Pitas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pitas
Transkripsi lain
 • Jawiڤيتس
Pekan Pitas
Pekan Pitas
Etimologi: Nopitas
Lokasi pekan dan daerah Pitas
Lokasi pekan dan daerah Pitas
Pitas yang terletak di Malaysia Timur
Pitas
Pitas
Lokasi pekan dan daerah Pitas
Koordinat: 6°43′N 117°4′E / 6.717°N 117.067°E / 6.717; 117.067Koordinat: 6°43′N 117°4′E / 6.717°N 117.067°E / 6.717; 117.067
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Kudat, Sabah
DaerahPitas
Kerajaan
 • BadanPejabat Daerah Pitas
 • Pegawai Daerah PitasTuan Haji Bakri Haji Nanun
 • DUNYang Berhormat Datuk Bolkiah Ismail (WARISAN) (Pitas) Sabah Heritage Party Logo.png
Luas
 • Jumlah1,419.35 km2 (548.01 batu persegi)
Populasi
 (2010)
 • Jumlah895
 Populasi di sekitar Pitas sahaja tidak termasuk secara keseluruhan daerah Pitas.
Zon waktuMST
Laman webwww.sabah.gov.my/pitas/index.php/en/

Pitas merupakan sebuah pekan dan daerah yang terletak di Bahagian Kudat Sabah, Malaysia. Pitas terletak kira-kira 195 kilometer dari Kota Kinabalu dan 132 kilometer dari Kudat.[1] Bersempadan dengan daerah Kota Marudu di sebelah barat, daerah Beluran dan Paitan di sebelah timur.[1] Pitas juga terletak dibahagian utara pulau Borneo. Komposisi etnik utama di Pitas adalah dari etnik Kadazandusun dari suku kaum Rungus dan Orang Sungai (termasuk sub-suku Tambanuo). Populasinya dianggarkan kira-kira 38,600 orang pada tahun 2006.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Asal-usul Pitas[sunting | sunting sumber]

Pitas pada asalnya di panggil sebagai Tupak yang bermakna "seberang".[2] Tupak ini merujuk kepada tempat tinggal Momogun Tombonuvo dan Momogun Rungus pada zaman dahulu.[2] Setelah berlakunya persengketaan sesama Momogun di Teluk Bandau sebilangan penduduk Bandau meninggalkan kawasan Bandau kerana serangan Sindaat Mogkorudu yang di lancarkan oleh Aki Palzavan dan Aki Sook.[2] Pitas merujuk kepada kawasan atau petempatan di mana Sindaat Mogkorudu tidak lagi berkuasa di sebelah Sungai Bengkoka.[2] Sejak hari itu, kawasan tersebut yang dikenali sebagai Tupak turut dipanggil sebagai Pitas setelah menyeberangi kawasan tersebut. Orang-orang Teluk Bandau juga tidak lagi menjadi mangsa serangan Ilmu Hitam Sindaat Mogkorudu.[2]

Sebutan Pitas berasal dari perkataan "NOPITAS" atau "MINITAS" yang merujuk kepada definisi "selepas melalui kawasan itu maka orang-orang Bandau terlepas dari kuasa Sindaat Mogkorudu".[1] Pitas ini juga merujuk kepada sebutan penduduk Momogun setempat mengenai Sungai Bengkoka yang sering di mengalami banjir besar.[1] Banjir besar yang melanda Sungai Bengkoka menyebabkan sungai tersebut terputus dan ia di sebut "nopitas" dalam bahasa Momogun.[1] Melalui dua legenda ini sehingga hari ini daerah itu di sebut sebagai Pitas di mana pada zaman dahulu di panggil sebagai Tupak iaitu tempat orang Momogun (Rungus dan Tombonuvo) sering menyeberang.[2]

Pada hari ini Tupak tetap di gunakan oleh sebilangan masyarakat Momogun Rungus sebagai kelembutan bahasa atau mengelakkan dari mengingatkan lagi kisah hitam yang pernah berlaku sesama Momogun pada zaman lampau.[2] Ini kerana pada zaman dahulu ramai yang mengelak untuk mengatakan Pitas untuk tidak menyinggungkan lagi persengketaan dahulu.[2] Namun sebutan Pitas ini kembali di gunakan pada zaman ketua lanun Syarif Osman dan zaman penjajahan untuk menghidupkan lagi sempadan-sempadan yang pernah di buat oleh Aki Palzavan dan Aki Sook melalui ritual tertentu bagi tujuan upacara-upacara keagamaan Labus pada zaman itu.[2]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Pitas[sunting | sunting sumber]

Daerah Pitas diiktirafkan sebagai sebuah Daerah Penuh pada tahun 1975.[1]

Mukim[sunting | sunting sumber]

Cerita Rakyat[sunting | sunting sumber]

Kisah Lagenda Supirak[sunting | sunting sumber]

Pulau yang terletak di Pitas yang dinamakan Pulau Supirak merupakan tarikan pelancong di kawasan tersebut kerana rupabentuknya seperti sebuah kapal laut. Al-shibul hikayat diceritakan suatu waktu dahulu di sebuah perkampungan yang dinamakan kampung Kougun tinggal sepasang suami isteri. Oleh kerana perkampungan mereka terletak di tepi laut maka sudah menjadi lumrah dahulukala mata pencarian utama mereka adalah sebagai nelayan. Pada suatu hari, si suami yang keluar ke laut telah hilang. Si isteri yang bernama Supirak pula yang sedang berbadan dua tetap sabar menunggu suami di tepian pantai setiap hari. Hari berganti Bulan dan seterusnya genaplah sembilan bulan kandungan Supirak dan apalah nasibnya terpaksa mengharungi penghidupan tanpa suami.

Menempuhi penghidupan ala kadar, Supirak membesarkan cahayamatanya yang dinamakan Ragam sendirian dan ternyata kegigihan serta berkat tunjuk ajar dari ibu yang baik menjadikan Ragam tampil sebagai pemuda yang kuat bekerja dan sentiasa mendahulukan ibunya di dalam serba serbi. Dari hanya pondok buruk tempat berteduh dari panas mentari dan hujan, Ragam mampu membina dengan tulang empat keratnya sebuah rumah yang sederhana di kawasan yang dinamakan Torong Puteh.

Dek kerana fobia dengan dunia lautan kerana suaminya hilang begitu sahaja ditelan air laut membuatkan Supirak, si ibu tidak pernah membenarkan anak tungggalnya menjadi nelayan. Akur dengan permintaan ibunya maka dikatakan Ragam hanya bekerja kampung sahaja seperti mencari kayu api, membina rumah dan sebagainya. Namun jauh disudut hati Ragam sebenarnya masih lagi diulit untuk menjelajah dunia lautan seperti ayahnya tetapi disimpan niat tersebut bagi menjaga hati ibunya, Supirak.

Pada suatu hari dikatakan ada sebuah bahtera yang cukup besar datang berlabuh di Torong Puteh. Kedatangan bahtera itu adalah untuk mengisi bekalan bagi pelayaran yang seterusnya. Ragam seperti selalunya yang bekerja kampung akan mengayuh perahunya menjual apa sahaja barangan yang mampu dijual kepada kapal-kapal yang singgah. Kagum dengan bahtera tersebut yang ada serba-serbi menyebabkan Ragam mempunyai niat untuk memohon pekerjaan sebagai anak kapal di bahtera tersebut.

Taktala pulang ke rumah pada hari itu setelah habis bekerja, Ragam duduk termenung di tangga rumahnya yang menghadap laut. Keadaan anak tunggalnya yang nampak sedih telah menyebabkan ibunya si Supirak mengetahui ada sesuatu yang tidak kena. Setelah disoal berulangkali akhirnya Ragam meluahkan isihatinya iaitu memohon keizinan daripada ibunya untuk beliau bekerja menjadi anak kapal. Walau pada mulanya Supirak membantah namun melihat kesungguhan Ragam akhirnya beliau mengalah dan membenarkan anak tunggalnya untuk bekerja jauh dan meninggalkan dirinya seorang diri di Torong Puteh.

Keesokan harinya, Ragam mendatangi bahtera besar tersebut dan kerana kepetahan beliau berbicara ditambahlagi susuk badannya yang sasa akhirnya beliau diterima bekerja sebagai anak kapal oleh nakhoda bahtera tersebut. Tiba waktunya Ragam hendak berangkat ke negara orang, ibunya si Supirak turut menghantar beliau dengan berperahu ke bahtera besar itu. Setelah naik bahtera itulah, dikatakan janji Ragam dengan ibunya bahawa beliau akan pulang jua suatu hari nanti membawa kekayaan untuk ibunya agar tidak lagi melalui kesusahan hidup. Ibunya si Supirak pula merelakan pemergian anak tunggalnya dengan lintangan airmata dan sebagai bukti ikatan janji pada ibunya, Ragam telah memberikan sehelai rambutnya untuk dismpan oleh ibunya.

Hendak dijadikan cerita ketika di dalam pelayaran, Ragam merupakan kelasi yang cukup rajin dan berdedikasi sehingga menjadi orang harapan kepada nakhoda bahtera tersebut. Apabila nakhoda bahtera bersara akhirnya Ragam diangkat untuk mengambilalih tugasnya sebagai nakhoda dan sejak itulah nama Nakhoda Ragam begitu gah sekali.

Suatu hari bahtera Nakhoda Ragam singgah untuk berniaga di sebuah pulau yang bernama Pulau Intan. Disitulah Nakhoda Ragam bersua dengan seorang gadis yang elok rupa parasnya lantas jatuh cinta pertama. Gadis ini bernama Dayang Dundunai dan merupakan seorang puteri kepada pemerintahan Pulau Intan. Dek kerana hati sudah bersatu akhirnya Nakhoda Ragam memberanikan diri untuk bertandang ke istana Bahkiah bagi memenuhi sendiri ayahanda gadis tersebut. Atas sifat Nakhoda Ragam yang beradat itu membuatkan pinangan beliau langsung diterima oleh ayahanda Dayang Dundunai dan majlis perkahwinan mereka diadakan dengan gilang gemilang sekali.

Setelah lama di Pulau Intan akhirnya Nakhoda Ragam memohon keizinan daripada ayahanda mertuanya untuk membawa isterinya Puteri Dayang Dundunai belayar dan berjumpa dengan keluarganya di Torong Puteh. Bermulalah episod pelayaran pertama Nakhoda Ragam bersama isterinya membelah lautan menuju ke destinasi kampung halamannya. Taktala sebuah bahtera besar melabuhkan sauh di sebuah kawasan pantai yang terpencil sudah tentu akan menjadi bualan penduduk kampung dan perkhabaran seorang anak Torong Puteh sudah menjadi Nakhoda yang kaya raya akhirnya sampai ke telinga ibunya Supirak.

Dengan hati yang gembira dan bangga, si ibu Supirak tanpa membuang masa telah berdayung menuju ke Bahtera Nakhoda Ragam. Ketika sudah berada dekat di bahtera Nakhoda Ragam itulah Supirak memohon keizinan daripada anak kapal untuk beliau naik menemui anak lelaki kesayangannya. Namun sayangnya dek keran beliau kelihatan miskin dengan baju yang lusuh dan compang-camping menyebabkan beliau dilarang untuk berbuat demikian. Mendengar keriuhan itu menyebabkan Nakhoda Ragam meninjau apa yang berlaku dan dek kerana malu lebih-lebih lagi isterinya Puteri Dayang Dundunai ada disebelah beliau menyebabkan beliau sendiri turut memaki hamun dan menghina ibu kandungnya.

Kerana dimalukan dan dihalau, akhirnya Supirak kembali ke pondok buruknya dengan perasaan yang cukup kesal dan kecewa. Anak yang dikandungnya sembilan bulan sembilan hari dan dibesarkan umpama menatang minyak yang penuh malu mengaku dirinya sebagai ibu kandung dek kerana kemiskinan. Remuk hatinya, diperlakukan sedemikian rupa sehinggalah si Supirak yang kecewa mengeluarkan helaian rambut yang diberikan Nakhoda Ragam awal dahulu lantas menyumpah seluruh bahtera dan isinya menjadi sebuah batu.

Tatkala itulah juga diceritakan laut yang tenang menjadi bertukar bergelora, cuaca yang redup berubah menjadi gelap dan hujan lebat jatuh ke bumi. Pada ketika itulah, bahtera Nakhoda Ragam sudah terombang ambing dipukul gelora. Di dalam keadaan yang hingar bingar ituah Nakhoda Ragam sedar bahawa dirinya telah membuat dosa yang amat besar ke atas ibunya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya kerana hati ibunya sudah remuk berkecai atas kelakuannya yang biadap. Akhirnya bahtera besar Nakhoda Ragam bertukar menjadi batu yang dinamakan Pulau Supirak oleh masyarakat tempatan di Pitas, Sabah.[3] [4]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Latar Belakang Daerah". www.sabah.gov.my/pitas. 1 Julai 2019. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  2. ^ a b c d e f g h i "Lagenda Pitas Menurut Momogun Rungus". momogun.page.tl/Pitas.htm. 2008. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  3. ^ Haslina, Bujang (11 Januari 2019). "Sumpahan Supirak, Asal Kapal Menjadi Batu". www.thepatriots.asia. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  4. ^ "Supirak Island, an Island of Sorrow". www.mysabah.com. 22 Ogos 2017. Dicapai pada 19 Februari 2020.