Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) adalah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di bawah Parti Islam Se-Malaysia yang diasaskan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat yang menawarkan pengajian Islam. KUDQI diurus tadbir oleh Pengarah, Ustaz Wan Abdullah Wan Salleh. KUDQI yang terletak di Kampung Kubang Lembek, Manir, diselia oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu melalui Dewan Ulamak PAS Terengganu.
KUDQI dibangunkan pada 2001 selepas mendapat pengiktirafan daripada Universiti Al-Azhar, Mesir dengan tempoh pengajian selama 3 tahun di KUDQI dan satu tahun di Al-Azhar (3+1) untuk mendapat penganugerahan ijazah pertama (Sarjana Muda). Ia telah diasaskan oleh Mantan Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Almarhum Tuan Guru Dato’ Harun Taib.
Perlis Pesuruhjaya: Mohd Shukri Ramli Ketua Ulamak: Idris Yaacob
Ketua Pemuda: Asrul Aimran Abd Jalil
Ketua Muslimat: Nor Shahirah Mat Salleh
Pulau Pinang Pesuruhjaya: Muhammad Fauzi Yusoff Ketua Ulamak: Ahmad Tajudin Abu Bakar
Ketua Pemuda: Muhammad Fawwaz Mohamad Jan
Ketua Muslimat: Maziah Khamis