Tambanuo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tombonuo
Tambanuo / Paitan
Jumlah penduduk
20,000
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia
(Sabah)
Bahasa
Bahasa Tombonuo, Bahasa Melayu
Agama
Islam dan Kristian
Kumpulan etnik berkaitan
Subpan, Orang Sungai, Kadazandusun

Tombonuo merupakan salah satu dari 40 suku kaum peribumi Sabah yang tersenarai dalam Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah. Masyarakat penutur suku ini berada dalam kelompok bahasa keluarga Paitanik.

Terdapat suku kaum Tag Banua (Orang Banua) yang berasal dari Kepulauan Palawan di Filipina dan dipercayai kemungkinan Suku kaum Tombonuo berasal dari kawasan tersebut. Pawang/shaman atau ketua agama Pagan bagi orang Tagbanua (Palawan Filipina) dikenali sebagai Bobolizan manakala Ketua Agama suku kaum Tombonuo pula dipanggil Bobohizan

Suku Tombonuo mendiami kawasan Pantai Timur Sabah seperti Pitas (Kg. Dandun, Kg. Saab, Kg. Sumbilingon, Kg. Sungai Eloi, Kg. Bangkau - Bangkau, Kg. Tombilidon, Kg. Pandan Mandamai), Paitan, Sandakan, Beluran, Labuk, Sugut, Kinabatangan dan Beaufort.

Asal - usul istilah Tombonuo[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan cerita lisan, asal - usul istilah Tombonuo dikatakan berasal daripada gabungan kata yang diambil daripada Tumbolang (buluh) iaitu TUM dan BONUA daripada perkataan Terbonua (penduduk asal) lalu membentuk Tumbonua. Tumbonua akhirnya ditukarkan kepada Tombonuo yang bermaksud asal usul.

Etnik ini juga dipercayai mula terbentuk dari sejarah Mondou Logaki dan dua orang adik - beradik kembar yang dipercayai dilahirkan daripada buluh yang berwarna keemasan (linumoput so tumbolang)

Sub - etnik Tombonuo[sunting | sunting sumber]

Sub-etnik Tombonuo yang tersenarai dalam Persatuan Bangsa Tombonuo Sabah (PBTS)

  1. Tombonuo Salig Bulud Ondaras
  2. Tombonuo Puawang
  3. Tombonuo Diripau
  4. Tombonuo Sonsoluon
  5. Tombonuo Lingkobau
  6. Tombonuo Paitan
  7. Tombonuo Odas

Budaya dan Masyarakat[sunting | sunting sumber]

Rami - Rami Poriamo[sunting | sunting sumber]

Pesta Poriamo merupakan pesta yang dijalankan selepas proses menuai padi. Rami Rami Poriamo (Pesta Poriamo) mempunyai hubung kait dengan bintang iaitu buruj ‘Muru Puru’, buruj ‘Ra’ah’ dan buruj ‘Wolatik’ yang menjadi petunjuk atau panduan utama masyarakat Tombonuo untuk membuka ladang daripada peringkat awal sehingga selesai proses penanaman padi dalam tempoh setahun. Kerja-kerja penanaman dimulakan dengan aktiviti Mongogang (melihat kawasan ladang), diikuti dengan Mongoririk (membersihkan kawasan ladang), Monogad (memotong kayu), Monusul (membakar ladang), Monuan (tanam padi), Mongindikut (merumput), Mamaroi (memungut hasil padi), Mongirik Nu Bambarayon (memanggil semangat padi), Monongkop (memasak tuaian pertama untuk ahli keluarga), Muraub (gotong royong menuai padi) dan akhir sekali dirayakan dengan perayaan Rami Rami Poriamo.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Inventori Budaya Etnik Negeri Sabah - Etnik Tombonuo. Denis J. Sading. Siti Aminah Roslan. ISBN 978-967-13768-8-1.
  • Dayu Sansalu, (2014). Persamaan dan perbezaan sebutan dan makna dalam pelbagai dialek bahasa Kadazandusun. Universiti Malaysia Sabah
  • Sejarah Awal Suku Tombonuo. Kumis Kumis. Diterbitkan pada 29 Mac 2021. Dicapai pada 1 jun 2021
  • Rami-rami Poriamo Perayaan Tahunan Tombonuo. Malaysia Aktif. Diterbitkan pada 5 Ogos 2019. Dicapai pada 1 jun 2021