Black (penyanyi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Black Hanafiah)
Jump to navigation Jump to search
"Black Hanifah" dilencongkan di sini.
Black
Black Hanifah - Twisties Bingit 2010.jpg
Black mengadakan persembahan di Konsert Twisties Bingit 2010
KelahiranHanifah bin Md Hanafiah[1]
(1987-12-21) 21 Disember 1987 (umur 31)
Kuala Lumpur, Malaysia
Nama lainBlack , Black Mentor
PekerjaanPenyanyi, pelakon
PasanganNaquia Yasirah (k. 2013)
Anak2
Kerjaya muzik
GenrePop, rock, balada
InstrumenVokal
Tahun aktif2009–kini
Kegiatan berkaitan
Meet Uncle Hussain, Malique, Noraniza Idris, Syamsul Yusof

Hanifah bin Md Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Black Hanifah (lahir 21 Disember 1987), ialah seorang penyanyi Malaysia yang mengecapi kenamaan semenjak menjuarai musim ketiga rancangan realiti Mentor. Pada masa itu, Black merupakan anak didik kepada Ratu Dangdut, Mas Idayu.

Sebelum menyertai rancangan Mentor, dia pernah menghasilkan album single "Aku Rindu Sayang Kamu" dan diarah oleh Rob Cavallo pada Julai 2009. Dia turut memenangi Anugerah Artis Baru Lelaki Popular ABPBH 2009. Dia kemudiannya menyertai kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH) untuk beraksi di pentas Hypptunes Rock The World 9 (RTW9) sebagai Taja.[2] Pada 2013, dia telah menukar nama pentasnya kepada Black Hanafiah.

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Black memulakan perjalanan ke arah kerjaya sebagai artis rakaman apabila menyertai uji bakat Mentor yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, pada 15 Mac 2009. (Dalam format Mentor, setiap peserta (protégé) dibimbing oleh seorang artis berpengalaman (mentor). Bagi musim ini pula, setiap mentor mengadakan uji bakat sendiri untuk mencari protégé yang memenuhi kehendak masing-masing). Pada hari itu, Mas Idayu selaku mentor hari ini memilih Black untuk berada di bawah bimbingannya. Mas dikenali kerana memperagakan imej guru disiplin berlengkapkan rotan sebagai lambang disiplin sesekali disiarkan di TV. Setelah tiga bulan bertanding, Black berjaya menawan hati para juri dan penonton dengan dinobatkan juara keseluruhan, dan meraikannya dengan mematahkan rotan tersebut sambil menangis sebagai tanda penghargaan kepada Mas atas didikan dan bimbingannya sepanjang pertandingan.[3]

"Aku Rindu Sayang Kamu" merupakan single pertama Black dalam kerjaya nyanyiannya. Tidak cukup dengan menguasai carta radio, lagu ini turut dilayakkan ke Anugerah Juara Lagu ke-24 yang dilangsungkan pada Januari 2010, di mana Black merangkul anugerah Vokal Terbaik kerana membawa lagu ini dengan cukup memuaskan para juri.[4]

Black (tengah) bersama Meet Uncle Hussain.

Penangan vokalnya juga menimbulkan desas-desus bahawa Black berpotensi menjadi pengganti kepada Lan yang meninggalkan kumpulan Meet Uncle Hussain Julai 2009.[5] Kugiran tersebut mengundang Black untuk merakam single "Drama King" serta mengambil bahagian dalam konsert atau gig sementara mereka mencari vokalis tetap baru.[6]

Pada tahun 2010, Black diundang pula oleh Ratu Pop Etnik tersohor negara, Noraniza Idris untuk berkolaborasi menerusi lagu Kuasa Cinta yang berkonsepkan Zapin-Rock. Lagu yang digubah oleh Edrie Hashim dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya. Lagu tersebut dimuatkan dalam album Noraniza Idris sendiri pada tahun 2010 dan apabila menjadi kolaborasi antara Noraniza dan Black, Kuasa Cinta berjaya diiktiraf sebagai Lagu Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19) serta dicalonkan sebagai Lagu Terbaik.

Selain itu, beliau turut menyumbangkan lagu tema filem KL Special Force arahan Syafiq Yusof yang bertajuk "Selamat Tinggal Masa" yang menampilkan duet bersama Syamsul Yusof.[7]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 2013, Hanafiah telah mendirikan rumah tangga bersama Naquia Yasirah Mohd. Khairi, di Zebra Square, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan sendiri iaitu Mohd Khairi Abu Hassandengan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Bukit Damansara, Selangor iaitu Mohammad Syukri Yaacob. [8] Pada 2015, pasangan ini dikurniakan anak sulung pertama mereka iaitu bayi lelaki [9] yang diberi nama Khaleef Dayyan. Pada 2018, Black sekali lagi dikurniakan cahaya mata kedua iaitu bayi perempuan yang diberi nama Rindu Dayyana [10] [11] [12]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

  • Aku Rindu Sayang Kamu (2009)
  • Sofea Jane (2010)
  • Teman Pengganti (2012)
  • Takkan Terpisah (2013)
  • Mana Mungkin (2015)
  • Anugerah Terindah (2016)
  • Sakit Ku Rasa (2017)
  • Pot Pet (2018)
  • "Drama King" duet bersama Meet Uncle Hussain (2009)
  • "Kuasa Cinta" duet bersama Noraniza Idris (2010)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2013 Longkai Ketum

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2018 Ketuk-Ketuk Ramadan Artis jemputan TV1

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Penyanyi Lelaki Popular N/A Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Protege: Black, Mentor 3, TV3. Dicapai pada 15 Januari 2010.
  2. ^ Black Mentor Antara Vokalis MUH Di Pentas RTW9.
  3. ^ Roslen Fadzil (13 Julai 2009). "Rotan Dipatah, Black Juara Mentor 3!". murai.com.my. Dicapai 15 Januari 2010. 
  4. ^ Miss Ayu (11 Januari 2010). "Aizat Juara AJL24". gua.com.my. Dicapai 15 Januari 2010. 
  5. ^ Syaliza Shapiansuri (30 Ogos 2009). "Black: Tak Pernah Terima Tawaran MUH". gua.com.my. Dicapai 15 Januari 2010. 
  6. ^ Li Ee Kee (27 November 2009). "Meet Uncle Hussain Masih Berbisa". gua.com.my. Dicapai 15 Januari 2010. 
  7. ^ Mohd Riduan Rizal Ahmad (6 Mac 2018). "Selamat Tinggal Masa merupakan single baharu Black bergandingan dengan Syamsul Yusof". Utusan Malaysia. Dicapai 14 Mac 2018. 
  8. ^ 6 GAMBAR - BLACK MENTOR NIKAH SEKALI LAFAZ.
  9. ^ Anak sulung Black lahir sebulan awal. harian metro. Dicapai pada 13 Oktober 2017.
  10. ^ Rindu Dayyana nama anak kedua Black Hanifah. utusan. Dicapai pada 18 November 2018.
  11. ^ Black Hanafiah teruja bakal timang anak perempuan. mstar. Dicapai pada 18 November 2018.
  12. ^ Black Hanifah bakal timang cahaya mata kedua. utusan. Dicapai pada 11 Disember 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]