Peter Chin Fah Kui

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berbahagia Tan Sri

Peter Chin Fah Kui
Peterchin.jpg

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Tempoh jawatan
2008 – 2013
Didahului oleh Shaziman Abu Mansor
Diganti oleh Maximus Johnity Ongkili

Ahli Parlimen
untuk P219 Miri, Sarawak
Tempoh jawatan
1986 – 2013

Lahir Sarawak Kuching, Sarawak
Parti politik BN-100px.jpg Barisan Nasional - Sarawak United People's Party (SUPP)
Pekerjaan Menteri Kabinet, Ahli Parlimen


Tan Sri Peter Chin Fah Kui, PGBK, PBS, ABS (lahir 31 Ogos 1945) merupakan ahli politik Malaysia yang lahir di Kuching, Sarawak. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak laki-laki dan seorang anak perempuan.

Beliau merupakan bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Y.Bhg. Tan Sri Peter Chin Fah Kui telah dilahirkan di Kuching, Sarawak pada 31 Ogos 1945. Beliau mendapat pendidikan awal di St. Joseph Primary School dan St Joseph Secondary School. Beliau juga merupakan graduan Gray's Inns, London bidang undang-undang (Barrister-At-Law) pada tahun 1971.

Setelah tamat pengajian di luar negara, Y.B. Tan Sri memulakan kerjayanya sebagai Peguam dan Rakan Kongsi di M/s Wan Ullok Jugah, Chin & Co hingga tahun 1984. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perbandaran Miri mulai tahun 1984 hingga 1987. Kegiatan politik beliau adalah berlandaskan platform Sarawak United People's Party (SUPP) Bahagian Miri. Beliau kini memegang jawatan Timbalan Pengurusi SUPP Cawangan Miri, Naib Pengurusi SUPP cawangan Miri, Ahli Jawatankuasa SUPP Pusat dan Penolong Setiausaha Agung SUPP Pusat.

Y.B. Tan Sri melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial melalui Program Lanskap di Sarawak dan Sabah, menyelaras Program Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Sarawak dan Sabah, Program Jabatan Bomba dan Penyelamat di Sarawak dan Sabah dan menjadi Presiden kepada Persatuan Pelumba Jalan Kaki Malaysia.

Beliau kini juga merupakan Presiden Eastern Regional International Organisation for Planning and Housing (EAROPH) sejak tahun 2002, Presiden Hakka Miri sejak tahun 1991, Presiden Persatuan Olahraga Miri sejak 1984. Beliau juga pernah dilantik sebagai Presiden Kelab Lions Miri dan Timbalan Gabenor Lions Daerah 308.

Y.B. Tan Sri telah dilantik menjadi wakil rakyat mulai tahun 1986 setelah memenangi kerusi Parlimen Miri. Beliau juga berjaya mempertahankan kemenangannya itu dalam empat pilihan raya umum berikutnya (1990,1995,1999,2004). Pada tahun 2004, beliau telah menang tanpa bertanding. Semenjak dilantik menjadi Ahli Parlimen, YB. Datuk pernah memegang tanggungjawab sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Kebajikan (1986-1990), Timbalan Menteri Sains, Teknologi Alam Sekitar (1990-1995), Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1995-2004) dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (2004-Kini).

Sebagai seorang wakil rakyat, Y.B. Tan Sri berazam untuk memikul matlamat kerajaan ke arah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Y.B. Tan Sri telah mendirikan rumahtangga dengan isterinya Puan Sri Ruby Wee Hui Kiang dan telah dikurniakan tiga orang anak. Beliau amat meminati sukan golf dan merupakan seorang yang suka membaca.

Rujukan[sunting | sunting sumber]



Penyandang Terdahulu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
2008 – Kini
Penyandang Kemudian
???? penyandang