Narges Mohammadi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Narges Mohammadi
نرگس محمدی
Kelahiran (1972-04-21) 21 April 1972 (umur 51)
Nama lainNarges Safie Mohammadi
PendidikanUniversiti Antarabangsa Qazvin (BS)
Organisasi
Gerakan politikNeo-Shariatisme[1]
PasanganTaghi Rahmani (k. 1999)[2]
Anak-anak2
Anugerah

Narges Mohammadi (Parsi: نرگس محمدی; lahir 21 April 1972) ialah seorang aktivis Iran. Beliau timbalan presiden Pusat Pembela Hak Asasi Manusia diasaskan Shirin Ebadi.[3] Beliau memperjuangkan tindakan ingkar awam menentang peraturan kewajiban bertudung dalam kalangan kaum wanita negaranya yang mendapat perhatian lanjut selepas kematian Mahsa Amini didera pihak mutawin Pasukan Penguatkuasaan Undang-Undang Republik pada September 2022, bahkan laporan siasatannya yang membongkar dera fizikal dan seksual para mutawin terhadap wanita ditahan turut tersebar seluruh dunia tidak lama selepas kejadian itu serta tunjuk perasaan yang menyusul.[4]

Pada Mei 2016, beliau dihukum penjara di Tehran selama 16 tahun atas perjuangannya mendesak pemansuhan hukuman mati.[5] Beliau dibebaskan tahun 2020 tetapi ditahan dan dipenjarakan kembali tahun 2021. Semasa tempoh pemenjaraan kedua inilah beliau dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel pada Oktober 2023 atas "perjuangannya menentang penindasan terhadap kaum wanita di Iran serta membela hak asasi manusia dan kebebasan untuk semua".[6][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pourmokhtari Yakhdani, Navid (2018). Iran's Green Movement: A Foucauldian Account of Everyday Resistance, Political Contestation and Social Mobilization in the Post-Revolutionary Period (PDF) (Tesis). Edmonton: Department of Political Science, University of Alberta. m/s. 178. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 10 November 2022. Dicapai pada 5 June 2021.
  2. ^ Farangis Najibullah (27 February 2008). "Iran: Activist 'Dynamic Duo' Fight for Human Rights". Radio Free Europe/Radio Liberty. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 January 2021. Dicapai pada 10 March 2017.
  3. ^ Saeed Kamali Dehghan (26 April 2012). "Iranian human rights activist Narges Mohammadi arrested". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2012. Dicapai pada 31 October 2012.
  4. ^ Greenall, Robert (24 December 2022). "Iran protests: Activist Narges Mohammadi details 'abuse' of detained women". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 October 2023. Dicapai pada 6 October 2023.
  5. ^ Saeed Kamali Dehghan (24 May 2016). "UN condemns 16-year jail sentence for Iranian activist Narges Mohammadi". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2019. Dicapai pada 11 January 2019.
  6. ^ Myhre, Sondre Moen (2023-10-06). "Nå blir det klart hvem som får Nobels fredspris 2023". Aftenposten (dalam bahasa Bokmal Norway). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 October 2023. Dicapai pada 2023-10-06.
  7. ^ "Iran's jailed rights advocate Narges Mohammadi wins 2023 Nobel Peace Prize". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). 6 October 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 October 2023. Dicapai pada 2023-10-07.