Pergi ke kandungan

Marjoram

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Marjoram
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
O. majorana
Nama binomial
Origanum majorana
Bottle of marjoram herb

Marjoram /ˈmɑːrərəm/[perlu rujukan] (Origanum majorana, syn. Majorana hortensis Moench, Majorana majorana (L.) H. Karst[2]) adalah herba atau renek kecil saka yang agak sensitif sejuk dengan perisa pain manis dan sitrus. Di sesetengah negara Timur Tengah, marjoram sinonim dengan oregano, dan nama-nama marjoram manis dan marjoram simpul digunakan untuk membezakannya daripada tumbuh-tumbuhan lain daripada genus Origanum. Ia juga dikenali sebagai marjoram pasu,[3] walaupun nama ini juga digunakan untuk spesies Origanum lain yang ditanam.

Nama marjoram (Perancis Lama majorane, Latin Zaman Pertengahan majorana) bukan secara langsung berasal dari perkataan Latin maior (major).[4] Marjoram berasal dari Cyprus dan selatan Turki, dan telah diketahui oleh orang Yunani dan Rom sebagai lambang kebahagiaan.
Daunnya licin, ringkas petiolat, ovat ke bujur-ovat, (0.5-1.5 cm) panjang, (0.2-0.8 cm) lebar, dengan puncak cakah, pangkal simetri tetapi tirus, dan urat berselirat. Teksturnya sangat halus kerana kehadiran bulu.[5]

Penanaman

[sunting | sunting sumber]
Minyak pati marjoram (Origanum majorana)

Dianggap saka lembut (USDA Zon 7-9), [6] marjoram kadang-kadang boleh membuktikannya tahan lasak walaupun dalam zon 5.

Marjoram ditanam bagi mendapatkan daun aromatiknya, sama ada hijau atau kering, untuk tujuan masakan; hujungnya dipotong apabila tumbuhan mula berbunga dan dikeringkan perlahan-lahan di bawah tempat teduh. Ia sering digunakan dalam kombinasi herba seperti herbes de Provence dan za'atar. Daun berbunga dan hujung marjoram disulingkan untuk menghasilkan minyak pati yang kekuningan (lama-kelamaan menghitam menjadi coklat). Ia mempunyai banyak komponen kimia, ada juga borneol, kapur barus, dan pinena.

Spesies yang berkaitan

[sunting | sunting sumber]

Oregano (Origanum vulgare, kadang-kadang disenaraikan dengan marjoram sebagai Origanum majorana) juga dikenali sebagai marjoram liar. Ia adalah tumbuhan saka biasa di selatan Eropah dalam belukar kering dan tebing rimbun, dengan banyak batang gempal 30–80 cm tinggi, yang mengandungi tangkai pendek, daun agak ovat dan kelompok bunga ungu. Ia mempunyai rasa yang lebih kuat daripada marjoram.

Marjoram pasu atau oregano Cretan (Origanum onites) mempunyai kegunaan yang sama dengan marjoram.

Marjoram Hardy atau marjoram Perancis, kacukan marjoram dengan oregano, lebih tahan sejuk, tetapi sedikit kurang manis. Origanum pulchellum dikenali sebagai marjoram menonjol atau oregano menonjol.

Marjoram digunakan untuk perasa sup, gulai, kuah, dan sos.[7]

  1. ^ "Origanum majorana information from NPGS/GRIN". ars-grin.gov. Dicapai pada 2008-03-08.
  2. ^ "Germplasm Resources Information Network (GRIN)". Dicapai pada 2011-11-23.
  3. ^ "BSBI List 2007". Botanical Society of Britain and Ireland. Diarkibkan daripada yang asal (xls) pada 2015-01-25. Dicapai pada 2014-10-17.
  4. ^ Marjoram, Online Etymology Dictionary, Douglas Harper, November 2001
  5. ^ BP Pimple, AN Patel, PV Kadam, MJ Patil. Microscopic evaluation and physicochemical analysis of Origanum majorana Linn leaves. Asian Pacific Journal of Tropical Disease 2, S897-S903. http://www.apjtcm.com/zz/2012s2/71.pdf Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine
  6. ^ Learn 2 Grow: Origanum majorana
  7. ^ M. G. Kains (1912). American Agriculturist (penyunting). Culinary Herbs: Their Cultivation Harvesting Curing and Uses (English). Orange Judd Company.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:WikispeciesCompact