Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM yang mula beroperasi pada 16 April 2002.

Aktiviti utama SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam. Sebagai peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbir urus korporat, SSM melaksanakan fungsinya mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara.

SSM bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang berikut:

• Akta Syarikat 1965(Akta 125);

• Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197);

• Akta Syarikat Amanah 1949(Akta 100);

• Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971(Akta 28);

• Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 (Akta 743);

• mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta-akta yang tersebut di atas seperti:

- Peraturan-Peraturan Syarikat 1966; dan

- Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.

Seluruh warga kerja di SSM akan terus berusaha ke arah perubahan dan peningkatan inovatif, berfikiran terbuka untuk terus maju dan menyesuaikan diri dengan perubahan dan transformasi yang tidak dapat dielakkan dalam persekitaran nasional dan global untuk mengekalkan hubungannya dengan pelanggan. Dengan komitmen pasukan pengurusan dan dedikasi serta sokongan berterusan daripada warga kerja SSM yang kompeten, SSM berpotensi menjadi badan berkanun contoh bagi kecemerlangan dan keunggulan, setanding dengan piawai antarabangsa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]