Giggle Garage

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Giggle Garage Sdn. Bhd.
Nama dagangGiggle Garage Animations
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriPenerbitan animasi
Ditubuhkan11 November 2010; 13 tahun yang lalu (2010-11-11)
Pengasas
Ibu pejabatCyberjaya, Selangor, Malaysia
Tapak webwww.gigglegarage.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Giggle Garage Sdn. Bhd. (juga dikenali sebagai Giggle Garage Animations) ialah sebuah studio animasi Malaysia yang beribu pejabat di Cyberjaya, Selangor, diasaskan oleh Juhaidah Joemin dan Zeno Gabing pada 11 November 2010.[1][2]

Giggle Garage terkenal dengan siri animasi terbitannya seperti Origanimals, Kazoops! dan Cam & Leon.[3] Studio ini juga sedang menyiapkan beberapa projek lain, termasuk sebuah siri animasi tanpa dialog bertajuk Fridgies.[1]

Produk dan perkhidmatan teras studio ini terdiri daripada pembangunan kandungan asal, penerbitan bersama serta pembekal perkhidmatan untuk pra-penerbitan, penerbitan dan pasca-penerbitan.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dua anak jati Sabah, Zeno Gabing dari Kg Toboh, Tambunan dan Juhaidah Joemin dari Kg Tempasuk Satu, Kota Belud, menubuhkan Giggle Garage pada 11 November 2010 dengan ibu pejabat asalnya terletak di Phileo Damansara, iaitu 10 tahun selepas Juhaidah menamatkan pengajiannya di Universiti Multimedia (MMU). Sejak 2011, studio ini menerima status MSC Malaysia.[1]

Pada tahun 2014, bagi mengembangkan operasi perniagaannya, Giggle Garage berpindah ke ibu pejabat baharunya di Cyberjaya, dan pada masa yang sama, syarikat ini memperoleh Perkhidmatan Pembiayaan Harta Intelek (IP) daripada Malaysia Debt Ventures (MDV).[1]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Siri animasi[sunting | sunting sumber]

Tajuk Rangkaian Catatan
Origanimals ZooMoo Disiarkan di 100 negara. Dibangunkan dan diterbitkan dengan kerjasama Malaysia Debt Ventures.
BOING The Play Ranger[4] EBS Diterbitkan dengan kerjasama studio animasi Korea Selatan, Crazybird Studios dan SK Broadband.
Kazoops! CBeebies
Netflix
Kolaborasi bersama studio animasi Australia, Cheeky Little Media.
Cam & Leon Astro Ceria Diterbitkan dengan kerjasama Measat Broadcasting Networks Systems.
Fridgies Diterbitkan dengan kerjasama Primeworks Studios. Dalam pembangunan.
Time Traveler Luke Diterbitkan dengan kerjasama Anyzac, SK Broadband dan Daewon.
Space Nova Nine Network Diterbitkan dengan kerjasama SLR Productions.[5] Ditauliahkan oleh Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) dan Nine Network.
Superhero Bunnies Dalam pembangunan.
Sleepytown Dalam pembangunan.

Animasi pendek[sunting | sunting sumber]

Tajuk Catatan
Footprints in the Forest Filem pendek 18 minit berkisarkan realiti hidupan liar di Malaysia dan bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dalam krisis ekosistem.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Our Story – Giggle Garage Animations". www.gigglegarage.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-07-23.
  2. ^ Ashraf Nasser (7 Mac 2016). "Studio animasi tempatan: Giggle Garage". Cinema Online. Dicapai pada 30 September 2021.
  3. ^ Nur Afifah (7 Julai 2023). "Kenali Giggle Garage, Studio Animasi Anak Sabah Pencipta Kartun Terkenal Cam and Leon". iLoveBorneo. Dicapai pada 30 September 2023.
  4. ^ "Giggle Garage Malaysia announces the soft launch of pre-school TV series "BOING The Play Ranger"" (dalam bahasa Inggeris). Animation Xpress. 12 Oktober 2012. Dicapai pada 30 September 2021.
  5. ^ "SLR Productions and Giggle Garage in collaborative partnership" (dalam bahasa Inggeris). Media Week. 9 Julai 2019. Dicapai pada 30 September 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]