Blindspot Studios

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Blindspot Studios Sdn Bhd (1138461W) merupakan sebuah syarikat produksi berstatus MSC dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dan bertapak di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Ia ditubuhkan pada 2013 oleh Lukman Nul Hakim Othman.

Logo BlindSpot Studios.png

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bermula pada 2013, Blindspot Studio memulakan operasi di sebuah unit komersil di GIATMARA Kota Raja, Seksyen 27 Shah Alam. Beberapa pelajar yang mengikuti kursus animasi yang ditawarkan oleh GIATMARA diserap masuk menyertai produksi ini. Pada permulaan, selain menghasilkan animasi 3D, Blindspot Studios turut menyediakan perkhidmatan rekaan grafik, laman web dan video motion graphics.

Blindspot Studios berpindah ke lot komersil Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam pada 2017 dan meneruskan operasi produksi disana.

Blindspot Studios
IndustriAnimasi
Ibu pejabatShah Alam, Selangor,
Tokoh penting
Lukman Nul Hakim Othman, Fairus Kamaruddin
KeluaranHarta Intelek & Animasi
JenamaAlif & Sofia
Output pengeluaran
Alif & Sofia (2019)
PerkhidmatanAnimasi

Produksi Animasi[sunting | sunting sumber]

Blindspot Studio menerokai industri animasi dengan menyertai Intellectual Property Creators’ Challenge (IPCC) anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) pada tahun 2013. Harta intelek yang dibangunkan di sebagai penyertaan IPCC ialah Food Dojo.

Pada 2015, Blindspot Studios membangunkan harta intelek seterusnya iaitu Tony Jet Skate

Pada 2016, Blindspot Studios menghasilkan beberapa siri animasi awal Alif & Sofia dan disiarkan di media sosial Facebook dan YouTube. Animasi awal ini memuatkan isi kandungan Islamik sebagai wadah didik hibur bagi kanak-kanak prasekolah. Ia mendapat sambutan hangat dikalangan ibu bapa dan anak-anak. Pelbagai reaksi positif diperolehi hasil daripada animasi versi awal tersebut.

Pada 8 Ogos 2018, persetujuan bersama telah dicapai oleh Primeworks Studios (anak syarikat Media Prima Berhad) dan BlindSpot Studios untuk menghasilkan siri animasi Alif & Sofia melalui platform saluran YouTube Alif & Sofia.

Bil Tahun Harta Intelek Genre Penerbit
1 2013 Food Dojo Aksi, Komedi, Pengembaraan Blindspot Studios
2 2014 Afro Rider Aksi Blindspot Studios
3 2015 Tony Jet Skate Aksi, Komedi, Pengembaraan Blindspot Studios
4 2016 Alif & Sofia Pendidikan, Islamik, Komedi, Muzikal Blindspot Studios
5 2019 Alif & Sofia Pendidikan, Islamik, Komedi, Muzikal Blindspot Studios & Primeworks Studios

Pencapaian & Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada 2013, Blindspot Studios diumumkan antara pemenang Kategori Animasi, Intellectual Property Creators’ Challenge (IPCC) anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), dan menerima RM50,000 sebagai geran pemula penghasilan harta intelek.

Pada Disember 2019, Blindspot Studios memperolehi Silver Creator Award daripada YouTube melalui saluran animasi Alif & Sofia setelah mencapai 100,000 subscribers.

Pada November 2020, Alif & Sofia terpilih sebagai National Best Preshool Program , mewakili Malaysia pada Asian Academy Creative Awards 2020

Bil Tahun Pencapaian & Anugerah Penyampai Anugerah
1 2013 Pemenang Kategori Animasi,

Intellectual Property Creators’ Challenge (IPCC)

MDEC
2 2019 Silver Creator Button YouTube
3 2020 National Best Preshool Program 2020 Asian Acedemy Creative Awards 2020
4 2020 Tempat Pertama, Pertandingan Animasi Lagu Kanak-kanak Dewan Bahasa & Pustaka & Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS)