Anak Jantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anak Jantan
PengarahFaizul A. Rashid
Lakon layarOpie Harris
Dihasilkan olehTengku Iesta Tengku Alaudin
Dibintangi
SinematografiHelmi Yusof
Disunting olehRidzuan Shariff
Muzik olehAG Coco
Syarikat
penerbitan
Grand Brilliance
Lineclear Motion Pictures
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 30 Oktober 2014 (2014-10-30) (Malaysia)
Masa tayangan
70 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Pecah panggungRM 624,945.00

Anak Jantan ialah sebuah filem aksi Malaysia tahun 2014 arahan Faizul A. Rashid terbitan Grand Brilliance dan Primeworks Studios. Filem ini ditayangkan pada 30 Oktober 2014.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Anak Jantan menceritakan kisah Darin yang dihantui oleh kehidupan yang lalu. Gaya hidup negatifnya berubah sama sekali apabila beliau jatuh cinta kepada seorang wanita dari kampungnya bernama Nara. Tidak lama kemudian, pasangan ini berhijrah ke bandar KL untuk memulakan kehidupan baru.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bijak bernama Saufi. Malangnya, kebahagiaan keluarga mereka tidak bertahan lama dengan ketibaan Somchai, seorang rakan lama yang kembali menyebabkan pergolakan di tempat kerja Darin.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Anak Jantan ditulis oleh Opie Harris dan diarahkan oleh Faizul A. Rashid yang sebelum ini mengarahkan filem Bisikan Syaitan (2013).[3]

Farid Kamil dan Bront Palarae yang sebelum ini bekerjasama dalam filem Anak Halal (2007) dan V3 Samseng Jalanan (2010) menjayakan watak utama dalam filem ini. Bagi menghidupkan peranan masing-masing, Bront dan Farid melakukan lagak ngeri sendiri, dengan sokongan pakar aksi lagak ngeri Thailand.[3] Beberapa adegan yang menggunakan dialog bahasa Siam oleh pelakon Thailand dan dialih suara ke Bahasa Melayu bagi memudahkan pemahaman penonton. Hampir 15 peratus penceritaan dalam Anak Jantan telah dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).[3]

Faizul dalam temuramah bersama Sinar Harian berkata idea untuk menghasilkan filem ini sudah lama tercetus bersama penerbit, Abdul Latiff Mohaideen dan Penerbit Eksekutif, Tengku Iesta Tengku Alaudin. Beliau berkata: "Idea ini bermula apabila menceritakan detik debaran ketika anak saya, Arissa Aqila, hilang selama lima minit di pasaraya." Penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur, Langkawi dan Thailand.[4] Faizul turut memberitahu bahawa jalan cerita filem tentang puak yang berselindung di sebalik agama dalam melakukan kekejaman tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kegiatan pengganas.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Angelin Yeoh (30 Oktober 2014). "Who will be the last man standing in 'Anak Jantan'?". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-27. Dicapai pada 27 April 2015.
  2. ^ Nor Akmar Samudin (30 Oktober 2014). "Aksi lasak Anak Jantan". Harian Metro. Dicapai pada 27 April 2015.
  3. ^ a b c Muhamad Fairoz Azizan (23 Oktober 2014). "Babak aksi selamatkan Anak Jantan". Berita Harian. Dicapai pada 27 April 2015.
  4. ^ Akmaliah Razak (25 Oktober 2014). "Anak Jantan, pamer kehebatan pelakon tempatan!". Sinar Harian. Dicapai pada 27 April 2015.
  5. ^ Kemalia Othman (21 Oktober 2014). "'Anak Jantan' Tiada Kaitan Aktiviti Pengganas". mSTAR Online. Dicapai pada 27 April 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]