toby dilatih rahsia-rahsia "foot"ball oleh Mustang Mama, lalu sedia menonjolkan kemaihran bolanya.
4 Lila's Sunday Shot Waktu rehat pagi Ahad yang dialami Lila bertukar menjadi mimpi ngeri bola.
5 The Sphere Syndrome Toby dan Sally ditukar menjadi zombi dan Mustang Mama hendak mencari puncanya.
6 Kiss Of Glory Ciuman Toby menjelikkan teman gadis, rakan sepasukan bola sepak dan penjaga gol.
7 Hot Shots Pancaran kamera Mustang Mama dijadikan senjata utama untuk menentang lawan bola Toby.
8 Do's And Knots Of Football Mustang Mama yang pelupa mendapat kaedah baru untuk emngingati kerja hariannya, dengan mngikat benang pada jari-jemarinya.
9 "Fan"Atic Bintang bola sepak kegemaran Mustang Mama tiba di bandar untuk satu perlawanan dan Mama cuba memastikan dirinya dapat menyaksikan bintang itu secara terus.
10 Good Old Game Mustang Mama sekeluarga bermain bola dalam latar zaman prasejarah.
11 Platoon Football Mustang Mama, Toby dan Lila dihantar ke kem asas bola sepak yang diselubungi bom, peluru dan ikan piranha.
12 Noisy Support Mustang Mama dan Lila bertarung untuk menguji sokongan siapa yang lebih kuat terhadap Tanaka - bintang yang digemari kedua-dua wanita itu.
13 Cracked-Up! Pandangan mata lalat merupakan apa yang diperlukan Mustang Mama untuk menewaskan lawannya.
14 Saturday Night Live Mustang Mama kecewa kerana tidak dapat tonton bola di kaca TV. Maka dia akan buat apa sahaja agar tidak terlepas siaran langsung perlawanan hari Sabtu.
15 Derby Game Permusuhan antara dua jiran zaman purba, iaitu Mustang Mama dan Lila, menjadi permainan yang kini dikenali sebagai bola sepak.
16 Fair Play Mustang Mama ingin sangat sebuah anak patung, yang hanya boleh diperoleh dengan melepasi bola dari penjaga gol yang bersaiz gergasi.
17 Made For The Kick Sally memerlukan sepasang kasut bola sepak agar boleh bermain bersama Mustang Mama dan Toby.
18 Goal! Everywhere Walau ke mana sahaja dia pergi, Lila gagal melepaskan dirinya daripada kegilaan bola.
19 Sudden Death Mustang Mama akhirnya berpeluang bermain bola dengan lawan yang tidak disangka - malaikat dan iblis.
20 Full House Mustang Mama mesti mendahului ribuan orang lain agar lebih mudah mendapat tiket ke stadium.
21 Ground Force Mustang Mama memerlukan sedikit bantuan daripada Sally dan Toby dengan "tendangan pisang"nya untuk menawan hati Tanaka.
22 Play On Mustang Mama bermain bola tanpa mengira keadaan cuaca, selebat mana hujan pun gagal mematahkan semangatnya.
23 Wishful Thinking Seekor jin menunaikan tiga hajat Mustang Mama, namun ketiga-tiga hajatnya itu tersalah tafsir oleh jin itu.
24 Kicking The Habit Mustang Mama gagal mengawal tabiat menonton bolanya, sungguhpun apabila tidur.
25 Pet Peeves Seekor koala terlepas dari lori pengangkut ke zoo lalu diambil oleh Mustang Mama sebagai haiwan peliharaan, mengakibatkan Sally menjadi iri hati.
26 Keepie Uppies Lila “berlumba” dengan Mustang Mama untuk menjadi pemegang rekod “keepie uppies” terbanyak.
27 Carried Away Mustang Mama dan Sally ditugaskan untuk membawa pemain yang cedera keluar dari padang, tetapi otak mereka turut melayang ke sana sini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]