Manir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Manir ialah sebuah pekan yang terdapat kira-kira 8km dari pusat bandar Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Kawasan ini merupakan kawasan berpenduduk majoriti Melayu 99 peratus sementara yang lain terdiri daripada penduduk kaum Cina dan lain-lain bangsa. Manir terbahagi kepada dua iaitu kampung Manir asal (Manir pasar dan kampung sekitarnya) dengan Kampung Manir Kubang Jela. Penduduk pekan ini dianggarkan berjumlah lebih 10,000 orang.

Manir juga adalah merujuk kepada DUN Manir yang meliputi kawasan kampung Manir dan sekitar. Secara teknikalnya Manir diletakkan dibawah Parlimen Hulu Terengganu bagi tujuan pentadbiran, walaupun berada dalam daerah kuala Terengganu.

Perwakilan[sunting | sunting sumber]

DUN Manir diwakili oleh Ustaz Hilmi Harun (PAS) sejak pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013. Sebelum itu Manir pernah diwakili bapa beliau iaitu almarhum Tuan Guru Ustaz Dato' Dr. Harun Taib (PAS) bermula tahun 1982 (PRU-6) dengan pengecualian PRU-7.[1]

Jalan perhubungan[sunting | sunting sumber]

Secara geografinya, kawasan Manir terletak di sepanjang aliran Sungai Terengganu sehingga 14km ke timur, hingga ke sempadan pekan Telemong. Disebabkan itu, penggunaan sungai adalah amat penting pada ketika dahulu. Terdapat banyak pengkalan dibina oleh penduduk tempatan bagi membolehkan perahu yang mudik sungai terengganu singgah.

Sekarang, laluan sungai mula beransur-ansur hilang popularitinya disebabkan keadaan jalan raya yang baik dan semakin ramai penduduk memiliki kenderaan. Bagaimanapun, kesan kepentingan sungai terhadap penduduk masa lalu masih boleh dilihat pada hari ini, seperti Balai Polis Manir yang unik, terletak di tepi sungai dan memiliki pengkalannya sendiri.

Manir terletak diantara pekan Batu Enam dan Pusat Bandar Kuala Terengganu melalui jalan raya. Disebabkan kedudukannya yang di tengah-tengah kawasan penting ini, maka ia turut menerima banyak limpahan pembangunan.

Namun begitu, masalah kesesakan menjadi perkara utama yang harus diselesaikan oleh pihak berkenaan. Jalan raya dua lorong di Kg Pulau Rusa bertukar menjadi satu lorong ketika mahu memasuki Jambatan Manir adalah punca kesesakan ini terutama ketika waktu puncak dan musim perayaan. Cadangan untuk melebarkan jalan raya dan menambah lorong jambatan sebelum pilihan raya dahulu sehingga kini masih sepi tanpa sebarang perkembangan.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Manir terkenal semenjak dahulu lagi terkenal sebagai pusat perniagaan tradisional. Pasar Sabtu Manir adalah satu pasar tradisional mega yang diadakan setiap hari Sabtu. Pasar ini menarik ramai peniaga tetap dan tidak tetap, termasuklah peniaga dari Thailand, Vietnam, China dan Indonesia. Antara barangan yang dijual di sana termasuklah barangan kulit, pasar basah, kuih muih tradisional dan pakaian.

Pelbagai produk tradisional yang tidak dijumpai lagi ditempat lain turut dijual disini, antaranya adalah kuih tradisional Lok Lit dan pelara. Pasar Manir merupakan pusat penjualan Tembakau dan Rokok Daun Nipah yang amat sinonim dengan masyarakat sekitar. Pelbagai restoran lama yang menyajikan juadah yang asli seperti di Roti Canai Pulau Bahagia, Keropok Lekor Manir (Pejabat Pos), Sup dan Kerabu Kaki Ayam di Kg Telari dan Padang Macang, Maggie Dapur Arang Padang Macang dan pelbagai lagi. Penduduk setempat juga memelihara ternakan seperti lembu, kambing, kerbau dan ayam. Ternakan tersebut akan lebih rancak jualannya ketika hari raya korban atau pun untuk majlis jamuan.

Majoriti penduduk Manir mengamalkan rewang secara gotong-royong, namun dek kerana penghijrahan penduduk setempat, aktiviti ini semakin berkurangan kerana kurangnya kemahiran tersebut pada generasi muda di kawasan sekitar.

Senarai kampung[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai sekolah dan instituti pengajian tinggi (IPT):

Sekolah rendah[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Kebangsaan Manir
  2. Sekolah Kebangsaan Teluk Menara
  3. Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam
  4. Sekolah Kebangsaan Pulau Bahagia
  5. Sekolah Kebangsaan Durian Mas
  6. Sekolah Kebangsaan Pulau Manis
  7. Sekolah Kebangsaan Kesom
  8. Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer
  9. Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah
  10. Sekolah Kebangsaan Teluk Pasu
  11. Sekolah Kebangsaan Bukit Petiti

Sekolah menengah[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Manir
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Belara
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Tualang-(dalam perancangan)

4. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Muhammad Said (Jeram)

IPTS[sunting | sunting sumber]

  1. Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (QUDQI)

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

  1. Balai polis Manir
  2. Masjid dan surau setiap kampung
  3. Pasar Manir
  4. Kedai-kedai runcit
  5. Rumah kedai
  6. Pejabat pos
  7. Kedai gunting rambut
  8. Balai raya setiap kampung
  9. Tadika,taska dan pasti
  10. Padang bola
  11. Klinik & farmasi
  12. Kafe siber
  13. Gelanggang futsal
  14. Stesen minyak petron Padang Macang
  15. Stesen minyak caltex batu hampar
  16. Stesen minyak petron banggol peradong (dalam pembinaan 2022)

Ralat petik: 'Tag <ref> tidak sah; rujukan tanpa nama mestilah mempunyai kandungan==Rujukan==

  1. ^ Bernama (25 Januari 2014). "Harun Taib meninggal dunia". Sinar Harian. Dicapai pada 17 Februari 2014.