Martin Luther King, Jr.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Martin Luther King)
Lompat ke: pandu arah, cari
Martin Luther King Jr.
Martin Luther King Jr NYWTS.jpg
Nama lahir Martin Luther King
Tarikh lahir Januari 15, 1929
Tempat lahir Atlanta, Georgia, USA
Tarikh kematian April 4, 1968 (berusia 39 tahun)
Tempat kematian Memphis, Tennessee, USA
Pergerakan Pergerakan Hak Asasi Rakyat Afrika-Amerika
Anugerah-anugerah Hadiah Keamanan Global (1964)
Anugerah President Untuk Kebebasan (1977)
Congressional Gold Medal (2004)

Martin Luther King, Jr. (15 Januari 1929-14 April 1968) dilahirkan di Atlanta ialah salah seorang pemimpin hak awam terkenal dari Amerika Syarikat, khususnya melalui ucapan Saya Mempunyai Impian pada 1963. Beliau juga merupakan seorang yang giat dalam politik dan pemimpin baptis. Dr. King merupakan lelaki termuda yang dianugerahkan gelaran Hadiah Keamanan Nobel (1964) atas usahanya untuk mewujudkan keamanan dalam anti-keganasan dan hak sama rata bagi setiap kaum. Pada April 4, 1968, King telah dibunuh di Memphis, Tennessee.

Pada tahun 1977, beliau dianugerahkan Anugerah President Untuk Kebebasaan (Presidential Medal of Freedom) oleh Jimmy Carter. Pada tahun 1986 pula, Hari Peringatan Martin Luther King {Martin Luther King Day} diiktirafkan sebagai cuti upacara di Amerika Syarikat. Pada tahun 2004, King dianugerahkan Congressional Gold Medal. Beliau telah dianugerahkan kedua-dua anugerah ini selepas kematiannya. Dr. King sering menyatakan usahanya untuk mewujudkan keamanan sedunia ialah tanggungjawab peribadinya.

Galeri[sunting | sunting sumber]