Dag Hammarskjöld

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dag Hammarskjöld
Dag Hammarskjöld pada tahun 1959
Setiausaha Agung PBB ke-2
Dalam jawatan
10 April 1953 – 18 September 1961
Didahului olehTrygve Lie
Digantikan olehU Thant
Butiran peribadi
Lahir(1905-07-29)29 Julai 1905
Jönköping, Sweden
Meninggal dunia18 September 1961(1961-09-18) (umur 56)
Ndola, Rhodesia Utara
KerakyatanSweden
Alma materUniversiti Uppsala
Universiti Stockholm
Tandatangan

Dag Hjalmar Agne Carl Hammarskjöld (disebut [ˈdɑːɡ ˈhâmːarˌɧœld , paling dekat dag ha.mar.huĕld], 29 Julai 1905 - 18 September 1961) merupakan diplomat Sweden dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-3. Beliau berkhidmat sejak April 1953 sebagai pemegang jawatan termuda ketika itu.

Beliau terbunuh dalam kemalangan kapal terbang di Rhodesia Utara (kini Zambia) pada September 1961 semasa dalam perjalanan menjalankan rundingan semasa Krisis Congo. Sebab sebenar beliau meninggal dunia penuh misteri sehingga tidak dapat diputuskan sebetulnya.

Beliau satu-satunya pemenang Hadiah Keamanan Nobel secara anumerta.[1]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Dag Hammarskjöld lahir di Jönköping, Sweden tetapi membesar di Uppsala. Beliau anak bongsu dari 4 adik-beradik kepada Hjalmar Hammarskjöld, Perdana Menteri Sweden (1914–1917) dan Agnes Almquist.

Kerjaya dalam Sweden[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi setiausaha dalam Riksbank, bank pusat Sweden, pada tahun 1936. Beliau lama-kelamaan berjaya naik pangkat sebagai pengerusi Majlis Am mentadbir bank tersebut dari 1941 hingga 1948.[2]

Beliau dilantik mengambil alih jawatan kerusi diduduki bapanya dalam Akademi Sweden pada 20 Disember 1954.[3]

Kerjaya dalam PBB[sunting | sunting sumber]

Setelah Trygve Lie meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PBB sebelumnya, pihak kuasa-kuasa Barat melakukan rundingan panjang dengan Kesatuan Soviet mengenai siapa yang berkelayakan untuk mengambil alih namun tidak mendapatkan hasil memuaskan. Suatu sesi perbincangan dalam kalangan ahli kekal diadakan pada 30 Mac 1953[4] di mana duta Perancis Henri Hoppenot mengusulkan 4 orang calon berkemungkinan termasuk Dag Hammarskjöld.[5] Pemilihan Dag paling kurang tentangan kerana pendekatannya yang dilihat mampu mengelak daripada bertegang secara politik;[6] Valerian Zorin yang mewakili pihak Soviet menganggap beliau tidak mengancam malah menyatakan kesudian mengundi untuk Dag.[7][8]

Kemalangan yang membunuh[sunting | sunting sumber]

Pada 18 September 1961, Hammarskjöld menaiki suatu penerbangan pesawat Douglas DC-6 yang berlepas dari Élisabethville (kini Lubumbashi di Republik Demokratik Congo) untuk menghadiri suatu rundingan gencatan senjata antara pihak mereka dengan askar-askar Katanga pimpinan Moise Tshombe.

Kejadian menyusul[sunting | sunting sumber]

Kematian tiba-tiba Hammarskjöld menyebabkan kekosongan jawatan yang tidak berserahan,[9] sehingga Majlis Keselamatan PBB melakukan undian segera yang berjaya dimenangi U Thant.[10]

Wasiat beliau ditulis tahun 1959 mengamanahkan pustaka simpanan peribadinya kepada Perpustakaan Kebangsaan Sweden.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Nobel Prize facts". Nobel Foundation. Dicapai pada 13 Mei 2020.
  2. ^ "Dag Hammarskjöld", The Nobel Prize
  3. ^ "DAG HAMMARSKJÖLD: The UN years ..." United Nations. Dicapai pada 25 December 2019.
  4. ^ Barry, Donald, penyunting (1953). Documents on Canadian External Relations, 1953. 19. m/s. 322.
  5. ^ Fröhlich, Manuel (2007). Political Ethics and The United Nations: Dag Hammarskjöld as Secretary-General. Routledge. m/s. 59. ISBN 9781134065561.
  6. ^ Lipsey 2013, m/s. 117.
  7. ^ Heller 2001, m/s. 14.
  8. ^ Hamilton, Thomas J. (1 April 1953). "U.N. Chief is Picked". The New York Times. m/s. 1.
  9. ^ Halberstam, David (19 September 1961). "Hammarskjold Dies in African Air Crash; Kennedy Going To U. N. In Succession Crisis". The New York Times. m/s. 1.
  10. ^ Hamilton, Thomas J. (23 September 1961). "Interim U.N. Head is Urged by Rusk; His Timing Scored". The New York Times. m/s. 1.
  11. ^ "L179 The Dag Hammarskjöld Collection". National Library of Sweden. Dicapai pada 16 June 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]