Tawakkol Karman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tawakel Karman)
Tawakel Karman
توكل كرمان
Kelahiran (1979-02-07) 7 Februari 1979 (umur 45)
Taiz, Yemen
WarganegaraYemen
PekerjaanWartawan, ahli politik and aktivis hak asasi manusia
Parti politikAl-Islah
Anak-anak3 orang
AnugerahHadiah Keamanan Nobel 2011

Tawakel Abdel-Salam Karman (Arab: توكل عبد السلام خالد كرمان Tawakkul ‘Abd us-Salām Karmān; juga Roman Tawakul,[1] Tawakel[2][3][4]) (lahir 7 Februari 1979[4]) merupakan wartawan, ahli politik dan aktivis hak asasi manusia Yaman. Beliau mengetuai kumpulan "Wartawan Wanita Tanpa Rangkaian", yang diasas beliau pada tahun 2005.[1]

Beliau telah menjadi tumpuan dunia apabila mengetuai pemberontakan Yaman 2011 yang juga sebahagian daripada pemberontakan Arab Spring. Beliau digelar "Wanita Besi" dan "Ibu Revolusi" oleh masyarakat Yaman.[5][6] Beliau menerima Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 2011 (bersama-sama Leymah Gbowee dan Ellen Johnson Sirleaf dari Liberia)[7] menjadikan beliau rakyat Yaman dan wanita Arab pertama,[8] serta wanita Islam kedua yang menerima Hadiah Nobel. Beliau juga penerima Hadiah Nobel kedua termuda setakat ini.[9]

Wartawan, ahli politik & aktivis hak asasi[sunting | sunting sumber]

Karman merupakan seorang wartawan dan juga ahli politik bagi parti politik Al-Islah. Beliau telah bekerja untuk memperbaiki hak asasi manusia. Sebagai seorang wartawan, beliau membantu perkhidmatan berita telefon mudah alih selepas kerajaan tidak memberi lesen kepada mereka. Beliau telah mengetuai protes untuk menuntut kebebasan media dan menganjurkan protes mingguan untuk pembaharuan.[1][10] Beliau mengetuai protes rakyat Yaman untuk menyokong Arab Spring selepas rakyat Tunisia menggulingkan kerajaan Zine El Abidine Ben Ali pada Januari 2011. Beliau telah menentang Presiden Ali Abdullah Saleh dan merasakan Presiden Ali tidak sepatutnya terus menjadi Presiden.[11]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Karman menerima Ijazah dalam Perdagangan dari Universiti Sains dan Teknologi, Sana'a. Beliau turut menerima ijazah dalam bidang sains politik dari Universiti Sanaa.[12][13] Beliau merupakan isteri kepada Mohammed al-Nahmi[6][14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Al-Sakkaf, Nadia (17 June 2010). "Renowned activist and press freedom advocate Tawakul Karman to the Yemen Times: "A day will come when all human rights violators pay for what they did to Yemen"". Women Journalists Without Chains. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-30. Dicapai pada 30 January 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Evening Times (Glasgow). Arrest Sparks Protest. 24 January 2011. Retrieved 8 October 2011 from the Lexis-Nexis Database.
  3. ^ Emad Mekay. Arab Women Lead the Charge. Inter Press Service (Johannesburg), 11 February 2011. Retrieved 8 October 2011 from the Lexis-Nexis Database.
  4. ^ a b "Yemen laureate figure of hope and controversy". Oman Observer. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-12. Dicapai pada 15 November 2011.
  5. ^ Macdonald, Alastair (7 October 2011). "Nobel honours African, Arab women for peace". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-11. Dicapai pada 16 November 2011.
  6. ^ a b Al-Haj, Ahmed; Sarah El-Deeb (7 October 2011). "Nobel peace winner Tawakkul Karman dubbed 'the mother of Yemen's revolution'". Sun Sentinel. Associated Press. Dicapai pada 8 October 2011.
  7. ^ "Nobel Peace Prize awarded jointly to three women". BBC Online. 7 October 2011. Dicapai pada 16 November 2011.
  8. ^ "Profile: Nobel peace laureate Tawakul Karman". BBC Online. 7 October 2011. Dicapai pada 16 November 2011.
  9. ^ "Yemeni Activist Tawakkul Karman, First Female Arab Nobel Peace Laureate: A Nod for Arab Spring". Democracynow.org. Dicapai pada 10 December 2011.
  10. ^ "Renowned activist and press freedom advocate Tawakul Karman to the Yemen Times:"A day will come when all human rights violators pay for what they did to Yemen."". Yemen Times. 3 November 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-05. Dicapai pada 15 November 2011.
  11. ^ "New protests erupt in Yemen". Al Jazeera English. 29 January 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-31. Dicapai pada 30 January 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  12. ^ "Tawakkol Karman, figure emblématique du soulèvement au Yémen - L'événement : LaDépêche.fr". Ladepeche.fr. Dicapai pada 16 November 2011.
  13. ^ www.memri.org. "Nobel Peace Prize Laureate Tawakkul Karman – A Profile". Memri.org. Dicapai pada 16 November 2011.
  14. ^ Tom Finn. "Middle East/Yemen: Undaunted by death threats: the thorn in Saleh's side." The Guardian, 26 March 2011. Retrieved 8 October 2011 from the Lexis Nexis Database.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]